Thursday, December 16, 2010

JIKA INILAH KESUDAHANNYA...

Satu prinsip atau motto yang selalu sy gunakan adalah manusia selalu gagal untuk merancang tapi tidak pernah merancang untuk gagal. Walau gagal seteruk mana sekalipun perancangan kita, itu semua bukanlah kehendak kita dan yang pastinya kita sudah berusaha, itu lebih penting daripada menangisi kegagalan yang bukan dalam genggaman kita untuk menilainya. Opsss...sebenarnya semua ini berkaitan dengan sambungan cerita yang akan sy habiskan daripada entry 'merisik, dirisik dan terisik' dan 'andai dirimu bukan jodohku' yang lepas.
Apakah yang berlaku sepanjang 5 tahun sy tidak berjumpa dengan kawan sy itu setelah perancangannya untuk merisik dan bertunang menemui kegagalan yang tidak dirancang sama sekali? Cukup mengharukan. Mungkin kerja orang gila atau mungkin jugak perasaan cinta yang terlalu mendalam sehingga tidak sanggup berpisah dengan kekasihnya. Selepas perkahwinan June, kawan sy resign dari kerjanya dan hilang entah kemana, walaupun keluarganya tahu dimana dia berada tetapi mereka tidak dapat memberitahu kerana memegang janji terhadap kawan sy itu. 3 tahun pertama tanpa pengetahuan sesiapa, kawan sy rupanya telah menyewa rumah yang berdekatan dengan tempat tinggal June dan suaminya. Sepanjang 3 tahun dia hanya memerhati dan memerhati dan memerhati...itulah kerja dia selain daripada bekerja sambilan di Mc Donald berdekatan mengikut jam walaupun dia mempunyai Diploma In Accountancy, ini semua dibuat agar dia mempunyai masa untuk melihat June pergi dan balik daripada kerja. Selepas 3 tahun, perasaan sayang kawan sy mula goyah, sedikit putus asa dan mula sedar apa yang berada di depan mata dengan apa yang diimpikan adalah 2 keadaan yang berbeza. Atas kesedaran itu, kawan sy mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke US sambil bekerja disana dengan niat untuk cuba melupakan kisah dukanya bersama June. Walaupun sepanjang 5 tahun itu memang ramai wanita yang ingin berkenalan dengan lebih rapat terhadap kawan sy tu, tapi pintu hatinya memang sudah 110% tertutup. Pengalaman lalu membuatkan perasaan cintanya mati. Takut pada penghujung yang tidak menentu. Selepas 2 tahun belajar dan bekerja di US, kawan sy merancang untuk pulang berhariraya dengan keluarganya. Sedikit sebanyak ingatannya terhadap June mula pudar walaupun tidak sepenuhnya. Dalam perjalanan pulang menaiki penerbangan MAS ke Malaysia, satu peristiwa yang amat sukar untuk sy percaya. Macam satu cerita dongeng, Macam satu miracles... Kawan sy bertemu dengan June buat kali pertama setelah 5 tahun berpisah. 
Rupa2nya sudah setahun June bekerja sebagai peramugari... dan sudah setahun jugaklah June telah bercerai dengan suaminya kerana ketiadaan anak menjadi punca penceraian itu.
Jadi anda pasti sudah tahu, ketika saya berjumpa dengan kawan sy di KLCC tu, dia bersama2 dengan June... akhirnya.
Semuga jodoh anda berdua berkekalan hendaknya sahabatku. 

4 comments:

  1. waaaaaaaaaahh...
    bersama juga akhirnya...
    jodoh dorg kan..

    ReplyDelete
  2. a big girl - begitulah kira-kiranya. Consider happy ending jugaklah...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. semoga jodoh mereka hingga ke akhir hayat :)


    betul lah quote ni "kalau dah jodoh tak kemana"

    hepi ending :D

    ReplyDelete
  4. AzwaZynal - yeahh right. Biar sekuat mana badai melanda, jodoh pertemuan ditangan Tuhan.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails