Showing posts with label Cerita Penulis. Show all posts
Showing posts with label Cerita Penulis. Show all posts

Wednesday, January 23, 2019

SEMALAM DAN HARI INI


Bila cakap pasal masa-masa lepas, rasanya ada yang suka bercerita tentangnya.. ada juga yang kalau boleh tak nak sentuh pun kisah-kisah lama, yelah mungkin ada banyak kenangan pahit dari manis. Tapi pada hakikatnya apa yang ada hari ni bermula dari semalam.. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi esok hari tapi apa yang kita buat hari ni sedikit sebanyak dapat menentukan apakah corak yang akan kita tempuh dikemudian hari... Tidak kira dari apa segi sekali pun.

Kadang2 tu terasa macam nak putar balik masa.. Kalau boleh nak ubah balik sejarah masa lalu. Mana yang patut kita elakkan kita jauhkan.. Mana yang melukakan kita cegahkan. Kan? Siapa yang tak nak happy dan bahagia biarpun untuk mendapatkannya kadangkala memerlukan pengorbanan tidak kira sedikit mahupun besar.
Perjalanan kita bukan hanya tentang kisah-kisah semalam tapi perjalanan untuk masa depan.. perjalanan untuk suatu masa dan tempat yang lebih jauh. Bekalan semalam dan hari ini.. semangat dan kekuatan serta keteguhan kita menghadapi kehidupan... Menentukan sejauh mana kita dapat menempuh arus akan datang

Wednesday, September 19, 2018

LUKA SEMALAM..CERITA LAMA

Ada luka yang boleh dirawat, ada yang tidak. Ada yang mengambil masa pendek dan ada yang panjang. Ada luka yang nampak dan ada yang tidak.... 
Dulu pernah satu ketika saya terluka. Luka di hati. Dalam sangat hirisannya sehingga ke hari ni masih belum dapat sembuh. Entah kenapa susah sangat untuk saya melupakan kisah lama walaupun sudah perkara itu sudah lama berlalu tapi se akan baru semalam semuanya berakhir. Semuanya berakhir hanya...
"Semalam you pergi mana? Kenapa bila I call you tak angkat?"perbualan petang itu. Saya masih ingat dengan cuaca mendung semendung keadaan kami.
"Kenapa? You ingat I ada buat apa-apa ke?" Nur pula memecah kesepian petang sambil memalingkan muka dia dari saya.
"Bukan...setidak-tidaknya jawablah whatsapp I. Bagi tau you kat mana.." Saya tahu dalam keadaan masa tu seorang harus berlembut dan meredakan keadaan.
"You ada nampak tanda I baca kat whatsapp tu? Tak ada kan.." Jawab Nur. Tak perasan pulak aku samada dia baca atau tidak whatsapp tu...
"Kalau you tak baca whatsapp, kan I ada sms...mesti you dapat kan message tu?"
"Eeeiiii...kenapa you ni? I nak pergi mana...I nak duduk mana.. I nak tidur kat mana kenapa you nak ambil tahu?" suara Nur semakin tinggi...mendung mula bertukar cerah secara tiba-tiba...
Saya pun mula resah.. Cuba mencari cara bagaimana untuk meredakan keadaan. Teringat dalam cerita drama-drama kat tv, selalu cara mudah nak pujuk kena nyanyi....lalu saya pun cubalah nyanyi sebuah lagu dengan harapan dia pasti suka dan mula sejuk......
"Ehemmmmmm......
"Semalam bobo dimana
bobo sama siapa
ngapain aja
Tadi malam bobo dimana......"

Taksempat saya menghabislan lagu itu, Nur terus berlari tanpa menoleh sehinggalah ke hari ini.


Tuesday, September 18, 2018

LAMA BETUL BERSAWANG

Dah terlalu lama sangat saya meninggalkan dunia blogging. Sibuk dengan urusan2 lain sehingga tak dapat nak cari masa untuk menulis apalagi nak buka blog...akhirnya bersawang lah blog ni, sampaikan bila saya nak buka blog ni pun sy dah lupa apa user dan password blog ni, tapi cuba punya cuba akhirnya berjaya jugak dan Alhamdulillah masih ada lagi blog ni.. ingat dah lama tak aktif kena gantung..huhu.
So... adakah sy akan memulakan balik blogging? Tak dapat nak saya jawab sekarang. Maybe. Tapi konsep nya mungkin akan berubah sedikit bersesuaian dengan masa yang saya ada sekarang. Kalau dulu boleh 2,3 post sehari.. boleh blogwalking tiap2 hari tanpa jemu..hahaha.
But secara jujurnya terlalu banyak yang boleh kita dapat dari berblogging. Rakan blogging, ilmu tentang bermacam2 aspek, jana pendapatan, melatih kita berkreatif serta memberi kita inspirasi serta motivasi dalam pelbagai sudut tidak kira dari segi kehidupan kita mahupun orang lain.
Till next post...

Thursday, August 11, 2016

AGAK SIBUK SEDIKIT DENGAN TONEEXCEL

Lately ni saya agak kesibukan sedikit dengan program WOW Toneexcel. Prepaid that pays.... Sy baru je join dalam 2 bulan dan ianya memang benar2 berbaloi walaupun sy ni sebenarnya pengguna tegar Digi tapi kalau baru 2 bulan saja kita dapat income 3 angka, memang tak mustahilah seperti testimoni-testimoni yang dinyatakan dalam setahun saja dah boleh dapat income 4 angka..dan pendapatan tersebut adalah pasif...Bermaksud anda tak buat apa pun, tetap dapat pendapatan yang sama...Perghhh.
Prepaid That Pays
Okay...macam mana boleh sy terjoin? Klik kat sini kalau nak tahu cerita.
Prepaid biasa kita cuma boleh call, sms dan langgan internet tapi dengan Toneexcel anda dapat lebih daripada itu. Memang banyaklah...Nak tahu apa yang keistimewaannya..Klik lagi kat sini..ahaksss
Part paling best adalah,
Anda top up, anda akan dibayar.
Anda ajak keluarga, rakan, saudara mara, sesiapa saja join...pun anda dibayar.
Lepas tu keluarga, rakan, saudara mara dan sesiapa saja yang anda ajak join tadi top up, lagi sekali anda dibayar infiniti selagi diorang top up... boleh nampak macam mana mudahnya anda mendapat income... So apalagi, nak tahu lebih detail boleh aje tengok di website ini.

Monday, July 25, 2016

MASA UNTUK RUMAH TERBUKA

Ehsan Google - Antara juadah rumah terbuka
2 minggu terakhir bulan raya ni sudah pastinya akan dipenuhi dengan jemputan2 ke rumah terbuka samada daripada sahabat handai, sedara mara mahupun masjid2. Dekat kawasan rumah sy tu ada 3 surau yang mengadakan jamuan terbuka hariraya.. Memang meriah dan pelbagai juadah yang ada, kambing golek pun ada..perghhh. Minggu lepas je dekat 4 rumah yang sy kena 'attend' jamuan rumah terbuka Hariraya... Orang dah ajak, takkan lah nak menolak pulak kan..lagipun rumah diorang tak adalah jauh sangat, jadi bolehlah sy singgah biarpun terpaksa berbagi masa untuk singgah ke rumah lain. Minggu ni pulak ada lagi 3 rumah kawan yang sy kena datang..semua kawan rapat tu..zaman-zaman sekolah dulu, sambil beraya sambil bercerita-cerita kisah lama.. Ada jugak yang buat majlis kahwin dalam bulan raya ni. 2 in 1 lah.. lagi meriah.. Anyway, raya-raya jugak, makan tetap kena jaga, jangan dok masuk je sampai perut dah hilang kawalan putus semua zip..ahakssss. 

Wednesday, July 20, 2016

BIASALAHKAN...

Ketika dan saat ini memang selalu sangat sy lalui..memang tiap2 tahun berlaku.. Memang susah nak hindari, susah nak elak..buat macam mana pun tetap jugak jadi. Apa dia? Ahakkssss... Saat kemalasan bila dah bercuti panjang...terutamanya selepas cuti raya...hahaha. Memang lembik betul tangan ni nak menaip entry2 baru walaupun dalam kepala tu banyak je idea nak menaip tapi malasnya tu... tahap gaban.
So biasalahkan..kan..kan. Raya tahun ni sy banyak berjalan-jalan. Macam tahun lepas jugak tapi kali ni sy pergi jauh sampai ke Segamat, balik kampung belah Mak. Masih ramai jugak sedara mara kat sana walaupun ada yang sy tak kenal, maklumlah diorang tu dah generasi ke berapa pun sy kurang pasti tapi yang sy tahu kitaorang bersaudara... Bila roll balik tanya siapa atok ke nenek ke..baru tahu diorang ni sedara belah mana... Yelah nak2 dengan zaman handphone ni, mana nak tahu kan seudara yang jauh2... setakat tahu daripada mulut mak aje..itu sedara tu..anak si itu anak si ini. Sepupu itu sepupu ini...  Anyway, memang seronok bila berkumpul ramai2... Apa citer u all?

Tuesday, June 28, 2016

YEAAYYY TAHUN NI TAK ADA BONUS

Walaupun anak bulan raya masih belum lagi kelihatan, tapi anak bulan bonus sudah pun hilang dari pandangan dan diumumkan bahwa tahun ini memang tiada bonus....hik hik hik. Hilang semua semangat raya. Hilang semua plan nak sambut raya... Hilang keceriaan nak berjumpa sahabat handai.. Hilang seri muka kita yang bolehlah dikatakan manis...orang katalah. Rupa-rupanya boss belanja berbuka puasa kat hotel hari tu ada makna yang tersirat rupanya. Nak bagi kita happy2 lepas tu bagi tau tahun ni tak ada bonus... duit raya dalam ang pow pun tak ada..tinggal sampul aje yang ada..huhu.
Emmmm jadi nampak gaya nya... kenalah sy tukar plan. Kalau tak nanti lepas raya sudah pasti terpaksa ikat perut sebab gaji dah habis sambut raya. Cakap pasal tu, teringat sy cerita kat tv baru2 ni cerita pasal mamat ni yang terlalu kedekut nak berbelanja...semua nak save sampai peti surat pun di buat daripada tong plastik. Minyak motor siap isi cukup2 untuk pergi kemana yang dia nak pergi.. apa tajuk nya lupa pulak sy.... Emmm apa2 pun masih ada masa untuk buat perancangan.. Yeaaayyy
Tahun ini tak ada bonus!!

Friday, June 24, 2016

BERBUKA DI HOTEL THE MAJESTIC, KL

Semalam dapat jugaklah akhirnya berbuka puasa di hotel...ahaksss. Bukan sendirian berhad ye.. tapi company yang buat majlis berbuka puasa di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, berdekatan dengan stesen KTM tu... Ingatkan tahun ni tak buat..tapi ada jugak rupanya. Terimakasih boss. Boss lah boss terbaik...hahaha. Lupa pulak nak ambik gambar almaklumlah kelam kabut dengan orang yang kesana kesini mengambil makanan ....
Secara kasarnya makanannya boleh tahanlah. Ada yang sedap dan ada yang biasa2 saja tapi overall ok. Pelbagai variasi makanan dan minuman. Tempatnya tidaklah terlalu crowded seperti masa sy berbuka di Hotel Singgahsana PJ beberapa tahun yang lepas. Juadah yang paling sy suka? Emmm kejap nak flashback apa yang sy makan ekkk? Arrrrr sy suka air juice dia..memang fresh dan betul2 fruit blended.. ada juice guava, juice kurma, soyabean dan limau citrus. So you all ada berbuka kat mana2 hotel tak tahun ni? Ke tiap2 hari berbuka kat hotel..ahaksss...Yelah sebab kerja kat hotel..haha. Cuciter cuciter.....

Thursday, June 23, 2016

MALAM YANG DINANTI2KAN...

Diam tak diam kita sudah pun sampai ke hari 18 berpuasa. Terasa singkat pulak... sudah semakin hampir ke suku terakhir bulan Ramadhan yang mana pasti ramai antara kita yang tak sabar untuk mendapat ganjaran2 dan keberkatan apalagi bila ianya dikatkan dengan malam Lailatul Qadar.
Apalagi perkara ini telah dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatul qadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (surah al-Qadr, ayat 1-5).
Teringat sy masa belajar dulu2 di sekolah asrama... masa tu semua berlumba2 sembahyang terawikh. Memang menyeronokkan... Emmmm terkenang terkenang. Anyway, untuk semua pembaca Jomsantaisekejap, semuga anda semua mendapat keberkatan dan ganjaran di bulan yang mulia ini. Aamin. 

Thursday, June 16, 2016

BAZAAR OH BAZAAR 2016

Entah kenapa sejak 2,3 tahun kebelakangan ni sy semakin kurang ke Bazaar Ramadhan. Terasa lebih senang masak sendiri kat rumah walaupun lauk yang simple mimple. Dulu2 memang nak kata tiap2 hari ke bazaar kecuali hari minggu... ada saja yang nak dibeli, kuih itulah kuih inilah..lauk itulah lauk inilah.. air apa lagi.. apa jenis warna air yang di jual kat bazaar tu semua nak try..ahaksss. Tapi itu duluuuuuu.
Sekarang ni macam dah malas dah. Mungkin sebab harga makanan dan minuman pun kebanyakan dah naik, makanan pun kadang2 ada yg ok dan ada yang tak sesedap mata memandang. Mungkin jugak sebab dah selalu sangat ke bazaar, jadi boring pulak sebab asyik tengok benda yang sama siap dah tahu semua jenis makanan dan minuman yang dijual kat bazaar tu.
Apa-apa pun sekali sekala kalau agaknya sy dah boring nak masak, mungkin jugak akan menjejaki ke bazaar tapi entah2 masa tu semua peniaga dah tak meniaga..dah start nak balik kampung sebab dah penghujung Ramadhan...ahaksss.

Monday, June 13, 2016

LAGU RAYA PALING DIMINATI

Rasa-rasanya kejap lagi mulalah berkumandang lagu2 raya kat corong2 radio... Tapi bagi sy lah, lagu2 yang lama2 masih lagi sedap didengar dan terasa sangat rasa rayanya bila didengar terutama macam lagu "Dendang Perantau" nyanyian Tan Sri P Ramlee dan jugak "Balik Kampung" nyanyian Datuk Sudirman Hj Arshad... Bila dengar je mulalah feeling sekejap.
Teringat zaman sekolah asrama dulu, bila time puasa..bila terdengar lagu "Dendang Perantau" mulalah mata ni berair2 sebab terkenangkan mak ayah kat kampung... Bila dekat2 nak cuti raya, terdengar pulak lagu "Balik Kampung"..hilang terus sedih2 dulu tu..punya happy nak balik kampung beraya... Itulah kesannya lagu2 raya setiap kali datangnya musim raya ni. So, apa lagu raya favourite you all....?
Apa-apa pun, puasa baru hari ke 8, masih panjang namun jika kita tidak mengambil segala ganjaran2 yang ada pada bulan Ramadhan ni pun tak guna jugak... Semuga rakan bloggers semua sentiasa mendapat keberkatan dan ganjaran yang berlipat kali ganda di bulan puasa ini... santai selalu.

Wednesday, June 8, 2016

MIMPI DALAM MIMPI DALAM MIMPI...

Orang kata mimpi ni mainan tidur. Ada jugak yang kata sebab otak kita asyik stress fikir itu ini, so bila kita tidur otak kita masih belum shut down..tu yang terbawak2 sampai ke mimpi.. ahaksss. Pernah tak dalam banyak2 mimpi tu ada mimpi yang langsung tak ada jalan cerita atau kalau ada ceritanya pun memang tak masuk akal.
Sy pernah jugak dulu ada beberapa mimpi yang macam tu. Antaranya macam ada satu mimpi ni, sy berjogging kat satu taman, tiba-tiba tau2 sy dah dalam kapalterbang..bukan sebagai penumpang tapi pilot..haha. Lepas tu bila sy tengok belakang ada padang bola besar tapi orang tak ada, cuma padang bola aje... bila sy pandang balik kedepan, ada anak jiran sebelah rumah dengan kawan sy tengah bersanding. Masa tu macam ada rasa frustlah kenapa diorang berkahwin... padahal dua-dua orang tu, anak jiran dan kawan sy, dua-dua dah pun berkahwin dengan pasangan masing2lah... Last-lastnya, mimpi sy habis macam tu aje...ahaksss.
So you all pernah ke bermimpi macam tu? Cuciter cuciter....

Friday, June 3, 2016

HARGA BARANG DAH MULA NAIK DAH..

Ehsan Google.
Belum pun kita start berpuasa, harga barang dah mula naik..kecuali barang yang terkawal lah sebab yang tu memang dikawal harganya...ahaksss. Semalam bila sy singgah ke salah sebuah hypermarket, rata-rata sy lihat banyak harga-harga barangan sudah mula naik antara 10 sen ke 20 sen. Ada jugak yang sampai naik 40 sen terutamanya barang makanan seperti keropok2...yang ni memang selalu sy beli jadi bila harga naik tu memanglah sy tahu sangat...ahaksss
Kalau barang-barang untuk buat kuih-kuh raya tu sy tak pasti..Kena tanya pulak pada mereka2 yang selalu buat kuih sebab sy cuma buat kuih untuk makan je tapi untuk kuih2 Hariraya ni jaranglah..selalu tunjuk itu tunjuk ini je dah dapat kuih raya 2,3 balang.
Apa-apa pun di harap pihak penjual terutamanya di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di hypermarket tidaklah menaikkan harga barangan terlalu tinggi semata-mata untuk mengaut keuntungan.. ni belum lagi bila barangan tersebut tiba2 tak ada stock. Memang selalu berlaku. Nanti pihak itu salahkan pembekal lah, nanti ada yang kata ada yang sorokkan barangan tersebutlah..tapi harga tetap dinaikkan... so siapa yang kena? Pengguna jugak...ahaksss 

Friday, May 20, 2016

SIAPAKAH YANG BERSALAH?

Ini semalam punya cerita....
Cuaca macam ok. Kebiasaannya petang2 pasti hujan tapi semalam cuaca memang redup dengan angin sepoi dan sempoi memanjang, so sy decide untuk keluar minum dengan girlfriend sy.. yelah dah lama sangat tak minum bersama...so kitaorang set pergi minum kat sebuah kedai kopitiam. Tengah syok-syok layan roti bakar dengan teh tarik tiba-tiba.....
"You... siapa dia ni? Patutlah lama I call you tak jawab..Dah ada orang baru rupanya.." suara seorang perempuan tiba2 muncul didepan meja kitaorang...
"Errrr... you ni siapa ye? I kenal you ke?" Sy pun tertanya2 jugak. Rasanya macam tak kenal, tapi manalah tahu sy pelupa..ahaksss
"You tak ingat? Ke you pura2 tak ingat? I kan girlfriend you.. I Shila. You ni biar betul.. casanova betul. Ni sapa? Girlfriend baru u?" Marah betul nampak perempuan tu...
"Sayang... siapa dia ni? Betul ke you tak kenal dia" Tiba-tiba girlfriend sy pulak bersuara. Emmm memang havoc lah macam ni...
"Betul I tak kenal.. You salah orang kot. Pelanduk dua serupa. Serius memang I tak kenal you.." Terang sy pada perempuan tu sambil dia merenung2 muka sy macam tak percaya..
"I tak percaya... Takkan ada muka yang sebijik macam u... Nama you JSS kan?" Sy tergamam. Girlfriend sy pun tergamam. Sy pasti anda semua pun tergamam......
Kejap..kejap..kejap. Bila masa pulak sy ada girlfriend? Aduhaiiiii mimpi lagilah.......

Tuesday, May 17, 2016

HAI...BOLEH BERKENALAN?

"Hai...boleh berkenalan?" 
Ini adalah ayat paling kerap dan popular waktu dulu-dulu bila kita nak berkenalan. Straight forward, tak ada segan silu tapi ada kejujuran. Jawapan pun kita dapat masa tu jugak. Kalau orang yang ditanya tu sudi berkenalan terus dia jawab boleh atau ok, kalau tak, terus dia tak layan...ahaksss.
Teringat sy bila menonton cerita lama2... Bila nak berkenalan, kena ada ayat2 yang berkias siap dengan pantunnya sekali. Memang kalau siapa yang dengar pasti terasa. Antara contoh pantun adalah seperti :
Coba-coba menanam mumbang,
Moga-moga tumbuh kelapa,
Coba-coba bertanam sayang,
Moga-moga menjadi cinta
Tapi rasanya kalau zaman sekarang ni, memang dah susah dah nak jumpa orang nak berkenalan atau mengorat menggunakan pantun. Sekali kita keluar pantun, ada pulak yang kata buang tebiat.. Dua tiga kali kita berpantun nanti dikata "Dia dah mai dah.." ahaksss, padahal pantun tu pun salah satu budaya khazanah negara kita. Apa-apapun, memang zaman telah banyak berubah... terlalu banyak.

Tuesday, April 26, 2016

BILA TERLEPAS CAKAP JADI KENYATAAN

Kadang-kadang kita selalu dengar orang berkata "Jangan cakap nanti masin mulut kau".. gitulah bunyinya. Maksudnya jangan cakap benda yang bukan-bukan atau tidak berkaitan takut nanti jadi kenyataan. Yelah kata-kata tu pun merupakan satu doa jugak.. Jadi sebab tulah kita kena berhati2 apabila berkata-kata....kan.
So story pasal tajuk ni adalah dulu masa sy belajar kat UiTM.. huhu. really miss that time. Ada kawan sy ni memang suka sangat sakat sorang junior tapi bukanlah sakat mengejek atau seumpamanya tapi macam suka tegur.. kalau jumpa je ada je yang benda atau modal dia nak tegur. Nak kata dia nak tackle tak jugak sebab kawan sy ni jenis tak suka couple.. Katanya menyusahkan... ahaksss katanyalah. So lama-lama bila asyik kena kacau aje, si junior ni pun pun berkawan jugaklah dengan kawan sy ni tapi kawan2 gitulah kira kalau diorang cakap pun memang jenis gurau kasar punya..
So dipendekkan cerita pada satu hari bila diorang ni berjumpa kat kafeteria untuk minum petang, adalah ternampak 'sepasang' student tengah study kat situ, so apalagi mulalah diorang jadi CNN. Perbualan diorang lebihkurang lah macam ni.....
"Ko tengok tu? Boleh masuk ke study macam tu?" kata kawan sy.
"Emmm masuk kiri keluar kanan lah tu...  Tu bukan satu batch hang ke?" tanya student junior tu.
"Aaaahhh tapi aku bukan kenal sangat.. x sama course. Kalau aku memang tak kan nya ambik budak tu jadi bf" kawan sy confident je.
"Apasal pulak... ok lah tu. Janji setia beb... Harap muka separuh handsome macam hang tapi tak setia nak buat apo ehhh" gurau student junior tu sambil kawan sy mula nampak bengkek...
"Ko jangan cakap..Nak tahu setia tak setia aku ni...ko tunggu nanti satu hari aku kahwin dengan ko.. baru ko tahu apa jenis setianya aku ni.."
"Cehhhhh tak ingin aku kahwin dengan hang..." .......
Dan kata-kata itu.....akhirnnya membawa diorang kejinjang pelamin.

Thursday, April 21, 2016

BILA ULAR PUN KEPANASAN....

Beberapa hari ni sejak situasi panas elnino melanda, banyak pulak dengar cerita ular2 mula keluar mencari tempat yang lebih sejuk, tak kira lah mana tempat, janji sejuk.. dalam kereta, tepi rumah, tepi sekolah, pondok buruk sampaikan ada seorang murid menjadi mangsa patukan ular. Sedih jugak bila sy dengar.. yelah susah jugak nak memantau dari mana datangnya ular2 ni, lebih2 lagi yang jenis berbisa. Apa-apa pun sy cuma berharap pihak2 tertentu dapat memantau dan menjaga keselamatan bukan saja disekolah tapi mana2 tempat yang dikira boleh mengundang keadaan sebegini dan diharap keadaan panas elnino pun akan berkurangan.. katanya menjelang bulan Jun nanti...

Thursday, April 7, 2016

PANTASNYA DIRIMU BERUBAH ( PART 2)

Ahakssss... Mintak maaf. Lambat pulak nak sambung penyudah nya cite Daniel dan Seri ni.
Lazimnya kalau orang dah sayang sakan, bila tak dapat sms, tak dapat call dari pasangan kita pasti muka kita akan muncung memanjang.. Macam tulah muka si Daniel ni. Kalau berjalan dengan dia pasti setiap saat dia akan melihat handphone menunggu kalau2 ada message masuk dari Seri.
Pada satu mlm, kami bertiga merancang nak tengok wayang cite 'The 5th Wave'.. so oleh kerana masa tu masih awal lagi, jadi kami pun lepak2 lah kat kedai Old Town White Coffee. Si Kawan sy ni dah lama 'usha'2 sy supaya bagi tau Daniel tentang Seri tapi sy bagi signal sabar dulu... Last2 agaknya sebab tak tahan, dia pun terus bukak cerita pasal Seri dan apa yang dia nampak. Mula2 Daniel menunduk... lepas tu macam seakan nak menangis, kami pun dah mula cuak... lepas tu tiba2 terus dia memarahi kawan sy sambil macam2 lah keluar sampai cakap kawan sy cuba nak tackle Seri...ahakss. Sy pun cuba lah nak slow down kemarahan dia tapi dalam masa yang sama sy bagi tau jugaklah apa yang dikatakan kawan sy tu mungkin betul lebih2 lagi Seri sekarang dah tak macam dulu.. Ingatkan dia slow down, kali ni dengan sy jugak kena sumpah seranah...Sy pun kena tuduh jugak cuba nak tackle Seri...ahaksss. Last2 kawan sy terus beredar. Daniel pun terus pergi dengan kemarahan...tapi bukan pada Seri..pada kami berdua..ahakss. Sy... emmm sy tak pergi mana2 sebab sy terus jugak tunggu dan meneruskan niat untuk melihat 'The 5th Wave'.....
Dipendekkan cerita, akhirnya Daniel dapat tahu dari mulut Seri sendiri yang dia mempunyai orang lain, pilihan keluarganya tapi disebabkan tidak mahu Daniel terlalu kecewa, dia cuba menghindari diri... Tulah, kadang2 bila kita terlalu cintakan seseorang, terlalu percayakan seseorang... susah untuk kita menerima perkara2 yang tidak betul tentang pasangan kita.
Apa jadi pada kami bertiga? Kami tidak lagi serapat dulu... Masing2 dengan hal masing2.


Thursday, March 24, 2016

PANTASNYA DIRIMU BERUBAH...

Cerita ni memang kisah benar yang berlaku pada kawan sy tapi sebab cerita dia tersangatlah kelam kabut, maka sy olahlah sedikit, kurang tambah itu ini bagi you all faham...ahaksssss.
Kadangkala terlalu percaya kepada seseorang yang kita sayang jugak boleh memakan diri kita sendiri dan kesannya boleh meninggalkan parut yang pedih dalam kehidupan kita sehingga kita sukar untuk menerima kenyataan... Perghhh mukadimmah.
Hubungan Daniel dan Seri sudah terjalin hampir 4 tahun. Cinta pandang pertama. Diorang ni bertemu masa nak pergi tengok wayang. Masing2 memang kaki wayang, jadi masa pergi tu masing2 pergi sorang2. Jadi semasa nak menunggu masuk panggung tu diorang berkenalan lah sambil cerita pasal cerita2 filem...dan seterusnya... pendek cerita dari situ lah diorang mula berkawan dan bercinta.
Hubungan mereka berjalan dengan baik..sentiasa mesra dan bahagia. Tak pernah pulak sy dengar mereka bergaduh walau sekecil perkara pun, mungkin sebab kedua2nya jenis happy go lucky....... sampailah satu masa salah seorang kawan sy yang jugak mengenali Daniel ternampak Seri sedang berjalan dengan seseorang di KL berpegangan tangan. Serba salahlah kawan sy ni nak bagi tau pada Daniel kerana dia tahu Daniel memang sayang sangat pada Seri dan pastinya Daniel tidak akan percaya dengan ceritanya... jadi sylah yang menjadi sasaran beliau untuk menjadi pemberitahu..ahaksss...
Pada mulanya sy pun memang tak berniat pun nak bagi tau Daniel tapi ada satu hari apabila kami 'ngeteh' kat kedai mamak selepas balik kerja, dia tiba2 ter'cakap' pasal Seri yag sekarang sibuk dan susah untuk di ajak keluar. Time tulah sy pun dengan cara berhemah memberitahu dia yang mungkin Seri sibuk dengan kerja-kerjanya.... ahaksss. ( langsung tak cakap pasal yang kawan sy tu pernah nampak Seri dengan orang lain...)
Errrrr... kita sambung ye next entry... Boss tiba2 panggil pulak. Alahaiiii.....




KATA ORANG TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Ahakkssss... yang ni memang tak ada orang kata pun..tapi sebab seronok mengikuti siri cerita tersebut, maka keluarlah tajuk spontan tu..huhu. Ungkapan playboy ni adalah di'beri'kan kepada lelaki yang suka berpoya-poya dan sentiasa bertukar teman wanitanya... Playgirl memang tak pernah dengarlah tapi mungkin gelaran nya berbunyi lain lah. 
Kadangkala bila dah jadi playboy ni, bila sampai masanya kita benar2 jatuh cinta dengan seseorang atau berubah kerana seseorang..susah untuk rakan2 dan orang lain percaya. 
"Aku betul2 berubah kerana dia"
"Kerana dia aku sanggup tinggalkan dunia playboy aku"...... antara ungkapan2 yang selalu kita dengar samada dalam drama mahupun didunia realiti... yelah memang kita akui manusia boleh berubah tapi untuk berubah dan ketepikan ego kita sebagai lelaki.. adalah satu lagi perkara yang sukar untuk kita percaya bahwa seorang playboy sudah berubah dan ditundukkan....
So...pernahkan anda bertemu dengan seorang playboy yang sudah berubah? Atau anda sendiri seorang playboy..... ahakssss.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails