Sekarang ni kalau kita cakap pasal I-City pasti kita akan terbayang pasal taman yang penuh dengan cahaya lampu yang berwarna-warni. Trend itu kini telah merebak dimana2 shopping kompleks dan ada jugak yang menjual pokok2 yang berlampu bagi menghiasi rumah ( seperti entry sy yang lepas2) mengindahkan lagi suasana kawasan shopping kompleks tersebut. Salah satu daripadanya adalah di Plaza Shah Alam. Sekeliling Plaza tersebut dihiasi dengan lampu2 berkilauan dan lip-lap. Tak payah pakai lampu jalan, lampu daripada pokok2 disitu sudah dapat menerangi jalan-jalan disekitarnya. Mungkin ada juga tempat2 lain yang mempunyai lampu2 yang lebih meriah daripada Plaza Shah Alam, mungkin jugak bukan setakat trend I-City tetapi sempena menyambut perayaan Krismas yang akan datang.Mungkin satu hari ni, bukan setakat I-City saja, malah dimana-mana sudut dan ceruk Malaysia penuh dengan lampu-lampu yang bergemerlapan....itupun jika caj eletrik tak naiklah :-)
hehe saya yg study kat shah alam ni pun tak pernah pegi lg i city :p bila la dapat ke sana...hmmmm
ReplyDeletelaaa kisahnya. kena pergi tu sebelum mentol2 tu semua padam..:-)
ReplyDelete