Showing posts with label Barang Shopping. Show all posts
Showing posts with label Barang Shopping. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

PROMOSI SHISEIDO DI KLCC

Promosi Shiseido di KLCC
Dah lama benar tak ke KLCC...dah kurang dah kerja yang melibatkan sy kena pergi ke KLCC. Ada baiknya jugak sebab kalau kesana nak menempuh jam nya, nak cari parking nya, nak menempuh orang yang ramai... Tapi bila ada peluang ke sana, kalau ada apa2 saja promosi di ruang legarnya, pasti sy tidak akan ketinggalan mengambil gambar..ahaksss, macam kita pulak jadi promoter diorang. Kali ni Shiseido pulak yang membuat promosi produk mereka dan jugak mengadakan demonstrasi percuma...
Hari tu lepas sy habis dengan tugasan sy, sy singgah kejap di bahagian food court KLCC sebab perut memang tengah lapar sangat2 tapi perghhh langsung tak ada tempat kosong. Terpaksa sy merayau dalam setengah jam dan kemudian datang balik, barulah nampak ada beberapa tempat kosong...Sy pekena nasi campur. Boleh tahan jugak harganya, ambik lauk sayur, daging dan telur kena RM9.00... Teringat sy dalam berita TV3 hari tu yang ada complaint pasal makanan di R & R berharga RM4.50 dengan 2 lauk. Bunyi macam biasa je sebab pernah sy kena lebih mahal daripada itu...Teringat jugak sy kisah di Terengganu dulu dimana sebuah kedai kakan mengenakan harga nasi dagang sampai RM40 kalau tak salah sy...

Sunday, August 15, 2010

EMPIRE SHOPPING GALLERY SUBANG JAYA

Ruang Legar Empire Shopping Gallery
Lepas saja saya berbuka, kami mengambil keputusan untuk singgah sekejap di Empire Shopping Gallery yang terletak bertentangan dengan Subang Parade ataupun Wisma Consplant. Terdapat banyak tempat membeli belah di sini dan pada masa saya datang, parkingnya masih lagi FREE. Diulangi, parking masih FREE. Macam biasalah, bila dah sampai situ, kerja pertama adalah survey tempat-tempat yang best dan menarik, ditambah berjalan-jalan dengan adik ipar, lagi banyaklah jalannya. Rata-rata, bagi saya, kedai-kedai disitu menjual barangan yang berharga sederhana tinggi, maksudnya susah nak cari harga barangan murah-murah kecuali kalau mereka mengadakan sales.. kecuali bagi restoran-restoran. Antara restoran yang saya kira menarik perhatian saya adalah restoran SERAI EMPIRE yang terletak di ground floor dan restoran BELANGA yang terletak di tingkat pertama. Ada keunikan dan style tersendiri pada appearance restoran tersebut, maybe next time saya akan mencuba pulak masakan diorang atau jika ada di antara anda yang sudah mencuba, maybe boleh beri sebarang komen disini.
Restoran Serai Empire
Restoran Belanga

Cuba anda teka berapa harga set pinggan mangkuk ni? RM14,799.00

Tuesday, August 3, 2010

CHRISTIAN DIOR BUAT PROMOSI DI KLCC

Beberapa hari yang lepas, saya kena pergi ke Petronas KLCC for some task. So dalam dok on the way ke sana tu, di ruang legar KLCC saya ternampak ramai orang berbaju hitam sedang menyembur minyak wangi ke sana ke sini...kira untung KLCC hari tu, tak payah pakai perfume dah wangi dah dek semburan minyak wangi Christian Dior tu. Maybe ada produk baru kot or diorang buat promosi besar-besaran. Saya taklah kesana secara dekat sebab memang tengah kejar masa nak ke Petronas. So sempatlah ambil gambar model diorang yang diorang buat sebesar-besar tidak...ialah takut orang tak nampak. Anyway, sesiapa yang ada masa...jenguk-jenguklah promosi diorang tu. 

Sunday, July 25, 2010

JALAN-JALAN DI PLAZA MASALAM

Hari ni anak saya baru beritahu ada buku yang nak kena beli, so plan contigency adalah pergi ke plaza masalam sebab kat sana semua senang cari. So sampai saja di sana, hujan mula turun dengan lebatnya, bermakna kenalah stay di plaza tu lama sedikit sebab kat situ parking tak ada bumbung. Anak-anak pergi ke kedai buku manakala saya pergi ke Giant. Isteri saya, biasalah kekedai pakaian dan tudung, wajib tu walau dimana sekalipun . Anak no 2 saya dah pesan awal-awal tadi, malam ni saya kena masak fish and chip. So kena beli barang di Giant. Banyak juga kedai pakaian yang baru di buka kat plaza ni. Maybe kerana plaza ni dah di upgrade dan banyak renovation sudah dibuat untuk tampil berwajah baru, maka banyak jugaklah kedai yang baru. Ada kedai barangan kecantikan, accesories, pakaian dan macam-macam. Saya ada juga tertarik dengan kedai pakaian budak-budak yang menampilkan baju raya...Mood raya dah datang dah...puasa belum lagi tu.

Saturday, July 24, 2010

FURNITURE RUMAH

Dah macam Eric Leong pulak bila cakap pasal furniture rumah ni, tapi memang daripada dulu kalau cakap pasal furniture ni, saya memang kenan sangat dengan warna putih. Dalam rumah saya, 70% perabut adalah warna putih dan kalau cakap pasal warna putih ni, rasanya yang sure ada perabut putih adalah di IKEA. 1 thing pasal IKEA ni, kalau beli barang kat sana, "spare part" pun kena beli kat sana. Macam masa dulu saya nak nak buat built in kitchen cabinet, dah ukur, dah ok semua. kemudian teringat pulak nak buat pull out rack tu...alaaaa yang bila kita buat cabinet, ada rack besi pulak yang kat dalam tu boleh tarik, biasanya nak isi barang2 dalam botol. Oleh kerana harga di IKEA boleh tahan mahal juga, so plan nak beli di luar tapi memang hampa, sebab ukuran semuanya tak sama. Bila check2, rupanya hanya IKEA saja yang mempunyai ukuran sebegitu. Macam juga katil dengan tilamnya. Well, ada pro and con di situ. Masa dok survey2 dulu, ada kerusi rotan warna putih yang memang saya tertarik, menarik, tercarik... opsss terkenan. so ingatkan sebab nak beli barang banyak, tak muat kereta, nak beli next time datang...tapi tiap kali datang, hampagas...asyik tak ada stock. Bila call, stock belum sampai. Almaklumlah, semua imported.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails