Thursday, December 2, 2010

JIKA BERTEMU HANYA UNTUK BERPISAH....

“Apa khabar Lin? Lama dah tunggu?” Sapa Lan terhadap seorang gadis yang sedang duduk sambil melihat keindahan dan kedamaian tasik yang terbentang luas di depan mereka.
“Baik Lan. You?”
“I macam nilah. Sama macam yang you lihat 10 tahun lepas. Cuma mungkin perut I dah kedepan sikit..” seloroh Lan yang nyata gembira melihat rakan yang sudah 10 tahun berpisah dan kini takdir menemukan mereka kembali.
“Memang pun. Siapa sangka setelah lama tak jumpa, tiba2 kita boleh pulak berjumpa di rumah wedding kawan I yang kebetulan kawan sepejabat you…Kalau tak memang kita tak akan dapat berjumpa sampai bila2 kan…? “Tiba-tiba kelihatan genangan airmata terkumpul menunggu masa untuk menitis dari mata Lin.
“Jangan macam ni Lin. You tahukan kenapa kita berpisah?”
“Ye..I tahu. Sebab you dah ada perempuan lain dan you sengaja menjauhkan diri you daripada I dan kemudian pergi tanpa sebarang berita” Lin meluahkan perasaannya.
“What? Daripada mana you dengar semua ni? Bila masa pulak I ada perempuan lain? You jangan tuduh I yang bukan2 Lin. I bukan jenis yang macam tu..” Lan mempertahankan dirinya.
“Sudahlah Lan. Semua orang dah tahu. Kenapa you masih lagi nak berpura2. Dah tak gunanya lagi you nak mempertahankan perkara yang dah nyata”
“Lin. I bukan nak mereka2 cerita atau mempertahankan diri I, buktinya sehingga sekarang I masih berlum berkahwin kerana I tetap percaya satu hari nanti I akan dapat juga bertemu dengan you.” Lan cuba memujuk hati Lin yang sudah mula teresak2 menahan sebak di hati.
“You belum berkahwin? Habis tu macam mana hubungan you dengan Lina? Orang sibuk memperkatakan tentang hubungan you dengan Lina masa tu, hinggakan kawan baik you Daniel jugak mengakui hubungan you dengan Lina dan memberitahu yang you akan berkahwin dengan dia. Parents I sendiri telah pergi berjumpa dengan parents you dan parents you mengesahkannya…Tak benar lagikah semua ni Lan?”
“Lin…Lin..Lin. Dengar sini. Parents I dah lama meninggal Lin. Macam mana pulak parents you tahu rumah parents I sedangkan I tak pernah beritahu di mana kampung I. Parents I meninggal masa kita di tahun akhir pengajian kita…sebab tu selepas Peperiksaan, I terpaksa bergegas pulang ke kampung untuk menguruskan apa yang patut… Cuba you beritahu macam mana parents you boleh dapat semua info ni?” kekesalan sedikit sebanyak terpahat difikiran Lan. Kesal dengan situasi.
“Errrr…semua ni Daniel yang beritahu I. Dia sendiri menunjukkan kepada I bila you berjalan berdua dengan Lina dikampus dulu”
“You dah salah faham. Kan I dah kata I bukan jenis macam tu….Daniel sekarang kat mana? I nak tahu kenapa dia buat macam tu. You tahu dia sekarang kerja atau tinggal kat mana?” perasaan geram bercampur hairan mula mengganggu Lan.
“Errrrrr….dia ada kat KL ni. Tinggal dengan I. Dia dah jadi…..dah jadi suami I Lan!!” Lin terus berlari dan berlari jauh meninggalkan Lan yang tidak sempat untuk berkata apa-apa. Mereka terpisah kembali. Kali ini mungkin untuk selama-lamanya.

2 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails