Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Tuesday, May 24, 2016

ULASAN MOVIE - CAPTAIN AMERICA CIVIL WAR

Dah lama jugak sy tak buat filem review... memang dah lama jugak sy tak ke panggung. Tak ada masa pun ye.... Jadi minggu lepas baru berkesempatan menonton cerita "Captain America-Civil War" lakunan antaranya Chris Evans (Captain America

), Robert Downey Jr.(Iron Man) Scarlett Johansson (Black Widow) dan lain-lain. Banyak adegan-adegan aksi terutamanya bila super hero ni berlawan sesama sendiri antara team Iron Man dengan team Captain America kerana masing2 mempunyai alasan tersendiri dalam menegakkan keadilan dan jugak perselisihan dan konflik yang ditanamkan oleh pihak penjahat dalam menghuru-harakan super hero. Dalam masa yang sama jugak Captain America cuba mempertahankan Winter Soldier lakunan Sebastian Stan daripada dibunuh oleh Iron Man kerana Winter Soldier telah membunuh keluarga Iron Man walaupun sebenarnya pada masa itu Winter Soldier dipaksa untuk membunuh kerana dia di kawal oleh satu kuasa lain.
Well, memang banyak aksi2 menarik serta konflik siapa kawan siapa, siapa lawan siapa. Ramai super hero yang terlibat. Nasib baik Superman, Batman, Hulk, Thor, Fantastic 4, Ultraman, dan yang lain tak masuk. Kalau tak pecah panggung dengan aksi2 diorang..ahaksss

Thursday, April 28, 2016

I CAN SEE YOUR VOICE

Sekarang ni banyak dah rancangan-rancangan Korea yang ditayangkan..kalau dulu cuma Running Man je tapi sekarang drama-drama jangan cakap lah. Dalam banyak2 rancangan Korea yang ditayangkan, sy suka sangat tengok rancangan hiburan "I Can See Your Voice" yang di hadiri dengan pengacara2 seperti Leeteuk, Yoo Se-yoon dan Kim Bum-soo yang ditayangkan di TV9 pada jam 11.30 malam hari Khamis.
Memang sangat terhibur apabila tetamu jemputan yang selalunya adalah dari penyanyi2 terkenal Korea dan jugak penggiat seni akan cuba meneka mereka2 yang berada di atas pentas samada mereka boleh menyanyi atau tidak dengan melihat kepada gaya, mimik mereka menyanyi dan gambar2. Kadang2 ramai jugak mereka yang boleh menyanyi tersingkir awal kerana mungkin penampilan mereka di sengajakan nampak seperti tak boleh menyanyi..ahaksss. Tipah tertipu Bang... Ada jugak juara nya adalah orang yang tidak boleh menyanyi.. Banyak kali dah sy tengok terjadi. Semua ni atas pilihan keputusan tetamu jemputan tulah.. Salah pilih maka dapatlah penyanyi sumbang mambang menjadi juara..tak campur hadiah wang tunai lagi tu..ahaksss. So nak rancangan yang menghiburkan..jom tengok " I Can See Your Voice".......

Friday, June 5, 2015

DIA.. SUAMI LUAR BIASA

Pasti ada di antara anda sedang mengikuti slot Akasia "Dia... Isteri Luar Biasa" yang sedang di tayangkan di TV3 pada jam 6.55 petang dari hari Isnin hingga Khamis... Sy pun kadang2 mengikuti cerita tu kalau berkesempatan balik awal. Cuma bila kita dah start mengikuti cerita yang bersiri ni pasti nya akan terus mengikuti hingga tamat cerita.. sebab tu kadang2 sy lebih suka tengok cerita yang tak bersiri...ahakssss.
Jadi, oleh sebab dah 'terlanjur' mengikuti cerita "Dia... Isteri Luar Biasa" ni, setakat ni memang menarik dan penuh dramatik apalagi dengan kehadiran Kak Long Raden tu yang laser dan over. Buat masa ni sy belum nampak lagi keluarbiasaan si isteri..ahakkss. Yang sy lebih nampak adalah kesabaran dan kasihsayang yang ditunjukkan oleh Dr Raden kepada isterinya.. rintangan yang datang dari Kak Longnya dan jugak dari isterinya sendiri namun dia tetap sabar dan tidak melenting... Emm tak tahulah lepas ni...ahaksss.
Apa2pun, bagi yang sedang mengikuti teruskanlah. Bagi yang belum... cuba try test tengok cerita ni.

Monday, May 25, 2015

ULASAN MOVIE - JUPITER ASCENDING

Dah lama betul sy tak sempat nak menonton wayang apalagi DVD... maknanya entry pasal cerita2 filem pun tak adalah..ahaksss. Tapi minggu lepas sebab kat tv tak ada cerita yang menarik, maka sempatlah sy melihat satu cerita Jupiter Ascending lakunan mantap Channing Tatum dan Mila Kunis. Walaupun pada awalnya ceritanya agak susah nak kita faham sebab banyak scene cakap bercakap menyebabkan kita kena fokus apa yang diorang cakap barulah kita tahu apa cerita ni sebenarnya.. :-) 
Cerita ni secara ringkasnya mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jupiter Jones yang bekerja sebagai cleaner, tetapi secara tidak sedar dia adalah merupakan calun ratu bagi memerintah planet2 dan bumi pada masa akan datang. Namun ada pihak2 musuh daripada planet lain yang mengetahui perkara tersebut berniat ingin menghapuskan Jupiter daripada memerintah. Dalam keadaan begitu, seorang pejuang yang bernama Caine ( Channing Tatum ) telah di beri tugas untuk menjaga keselamatan Jupiter sehingga ke upacara Jupiter menjadi ratu...
Cerita boleh tahan..apalagi berkait dengan cerita science fiction. Ada adegan action yang mendebarkan dan diselit2 sedikit adegan cinta Jupiter dengan Caine yang berlainan darjat kerana Jupiter bakal menjadi ratu manakala Caine hanya pejuang biasa.

Tuesday, May 5, 2015

A.ISMAIL DAN LES COASTERS

Siapakah A.Ismail? Kali ini sy post daripada pendekatan yang berlainan...ahaksss.
Rasanya memang tak ada siapa yang kenal tapi bagi mereka yang mengenali zaman pop yeh-yeh dan lagu2 60an pasti mengenali kumpulan Les Coasters serta penyanyi2 yang terdiri daripada M.Fadil, Orchid Abdullah dan A.Ismail, seangkatan dengan penyanyi2 seperti S.Jibeng, M Osman, Jeffrydin dan lain-lainnya.
Les Coasters adalah band atau kugiran yang sangat aktif pada era 60an dan pernah merakamkan lagu di piring hitam bersama penyanyi2nya. Kumpulan yang ditubuhkan di Pontian Johor pada 1963 adalah terdiri daripada Abd Mutalib Mansor (gitar utama) Jamaluddin Ibrahim (rythm gitar), Bakri Sahid (gitar bass) Hussin Salleh (drummer) dan Ismail Yusoff (tamburin) serta S Omar Osman yang bermain organ menyertai pada tahun 1965. Mereka telah membuat beberapa EP bersama EMI Singapura dan pada tahun 1967 telah muncul dalam filem A Go Go 67 dimana kugiran ini adalah satu2 nya kugiran luar dari Singapura yang berjaya terpilih. Kumpulan ini telah berpecah pada tahun 1969 namun penyanyi2 nya masih meneruskan karier mereka termasuklah A.Ismail. Antara lagu2 popular A.Ismail adalah Seruan Pertiwi yang pernah menjadi naib juara carta lagu pada masa itu dan jugak lagu2 lain seperti perosak jiwa, hasrat penyanyi, permata hati dan lain2.
Beliau banyak menyertai konsert2 pop yeh-yeh dan lagu2 60an dan juga pernah menjadi juri bagi siri2 pertandingan lagu2 60an. Bakat dan pengalaman yang ada telah diturun kan jugak kepada anak2 muda yang tinggal di Johor Bahru yang berminat dengan lagu2 60an dan adakalanya beliau jugak bermain muzik dan menyanyi di majlis2 perkahwinan.
Beliau telah pun meninggal dunia beberapa tahun yang lepas dan meninggalkan 2 orang isteri serta 5 orang anak. Semuga rohnya sentiasa di rahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin..... 

Friday, December 26, 2014

SESAL SEPARUH NYAWA - ALYAH

Lagu pilihan jomsantaisekejap pada bulan ini adalah lagu daripada Alyah.. Sesal Separuh Nyawa yang walaupun dah lama keluar dan berkumandang ...ahaksss. Memang lagu2 Alyah banyak yang sy suka tapi lagu ni yang tertarik untuk sy buat lagu blog kali ini...enjoy dan santai semua...


SESAL SEPARUH NYAWA
Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru

teringat masa lalu
Tetap tiada ku lupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan ohhh…


Chorus :
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_891307.gif
Separuh sayangmu di hati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu.. kannya

Monday, December 22, 2014

ULASAN MOVIE - THE EQUALIZER


Tak sempat sy nak menonton filem The Equalizer di panggung lakunan pelakun yang sy minat iaitu Denzel Washington.. tapi semalam sempat sy menonton DVD dan ceritanya memang penuh aksi dan brutal..macam jugak cerita Deja vu dulu....

Cerita mengisah tentang Robert McCall lakunan Denzel Washington yang telah lama bersara dalam dunia komando dan memalsukan kematiannya untuk hidup tenang sebagai orang biasa terpaksa menegakkan keadilan dan keluar daripada 'persaraan'nya untuk menyelamat orang2 disekelilingnya yang di tindas oleh gangster Russia dan polis yang bekerja untuk mereka. Semuanya berpunca daripada ingin menyelamatkan seorang gadis yang bernama Teri lakunan Chloe Grace Moretz yang di paksa menjadi pelacur oleh gangster Russia dan kemudian dipukul teruk. McCall yang kemudian nya telah membunuh semua gangster yang memukul Teri terpaksa berdepan dengan tindakan balas Ketua gangster Russia bernama Pushkin. Cerita yang penuh aksi... So bagi mereka yang belum menonton..apa lagi.
 

Wednesday, December 3, 2014

NUFFNANG PREMIERE SCREENING - SIPNOSIS

Semalam sy berkesempatan untuk menonton cerita Alexander & The Terrible, Horrible, No Good , Very Bad Day... Thanks to Nuffnang Premire Screening..opss speaking pulak. Macam biasalah bertempat di TGV One Utama. Semalam rasanya tak banyak tayangan untuk Premiere Screening seperti selalu, tapi macam biasa layanan staff2 Nuffnang memang awesome.. Ok. Selalu nya sy buat entry berasingan pasal sipnosis cerita, tapi kali ni sy buat terus je dalam entry ni...
Ceritanya mengisahkan tentang seorang budak bernama Alexander yang mempunyai keluarga yang sibuk dan semua seperti tidak menghiraukannya apalagi apabila nasib Alexander sentiasa aje malang..tidak kira dia bercakap, membuat sesuatu, melihat sesuatu..ada je yang tak kena hinggakan tiada sesiapa yang pedulikan dia hinggalah satu malam beberapa saat selepas harijadinya dia membuat permintaan agar nasib malang itu berbalik kepada semua ahli keluarganya....
Daripada situlah banyak kejadian2 yang melucukan dan penuh tunggang langgang melanda keluarga Alexander...daripada ibunya yang kehilangan kerja, bapanya yang terpaksa menjadi househusband.. kakaknya mendapat selsema, abangnya kehilangan teman wanita..dan macam2 lagi.. Walaupun unsur lawak tu datang pada pertengahan cerita, tapi untuk hiburan keluarga, cerita ini memang sesuai sangat2... Selamat menonton.

Wednesday, August 6, 2014

ULASAN MOVIE - INTO THE STORM


Nuffnang Premiere Screening sekali lagi. Semalam sy berpeluang menyaksikan premiere screening cerita 'Into The Storm' jemputan daripada Nuffnang yang baik hati dan jugak sponsornya TGV One Utama. Macam biasalah layanan staff2 Nuffnang memang awesome..macam dah lama kenal walaupun tak kenal. Salute to you all Nuffnang !!!
Ok dengan barisan pelakun2 seperti Richard Armitage, Sarah Wayne Callies, Matt Walsh dan lain2, cerita nya mengisahkan sekumpulan pencari dan pembuat filem profesional bagi ribut taufan aka tornado telah berjaya mendapat maklumat akan berlaku satu tornado di sebuah perkampungan Silverton, namun tidak semua menjangkakan bahwa tornado tersebut adalah tornado yang terkuat dan gabungan daripada dua tornado hinggakan semua rumah dan kapalterbang pun melayang sehingga ke awan. Ada ketikanya berlaku 4 tornado serentak menyebabkan suasana kelam kabut hinggakan kita terasa tiada tempat yang selamat walau dimana pun kita berada....
Dengan gegaran2 bila berlaku tornado tu dapat sy rasai bila duduk di kerusi TGV cinema, terasa macam kita berada di tempat kejadian...sampai ada yang terjerit dalam panggung sebab gegaran tu terasa..ahakkss.
Ceritanya memang penuh suspens dan membawa kita betul2 ke situasi tersebut dan ada jugak adegan2 kelakar di akhir2 babak filem Into The Storm. Bagi yang nak tengok cerita tentang kejadian alam dan suspens...Jom.

Friday, July 4, 2014

ULASAN MOVIE - DELIVER US FROM EVIL

Filem yang dibintangi Eric Bana ini bagi sy ada kelainan sedikit walaupun cara mereka dirasuk ni adegannya lebih kurang sama dengan 'Exorcism Of Emily Rose'. Juga dibintangi oleh Edgar Ramirez dan Olivia Munn. Ceritanya mengisahkan tentang beberapa orang askar yang bertempur di Iraq mengalami syntum gangguan syaitan dan bermula daripada Giggs yang dirasuk hingga kepada semua kawannya yang membunuh diri apabila dirasuk. Sarce lakunan Eric Bana adalah seorang polis yang tidak mempercayai tentang rasukan dan aktiviti paranormal telah menyiasat kejadian2 pelik dan setiap siasatannya berkait tentang Giggs dan kawan2nya hinggakan anak dia sendiri di kacau oleh kuasa tersebut. Akhirnya akur dengan kenyataan, Sarce telah bergabung dengan seorang paderi lakunan Edgar Ramirez untuk menentang Giggs yang telah dirasuk oleh syaitan
Secara keseluruhan cerita ini bg sy ada adegan2 yang suspens buat kita terkejut tapi dari segi seram nya agak kurang. Satu lagi yang sy agak kurang suka dari segi subtitle nya bercampur2..Agak sensitif sikitlah tapi tak payahlah sy sebutkan disini. So bagi mereka yang nak tengok cerita penuh suspens saksikan lah cerita ini.........

Wednesday, June 25, 2014

NOVEL - DALAM HATI - ARYANA HUDA

Dalam Hati - Aryana Huda
Pastinya ada diantara kita ini merupakan peminat tegar kepada novel2 tidak kira novel berkisar tentang kehidupan semasa, percintaan dan alam semesta. Dan kalau dulu novel2 ni kita terpaksa pergi kekedai buku dan membelek2 pada hujung buku untuk melihat sipnosis cerita novel tersebut...sekarang kita hanya perlu baca novel di internet saja... dan salah satu novel yang sedang sy baca adalah Dalam Hati hasil karya Aryana Huda. Antara petikan2 novel tersebut:

Azmi renung telefon bimbit di tangannya. Dua minggu dia biarkan telefon itu senyap. Alia tersangat jarang menelefon atau WhatsApp dengannya. Sekarang lagilah, Alia tidak mungkin akan menjawab panggilannya. Dunianya sepi tanpa Alia.
Dulu dia ingat dia rasa ada manis pada rindu tapi sekarang dia tahu pahitnya rindu kepada Alia yang sudah menjadi milik orang. Dia rasa derita menahan diri dari melihat gambarnya dengan Alia semasa perkahwinan Uncle Jimmy dulu tetapi dia tidak punya kekuatan untuk memadamkan gambar itu dari telefonnya.
Dulu dia ingat ada rasa nikmat dalam cemburu tapi sekarang dia tahu seksanya menolak bayangan Alia bersama Dr Darwish. Dia sudah cuba untuk menutup matanya. Dia cuba merenung gelap malam tapi bayangan Doktor itu memegang Alianya masih jelas dalam fikirannya tetapi dia lelaki macho yang tidak boleh menitiskan airmata......
Cerita yang penuh dengan liku2 percintaan yang sejati namun terlalu banyak halangan untuk Azmi dan Alia. Jika anda ingin baca novel tersebut, just layari saja disini Dalam Hati - Aryana Huda

Tuesday, June 17, 2014

ULASAN MOVIE - HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 2

Minggu lepas sy sempat sekali lagi menonton filem.. kali ni sy tertarik untuk menonton cerita kartun pulak..ahaksss. Cerita How To Train Your Dragon 2 yang pastinya merupakan sequel daripada ceritanya yang pertama. Walaupun ceritanya dari segi animasinya memang menarik namun unsur2 humor nya agak kurang berbanding filem pertamanya apalagi adanya babak2 sedih apabila hiccup menjumpai ibu kandungnya setelah 20 tahun terpisah kerana disangka ibunya telah mati... namun dalam kegembiraan itu bapanya pula yang mati akibat di bunuh secara tidak sengaja oleh Naga peliharaannya bernama Toothless yang di pukau oleh ketua jahat bernama Bludyvist yang ingin menakluk semua naga2 dan tunduk kepadanya..
Namun akhirnya hiccup dan toothless berjaya melawan Naga gergasi milik Bludyvist dan kemenangan itu pasti menggembirakan hiccup kerana ayahnya begitu menginginkan dia menjadi ketua puak Berk menggantikan dia...
Bagi anda yang belum menyaksikannya, boleh lah anda menontonnya.. 

Monday, June 9, 2014

SIPNOSIS MOVIE - MAKE ME SHUDDER 2

Minggu ni minggu sy tengok wayang je..ahakss. Bermula daripada Godzilla, Edge of Tomorrow hinggalah ke filem terbaru yg sy tengok semalam bertajuk " Make Me Shudder 2" yang merupakan sambungan daripada Make Me Shudder tapi cerita ini sy kira ada kaitan dan seakan macam cerita Mae Nak dulu yang memang kelakar habis.
Ceritanya mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang diketuai oleh Nick, James, Bew dan lain-lain cuba mendapat semangat dan restu daripada roh Mae Nak agar mereka berjaya dalam pelajaran namun oleh kerana Nick tidak mempercayai kewujudan Mae Nak lalu mencabar roh tersebut lalu berlakulah satu aktiviti paranormal yang membawa mereka ke zaman Mae Nak di kampungnya Phra Khanong. Disinilah berlaku pelbagai adegan lucu dan lawak yang membuat kita tak kering gusi... Walaupun endingnya agak sedih jugak namun sy pasti anda akan terhibur...

SIPNOSIS MOVIE - EDGE OF TOMORROW


Minggu lepas sy berkesempatan menonton filem pelakun yang sy minat sejak dulu. Tom Cruise iaitu filem Edge Of Tomorrow yang mengisahkan mengenai Cage seorang pegawai tentera berpangkat tinggi, namun tidak dilatih dalam peperangan.Apabila dunia digemparkan dengan pencerobohan makhluk asing, Cage dihantar ke London, United Kingdom bagi bertemu dengan pegawai tertinggi negara.Malangnya, dalam dunia yang dipengaruhi oleh mahkluk asing dinamakan Omega, dalam dunia yang sentiasa berulang, dia diturunkan pangkat menjadi prebet dan dikerah bertempur dengan Mimics.
Enggan mengikut arahan, dia dihantar secara paksa ke Lapangan Terbang Heathrow yang dijadikan markas ketenteraan dan setiap kali bertempur dan maut, dia seperti terjaga daripada tidur dan berada di lokasi ketika dia mula-mula berada di markas tersebut.
Mencari petunjuk dalam putaran waktu itu, Cage bertemu dengan Angkatan Tentera Khas, Rita Vrataski (Emily Blunt).Rita menyedari Cage mengalami situasi sama sepertinya dan mereka berpakat mencari pusat kawalan atau Omega yang mengendali makhluk asing untuk dihapuskan.
Berulang kali mencari jalan dan mati dalam pertempuran, mereka menemui pusat kawalan Mimics yang terletak di dasar muzim yang terletak di Perancis namun kali ini oleh kerana Cage mengalami kecederaan dan dimasukkan darah, maka Cage tidak lagi boleh bermimpi dan semuanya adalah realiti walaupun dia terbunuh. Apakah kesudahan ceritanya...masih ada masa untuk ke panggung..ahakss.

Wednesday, May 14, 2014

MOVIE - THE AMAZING SPIDER MAN 2

Minggu lepas buat sekian lama, sy sempat menonton cerita "The Amazing Spider Man 2" lakunan hebat Andrew Garfiled, Emma Stone, Jamie Fox, Dane DeHaan dan lain-lain. Banyak aksi yang cukup hebat dan tidak kurang jugak aksi2 bersahaja serta lucu dari Spider Man yang sy kira sedikit sebanyak membuat kita tidak bosan..apalagi banyak dimasukkan dengan unsur adegan suspen dan babak2 cinta romantik Peter Parker dan Gwen Stacy.....
Secara ringkas mengisahkan bagaimana Spider Man menentang Electro, seorang yang mempunyai kuasa daripada elektrik dalam insiden dia terjatuh dalam kolam yang penuh dengan kejutan eletrik, dan mula berdendam dengan Spider Man apabila orang ramai mencemuhnya dan tidak menghiraukan dirinya. Dalam masa yang sama, Harry kawan baik Peter Parker yang mendapat penyakit yang tidak dapat diubati dan memerlukan bantuan nya untuk mendapatkan darah Spider Man namun di tolak oleh Peter Parker kerana akan menyebabkan keadaan Harry akan bertambah buruk. Di saat akhir, Spider Man dapat menewaskan Electro dengan bantuan Gwen, namun apabila Spider Man bertembung dengan Harry yang telah menjadi makhluk ganas, Gwen terbunuh...Saat ini yang membuatkan kita cukup terharu dan menyedihkan.
So bagi yang belum tengok..silakan. Memang hebat dan mengasyikan. 
Jomsantaisekejap **** 

Friday, May 2, 2014

LET IT GO - FROZEN

Lagu pilihan Jomsantaisekejap bulan ini adalah lagu bertajuk "Let It Go" yang dipetik daripada filem yang mendapat sambutan hangat beberapa bulan lalu iaitu Frozen. So nikmati liriknya..
The snow glows white on the mountain tonight,
not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation and it looks like I'm the queen.
The wind is howling like this swirling storm inside.
Couldn't keep it in, Heaven knows I tried.
Don't let them in, don't let them see.
Be the good girl you always have to be.
Conceal, don't feel, don't let them know.
Well, now they know!
Let it go, let it go!
Can't hold it back any more.
Let it go, let it go!
Turn away and slam the door.
I don't care what they're going to say.
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway.
It's funny how some distance,
makes everything seem small.
And the fears that once controlled me, can't get to me at all
It's time to see what I can do,
to test the limits and break through.
No right, no wrong, no rules for me.
I'm free!
Let it go, let it go.
I am one with the wind and sky.
Let it go, let it go.
You'll never see me cry.
Here I'll stand, and here I'll stay.
Let the storm rage on.
My power flurries through the air into the ground.
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I'm never going back; the past is in the past!
Let it go, let it go.
And I'll rise like the break of dawn.
Let it go, let it go
That perfect girl is gone
Here I stand, in the light of day.

Let the storm rage on!
The cold never bothered me anyway...

Tuesday, February 4, 2014

MASIH MENCINTAINYA - PAPINKA

Kadangkala, setiap yang kita rancang tidak semestinya dapat dicapai dan setiap yang kita capai tidak semestinya sama dengan apa yang kita rancang... So untuk lagu pilihan Jomsantaisekejap bulan ini adalah lagu daripada kumpulan Papinka yang bertajuk Masih Mencintainya...
Jika teringat tentang dirimu

Masih Mencintainya - Papinka
Berlinang air mataku

Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku
Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya
Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Wednesday, July 17, 2013

AMYLEA - SEPERTI DIA

Lagu pilihan" Jomsantaisekejap bulan ini adalah lagu "Seperti Dia" nyanyian Amylea yang dipetik daripada slot Samarinda 'Ramadhan Yang Hilang' yang dibarisi oleh pelakun seperti Eira Syazira, Syatilla Melvin, Zamarul Hisyam, Zila Bakarin dan ramai lagi. Pada asalnya sy tak berapa mengikuti cerita ini tapi setelah mendengar lagu Amylea, mulalah sy tertarik untuk mengikuti ceritanya..lagu ini memang syahdu dan mendayu.. anda boleh melihat Amylea menyanyi di akhir slot Samarinda..so, rakan bloggers, enjoy the lyrics.

Seperti Dia
Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat 
Untuk aku buktikan padamu
Untukku buktikan..padamu
Ku jejak tiap haluan dia tuju..
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia..
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama
Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat 
Untuk aku buktikan semua..
Untukku buktikan semua

Sunday, May 26, 2013

PERGILAH KASIH - D'MASIV

Lagu pilihan Jomsantaisekejap bulan ini adalah lagu daripada kumpulan d'Masiv yang bertajuk Pergilah Kasih walaupun sebenarnya sy lebih suka versi original yang telah dinyanyikan oleh Chrisye namun sebab sekarang ni d'Masiv yang sedang mempromosikan lagu ini maka lagu inilah yg sy promote kan jugak..ahakss. Lirik lagu nya adalah seperti dibawah dan semuga anda semua terhibur.....
Pergilah Kasih
Tak pernah ku sangka ini terjadi
Kisah cinta yang suci ini
Kau tinggalkan begitu saja
Sekian lama kita berduaurtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tak ku sangka cepat berlalu
Tuk mencari kesombongan diri
Lepas segala yang pernah kau ucapkan
Kau tinggalkan daku
Pergilah kasih kejarlah keinginanmu
Selagi masih ada waktu
Jangan hiraukan diriku
Aku rela berpisah demi untuk dirimu
Semoga tercapai segala keinginanmu

Monday, February 4, 2013

MOVIE - THE LAST STAND

Dah lama tak buat movie review... banyak jugak DVD yang sy tengok dua hari ni, antaranya adalah cerita The Last Stand lakunan Arnold Schwarzenegger dan jugak cerita Jack Reacher lakunan pelakun kegemaran sy Tom Cruise..Kita review dulu pasal cerita The Last Stand. Cerita mengisahkan seorang banduan top profile bernama Cortez telah terlepas dan melarikan diri dengan menaiki kereta berkelajuan tinggi, matlamatnya untuk menyeberangi sempadan mexico dan setiap halangan yang dilakukan oleh pihak polis akan di musnahkan oleh kuncu2nya sehinggalah beliau terpaksa melalui pekan kecil yang di jaga oleh seorang Sheriff Owents lakunan Arnold S... Bagi sy, aksi ganas tidaklah banyak kecuali tembak menembak menggunakan mesin gun kerana mungkin faktor umur Arnold S cuma pada pengakhiran babak dimana Arnold S berlawan satu dengan satu dengan Cortez di jambatan itu yang ada sedikit thrill..walau apapun, boleh tahanlah ceritanya...Jomsantaisekejap bagi 3 *

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails