Showing posts with label Lawak Santai. Show all posts
Showing posts with label Lawak Santai. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

BERWHATSAPP SAMPAI BERASAP...

Kadangkala, kerana kesibukan kita tak sempat nak berjumpa.. tak sempat nak beramah mesra, jadi cara paling senang adalah dengan ber'sms' atau berwhatsapp2...huhu.
Ini adalah sedutan antara perbualan2 whatsapp dalam group keluarga yang rapat sangat2...
Sara : "Semalam Allyn dah tengok tak dvd konsert Infinite yang Akak bagi tu?"
Allyn : "Dah..perghh best kak. Ada lagi tak dvd2 lain?"
Mak : "Amboiii Sara beli kat mana dvd tu? Pakai duit belanja sekolah ke?"
Sara : " Taklah mak... Duit Sara yang Sara simpanlah. Sara tahu berjimatlah mak duduk kat asrama. Duit mak dgn abah bagi tu Sara guna untuk belanja sekolah je.."
Mak : " Baguslah tu.. Jangan membazir. Minggu ni abah ada plan nak bawak gi Sungai Congkak sebab company dia ada buat family day kat sana"
Sara : "Sungai Congkak? Air sungai dia dah ceteklah mak... "
Allyn :"Alaaaa akak ni, kira apa, yang penting kita enjoy. Dah lama tak gi jalan satu keluarga.. "
Tiba-tiba si Abah pun join.
Abah : "Depan2 meja makan pun nak berwhatsapp ke? Makanan order tadi dah nak sejuk dah... Dah. tutup hp tu. makan."



Friday, February 27, 2015

BUKAN KE U DAH TANYA

"U...!! Temankan I boleh?" Allyn tiba-tiba bersuara.
"Kemana? Nak buat apa?" tanya Daniel sambil berkerut-kerut kehairanan.
"Banyak tanyalah U ni.. Nak ke tak nak?" sambil Allyn mencebik jauh memandang.
"Yelah..yelah. U nak kemana?" Daniel mengalah, kalau tidak pasti lagi panjanglah muncung Allyn, sambil menarik lembut tangan Allyn.
"U...!! Temankan I boleh? tiba-tiba Allyn bersuara lagi.
"Ehh..ehh. Bukan U dah cakap ke tadi?" double trouble kerutan di dahi Daniel.
"Bila masa pulak I tanya ni? Ke orang lain yang tanya tapi cakap I yang tanya... kan?" Kali ni Allyn terus memalingkan muka sambil mengertap bibirnya.
"Emmm tak pelah. Sorry sayang. I salah dengar kot.. Jom. Kita nak kemana? Nak buat apa?" Tanya Daniel sambil cuba mencuri-curi senyum.
"Ehh..ehhh. Bukan ke U dah tanya I soalan tu tadi?" Kali ini Daniel pulak mencebik sambil muncung bibirnya memanjang memcecah KLCC.....

Friday, April 13, 2012

AKHIRNYA TERLANJUR JUGAK...

Bak kata pepatah, nasi dah jadi bubur, cempedak dah jadi nangka...sebenarnya sy sendiri tak menyangka semua akan jadi macam ni, hingga sebegini rupa. Kadang-kadang tu tak ada terniat langsung untuk melukakan hati sesiapa, untuk mematahkan hati sesiapa tapi perkara itu tetap terjadi...Bak kata orang, manusia selalu gagal untuk merancang tapi tidak pernah merancang untuk gagal...Sy hanya manusia biasa, penuh dengan kedaifan. Kadang kala kerana kesilapan yang kecil, kerana kelemahan diri sendiri menyebabkan orang lain merana.. Benar-benar sy harus meminta maaf. Memang sy tak sengaja...
Sebenarnya siapakah orang itu? Sy pasti anda semua tahu kalau anda baca blog sy...tak payahlah sy sebut nama nanti jadi semakin kusut pulak keadaannya sekusut cuaca yang tak menentu..sekejap panas sekejap hujan....Kesal tak payah cakaplah, memang terasa sangat tapi kalau sy tak buat, pasti orang lain akan buat jugak malah sebelum ni sy sendiri pernah terkena...bukan sekali, tapi banyak kali, tapi bukan jugak niat sy nak membalas dendam sebab sy bukanlah jenis pendendam...tanya kak ct, tanya dill, tanya radz, tanya lynn, tanya dayya, tanya jeelyana, tanya sama itu hud hud....
Walau apa pun, izinkan sy untuk memohon maaf kepada anda kerana akhirnya terlanjur jugak anda membaca hingga ke saat ini.......ahakssss.

Thursday, March 22, 2012

PERNAH SEKALI AKU DI.....

Pernah dulu...
Pernah sekali...
Pernah satu ketika hati ini dilukai. Cukup terhiris. Cukup dalam rasanya hingga tiada lagi airmata untuk ku membasahi bumi. Tak pernah ku duga semua itu akan berlaku dalam kemesraan dan keindahan kasih sayang yang kita lalui bersama. Dalam bercinta mengapa selalu ada orang ke tiga? Mengapa selalu ada saja dia? Di antara beribu bintang, hanya dirimu yang paling terang... tapi semakin lama dirimu semakin jauh.
Teringat lagi dimana kita selalu bercakap pasal kehidupan kita di masa depan, impian itu ini yang nampak cukup sempurna setiap kali kita bersama. Belaian dan kerinduan tak pernah lekang, kata2 cinta tidak pernah hilang dari bibir kita... tapi semua itu tinggal kenangan. Dirimu benar2 telah berubah. Tiada lagi kemesraan, tiada lagi masa untuk ku, tiada lagi kata2 cinta....semuanya hanya kerana dia? 
Ye tuan-tuan dan puan-puan, sebuah luahan rasa daripada En Semail Tukiman daripada Kg Cempaka untuk kita renung-renungkan pada pagi ini....ahaksssss.

Wednesday, February 22, 2012

AKU YANG EMO

"Aku dah tak tahan dah. Aku memang dah lama menahan sabar. Aku memang pantang bila....."
"Apahal kau ni Daniel? Marah pagi2 buta ni. Apa yang tak kena dengan kau ni?" Roslan cuba menenangkan rakan sekerjanya yang jelas kelihatan kelam kelibut kelibat..
"Semalam aku nampak si Rosnah berkepit dengan si Mail...panasnya hati aku"
"APA????" kuang kuang kuang
"Mail lambung tu? Kau biar betul Daniel...setahu aku Mail tu pemalu orangnya."
"Betul...siap pakai jeket lagi. Rambut ala punk2 gitu."
"Mana kau nampak diorang?" Roslan semakin rancak ingin tahu
"Aku nampak dekat Starbuck"
"APA???? kuang kuang kuang.
"Kau biar betul...."
"Apa pulak tak betul..Kau ingat aku ni dah buta ke? Aku kalau dapat si Mail tu memang aku belasah cukup2.."
"Yang kau emo sangat ni kenapa Daniel?" Roslan cuba menenangkan lagi keadaan Daniel.
"Kau cakap apa? aku emo? Kau kawan aku kan? Apasal kau cakap macam tu?" Daniel bengang dengan jawapan Roslan...
"Yelah...setahu aku Rosnah tu bukan ada apa2 pun dengan kau, kawan sepejabat je. Bercakap dengan dia pun kau tak pernah, apa lagi keluar."
"Ye ke? Hehehehe...aku emo...betul kata kau, aku emo....lupa pulak aku tak pernah cakap dengan Rosnah..."

Thursday, December 22, 2011

POTONG JANGAN TAK POTONG

"Terujalah gua tengok lu punya Daniel. Walaupun lu ni kira dah season tapi masih berkilat2 dan ada power lagi lu punya. Ada apa2 rahsia ke yang boleh lu kongsi dengan gua?" tanya Leong.
"Alaaaa biasa2 aje. Yang penting kena slow and steady...jangan potong2."
"Ehhh lu sampai sekarang tak pernah potong ke Daniel? Wahhh lu tarak malu ke sama orang lain?" terkejut Leong mendengar pengakuan Daniel.
"Buat apa nak malu...cakap aje terus terang lagi bagus. Kita punya barang kita punya sukalah. Kalau apa2 jadi siapa yang susah, kita jugakkan..baik tak payah potong2. Tak potong selamat jugak Leong... "
"Respect sama lu lah Daniel. Gua kalau tak potong, banyak pening kepala" terang Leong sambil mengeleng2kan kepalanya.
"Apa kaitan pulak pening dengan potong Leong? Daniel tertanya2..
"Yelah, lu tahukan gua kerja hantar barang. Kalau gua bawak slow2 macam lu tarak potong..mesti banyak lambat mahu sampai...nanti orang bising2 bikin pening gua punya kepala... "
"Ooooooo macam tu ke?" Daniel hanya tersenyum.....

Friday, January 14, 2011

PRAPPPPP!!

“Praaaapppp” Tiba-tiba satu bunyi kedengaran seakan datang dari belakang rumah.
“Bang! Bunyi apa tu bang?” tanya Senah mengejutkan suaminya sambil memerhatikan sekeliling.
“Bunyi apa? Sy tak dengar bunyi apa pun? Sy baru je nak terlena, awk dah kacau..tak ada apalah yang. Awk tidur jelah” jawab Aman yang jelas masih mengantuk.
“Sy memang dengar tadi tu bang..Macam daripada belakang rumah kita je bang?”Senah masih keresahan kerana suaminya seperti tidak percaya dengan kata-katanya.
Selang beberapa minit kemudian, sekali lagi bunyi itu kedengaran.
“Yang…! Bangun yang. Sy dengar bunyi tu…” kali ini Aman pulak yang mendengar bunyi itu.
“Abang ni, tadi sy dengar abang tak percaya…ni sy tengah tidur, abang kacak sy pulak. Kalau nak kacau pun pagi esoklah Bang” mata Senah layu sambil menepis2 tangan Aman yang tak berhenti mengejutnya.
“Abang tak tipulah yang..Kali ni memang abang dengar. Bangunlah yang..Abang nak pergi tengok sekejap kat belakang” Aman seperti ingin tahu darimana bunyi itu berasal.
“Tak payahlah bang. Senah takut sorang-sorang. Jom kita tidur tengah-tengah. Dah pukul 1 pagi dah ni..” Senah seperti keberatan untuk tinggal keseorangan.
“Okaylah..” Aman bersetuju dengan cadangan Senah sambil menarik selimut dan mengesot punggungnya ketengah dan kemudian…..
“Praaappppppp!!!” Satu lagi bunyi tapi kali ni lebih kuat.
“Arghhhhhhhh” jeritan Aman dan Senah serentak memecah kesunyian malam itu.
Malam itu Senah dan Aman terpaksa tidur di kerusi ruang tamu kerana katil mereka tidak dapat digunakan lagi.

Monday, December 6, 2010

CINTA SEORANG ROCKERS

"Kenapalah jadi sampai macam tu? Kan I dah kata macam mana sikap parents I?" Bentak Ina marah dengan kekasihnya seorang rockers terkenal di Kampung Pisang.
"Gua memang dah tukar imej. Tengok rambut gua dah settle pendek, Baju gua pun tak ada yang tampal2, siap pakai t-shirt adidas lagi..mana ada gambar iron maiden dah" Ramli dengan confident menyatakan perubahan yang telah dibuatnya demi cintanya kepada Ina.
"You kan tahu I sayang sangat kat you..Peluang yang parents I bagi bukan senang dapat, diorang bukan setakat tengok rupa tapi tengok jugak perwatakan dan kerjaya serta keluarga..you tahukan?" Ina seperti masih ada yang tidak puas hati dengan Ramli.
"Gua tahu tu beb. Gua dah jumpa si Nyah Enon tu bagi make-over kat gua. Seminggu gua belajar bahasa Jepun, seminggu gua belajar bahasa Tradisional, seminggu gua belajar cara cat-walk...Baju ni hahhh, mana gua pernah pakai....sampai Si Nyah Enon tu hampir terpikat dengan gua pulak " terang Ramli sungguh2.
"Itu semua tak cukuplah you..."
"Apalagi yang kureng. Dari rambut sampai hujung kaki gua dah kasi tukar. Muka gua ni hahhh, dulu sental sabun buku biasa je, sekarang gua dah pakai macam cleanser yang macam Aaron Aziz pakai...Janggut gua ni pun lu tahukan rock value bagi gua, gua bagi clear habis..Rupa gua ni dah kira hampir macam Hirtik Roshan dah.."
"Rombongan merisik tu jelah jalan supaya parents I dapat menerima you. Puas I pujuk diorang untuk melihat you dan keluarga you dari dekat, tapi spoil semuanya" Ina ternyata frust dengan keadaan.
"Gua dah ikut dah semua yang lu suruh beb. Gua cakap pun baik punya sopan santun, gua belajar dengan Cik Seri Bahasa. Gua punya lentok salam pun dah macam Mama juwie..apa lagi yang tak kena?" Ramli ingin tahu apakah yang sebenarnya ingin keluarga Ina lihat.
"I bukan maksudkan you. I maksudkan keluarga you dengan saudara mara you tu. You seorang saje yang berubah, tapi diorang yang lain sama macam you dulu" Ina mencemek kegeraman.
"Laaaa...lu cuma cakap gua sorang je berubah. Tak kasi tahu yang keluarga dan saudara mara gua pun kena jugak?" 

Tuesday, November 23, 2010

DIBAWAH SATU SELIMUT

Malam itu semua tidur dengan nyenyaknya. Tidak kira nyamuk apa yang berdengung, tidak kira cengkerik mana yang bersuara, mereka tetap lena dibuai mimpi. Tiga sahabat Aida, Eka dan Norul yang telah lama menyewa rumah itu sejak 3 tahun lepas, leka dengan mimpi2 indah.
“Eeeeiikkkkkk” tiba2 kedengaran seperti pintu rumah terbuka. Aida bingkas bangun sambil memerhatikan kekiri dan kekanannya. Seram sejuk mula terasa ditengkuk lehernya walaupun rumah itu tidak mempunyai penghawa dingin.
“Nor…Nor! Bangunlah…” kejut Aida sambil tangannya menarik selimut yang menutup muka Norul. Malam itu Norul menemankan Aida tidur kerana esoknya Aida harus bangun seawal jam 6 pagi, jadi kalau terlajak, Norul boleh mengejutkannya.
“Kenapa ni Ida? Kacau jelah orang nak tidur” Norul mencemek mulutnya walaupun matanya masih tertutup.
“Aku dengan bunyi pintu terbukaklah…kau tak rasa ke sejuk semacam ni?”
“Alaaaaa…biasalah. Kan tadi baru lepas hujan, mestilah sejuk..Kau ni ada2 ajelah Ida. Tidur jelah…” Norul sudah malas nak melayan sikap Aida yang jelas masih terganggu dengan bunyi tadi. Norul terus menyambung mimpinya sedangkan Aida masih tidak dapat melelapkan matanya.
“Eeeeeiiiikkkkkk”
“Nor...Nor…aku dengar lagilah bunyi tu…Macam dekat sangat je, macam datang dari dalam bilik ni je..” Aida sudah semakin ketakutan. Norul dengan perlahan bangun lantas menuju ke pintu untuk melihat jika ada apa2 berlaku di ruang tamu rumah mereka.
“Tak ada apa2lah Ida…Tengok. Mana ada bunyi? “
“Tadi ada…takut betul bunyi tu…Macam Pontianak harum sundal malam” Aida menarik selimut sambil menyelimut dirinya.
“Ahhh kalau kau takut sangat, kita tidur satu selimut…Tutup semua muka kau. Aku tidur mengadap kau, kau tidur mengadap aku…ok?” Norul memberikan cadangan yang melegakan sikit hati Aida. Mereka pun mula menarik selimut dan Aida dapat jugak sedikit melelapkan matanya…..tiba-tiba,
“Eeeiiiikkkkkkkkk” Aida bingkas bangun ketakutan sambil melihat Norul yang sedang lena seperti tidak mendengar apa-apa. Akhirnya malam itu Aida tidur di bilik Eka dengan nyenyaknya tanpa suara dengkuran Norul yang cukup mengerikan……..

Friday, November 12, 2010

MALAM PERTAMA ULANG TAHUN PERKAHWINAN PERTAMA

Ini merupakan kisah benar seorang isteri dan suami yang sudah berkahwin selama setahun dan pada hari tersebut merupakan malam pertama pada hari ulang tahun pertama mereka. Sketsanya bermula begini...
"Bang...dah setahun kita kahwin, tapi abang tak pernah bagi saya n...."(tuuutttttttt......opsss. Lupa saya nak bagi tahu bahwa sketsa ini merupakan sketsa untuk mereka yang berumur 18 tahun keatas sahaja kerana cerita ni memang cerita yang tak tercapai akalmu dan mengandungi kisah2 yang mungkin boleh mengguris perasaan dan hati seseorang yang pernah mengalaminya. Kalau sebut saja rumahtangga mesti ada pro and con dan bila cakap je pasal kahwin mesti ada yang terus seronok dan tidak kurang jugak yang kecut perut mengenangkan risiko dan tanggungjawab yang akan mereka pikul bila sudah berumahtangga. Jesteru itu, sketsa ini hanya untuk mereka yang benar2 memahami erti sebuah perkahwinan dan diulang sekali lagi, hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun keatas saja atau kalau yang terlepas pandang biar saya boldkan perkataannya. 18SX. Jadi ingat ye, tengok kad pengenalan betul2, kalau esok baru cecah 18 tahun, tunggu esok baca....Ok berbalik kepada sketsa diatas, mari kita sambung ceritanya.....)
"Ok, bye bang. Jaga diri ye kat Singapore tu. Esok drive baik2......" Opssss minta maaf, sementara saya nak menerangkan tadi pasal sketsa ni, diorang dah habis berbual. Lupa saya nak beritahu masa tu, suaminya berada di Singapura kerana outstation.

Thursday, November 11, 2010

DARI MANA DATANGNYA SUARA ITU

Hampir setiap malam bunyi2 yang kurang enak sentiasa kedengaran daripada luar rumah Bella. Sudah berkali jugak Bella ajukan perkara ini kepada suaminya Badrul namun dia hanya buat tak endah dan mengatakan itu semua hanya igauan dan khayalan Bella.
“Betul Bang. Bella tak tipu. Bunyi tu memang betul2 datang dari luar rumah kita.” Bella membuka cerita kepada suaminya pada satu petang di halaman rumah mereka yang terletak di tepi pantai Port Dickson.
“Awak ni Bella…cerita lain tak ada. Asyik dengan cerita pasal bunyi2 yang awak dengar tu. Entah2 bunyi tu datang daripada orang yang tengah bersiap2 nak ke laut ke, ada yang buat unggun api ke kat tepi pantai, mana kita tahu..” Badrul cuba menenangkan Bella yang jelas risau dengan situasi.
“Bunyi nya tak macam tu bang. Macam bunyi suara orang mengilai…tapi nak kata suara perempuan pun tidak, suara lelaki pun tidak…tapi memang menakutkanlah bang bunyi suara tu..Yang peliknya, ada malam yang ada, dan ada malam yang tak ada” Bella menerangkan kepada Badrul.
“Pukul berapa selalu awak dengar bunyi2 macam tu? “
“Tak tentu bang. Kadang2 pukul 11, kadang sampai pukul 12 pun ada….eee suara dia semacam je Bang”
“Awk tahu ke darimana bunyi tu datang?” Badrul mula terasa berminat dengan cerita seram Bella.
“Tulah…saya takut nak bukak tingkap, nanti mana tahu tiba2 benda tu terus terjah saya kat tingkap, pengsan saya nanti…..tapi bunyi tu macam datang dari pokok besar belakang rumah kita tu…”
“Hisssshhh awak ni ada2 aje” Badrul mula terasa seram sedikit dengan cerita Bella
“Malam ni kalau boleh abang tak payahlah pergi berkaraoke dengan kawan abang…temankan Bella. Tiap2 malam abang berkaraoke dengan kawan abang….eeeerrrr selalu abang berkaraoke dekat mana ye?”
“Dekat belakang hotel tulah…kira belakang rumah kita ni jugak…selalu kitaorang nyanyi kat bawah pokok besar tu…”
Sejak daripada hari itu, Bella tidak lagi takut dengan suara mengilai yang datang dari belakang rumah membuatkan Badrul hairan seketika…….

Tuesday, November 2, 2010

BUKAN ITU KEMAHUANKU

“Semalam kemana?” Daniel bertanya pendek.
“Kenapa you nak tahu? Bukan ke you kata dulu I boleh pergi kemana saja yang I suka?” Mimi membentak perlahan sambil memalingkan mukanya ke sudut jendela melantun jauh tanpa arah tujuan.
“Memang I ada cakap macam tu, tapi setidak-tidaknya you kenalah beritahu I sebab I ni kan suami you. Kalau apa-apa yang terjadi kat you, apa I nak jawab kat parents you dan I nanti…” Daniel jelas risau dengan apa yang berlaku.
“You kahwin dengan I bukan atas dasar cinta. I pun kahwin dengan you pun sebab terpaksa. Keluarga kita yang jodohkan kita sejak kecil. You sendiri dah ada kekasih hati, si Nina tu… so, what’s the big deal kalau I beritahu atau tidak.” Mimi masih dengan pendiriannya. Kelihatan sedikit kaca-kaca air mula bergenang di matanya namun masih mampu dia bertahan daripada mengalir ke pipinya.
“I faham dan tahu hakikatnya yang kita memang berkahwin atas dasar pilihan keluarga dan bukan kehendak kita…tapi itu dulu Mi. Sekarang ni I dah mula rasa saaa…..”
“What!! What!! Sayang…you nak cakap yang you dah mula rasa sayang? Eeeee jijik I mendengarnya. Apa you cakap ni? Sejak bila pulak dalam kamus hidup you tu you pernah ada sayang pada perempuan? You kahwin dengan I, you bermalam kat rumah Nina…itu yang you kata sayang? What the h*** are you talking about” Mimi mula rimas dengan situasi mereka. Rimas dengan hidup kepura-puraan, rimas dengan lakunan mereka yang semakin berderai…
“You jangan salah faham. Nina tu memang kekasih I tapi hakikatnya you adalah isteri I yang sah..” Daniel masih cuba memujuk Mimi yang jelas bengang dengan perangai Daniel yang tidak berubah.
“You dah melampau…(sambil memukul-mukul Daniel ) Selama ni you cakap you nak berubah, you dah insaf, tapi you masih dengan perangai lama you. Bukan I tak tahu. Baju you tu penuh dengan bau perfume siapa pun I tak tahu. Tiap2 malam you keluar dengan betina mana you jumpa. You ingat I boleh percaya dengan cakap2 you? Haahhhhh ( sambil menampar-nampar Daniel sekuat hatinya )…….”
“CUT!!!!!!! Apa ni? Kenapa awk pukul dia. Bila masa pulak skrip ada cakap keluar dengan betina lain ni?
“Opssss sorry boss…. Sy semalam gaduh dengan husband…terbawak2 pulak kat sini…( sambil berlalu pergi tersipu-sipu )

Wednesday, October 6, 2010

LAWAK SANTAI 2

Kisah benar Patch Adams
Pernah anda melihat cerita Patch Adams lakunan Robin William yang difilemkan pada tahun 1999 rasanya. Kisah bagaimana seorang doktor pelatih yang ditugaskan untuk merawat pesakit kronik. Doktor2 lain sibuk membuat kajian ttg pesakit manakala dia pulak sibuk membuat lawak untuk membuatkan pesakit yang mengidap penyakit kronik tidak merasakan kesakitan yang mereka alami. Baginya, lawak merupakan satu ubat mujarab untuk meredakan penyakit kronik. Patch Adams ini merupakan kisah benar. Ada suka duka mengenai usaha doktor tersebut yang cuba untuk menggembirakan pesakitnya termasuk kematian teman wanitanya yang di bunuh oleh salah seorang pesakit. Ini kisah benar. Sy belum cerita lagi pasal lawak2 ye... saya baru cerita intro pasal lawak2 yang mana kesimpulannya lawak ni boleh meredakan masalah yang kita hadapi tidak kira sebesar mana masalah tersebut... ambil secawan kopi dan kita santai-santai dengan cerita2 lawak.


Sebelum sy diketawakan biarlah sy ketawa dulu supaya sekurang-kurangnya hilang masalah saya jika cerita lawak sy ni tidak lawak. Cerita ni berlaku waktu sy bekerja di Segamat dan sy sewa satu rumah bersama dengan seorang rakan. Satu hari berlakulah perbualan begini:
Rakan : Hgau hak hikut haku hegi he handar khe? ( Opsss...lupa nak tambah, rakan serumah saya ni sengau)
Saya : Tak naklah. Ada banyak loan kena process ( Opss..lupa nak tambah, waktu tu sy kerja di bank)
Rakan : Hapa? adhe hite vest? Hite hape? ( Opss..lupa nak tambah, waktu ni sy baru tahu yang dia jugak ada sedikit masalah dengan pendengaran )
Saya : Bukan. Ada banyak pinjaman yang kena check ( sambil tunjukkan borang pinjaman yang banyak kat tangan)
Rakan : Oooo ( tanda fahamlah tu ). Hengahari hgau nhak hungkus mahan hak?
Saya : Tak naklah. Aku masak sendiri je. Maggi kan banyak stock... ( Orang bujang katakan :-) )
Rakan : Haku hakap mahan hengahari..hukan fagi.
Saya : Bukan...( sambil kedapur dan mengambil sebungkus maggi) Ni hah..nanti aku masak maggi.
Rakan : Ooooo ( tanda fahamlah tu) Hokey..haku gi hulu. Hanti hetang haku halik. Haku tak hawak hunci, hau hade heluar hana2 khe?
Saya : Tak ada. Kat rumah je. No problem.
Rakan : Haku thak halik halam. hane hada vah. Han dah hakap hadi?
Saya : hukan. haku hakap haku hade khat humah.
Rakan : Ooooo hapa hak hakap hadi...( sambil keluar dengan senyuman )
Sejak itu, setiap kali kalau bercakap dengan rakan serumah saya tu, saya kena ikut style dia, kalau tak mesti ada aje yang tak kena...Dia cuma tinggal di rumah sewa tu selama 6 bulan sebab dia pindah rumah. Kahwin dgn orang Segamat dan sama sengau dengan dia )

Thursday, September 2, 2010

LAWAK SANTAI 1

Sebenarnya bukan saya saja-saja nak buat entry lawak, tapi sebenarnya saya ngantuk sangat, jadi saya pun belek-beleklah rakan bloggers dan kemudian terbaca satu cerita lawak yang buat saya ketawa sendirian dan terfikir nak berkongsi dengan anda, cuma cerita ni saya tokok tambah supaya nampak lebih realistik..perghh!
Kisahnya bermula begini:
Satu hari, seorang jejaka perasan bernama Shahrul yang berpakaian kot serba hitam dan bertali leher, masuk ke Coffee Bean dan order secawan kopi sambil membelek-belek paper. Kemudian datang seorang lagi berpakaian kemas jugak duduk disebelahnya kerana tempat lain dah penuh orang. Tiba-tiba, handphone berbunyi di meja sambil orang itu bercakap kepada Shahrul, " Boss, phone bunyi tu..." lalu Shahrul cepat-cepat mengambilnya dan terus bercakap. Begini perbualannya...
P : Bang. Ni sayang ni. Abang kat mana ni? Kat restoran biasa tu ye?
S : Ahhh...kenapa?
P : Sayang ni dekat shopping kompleks, 2 blok daripada restoran tu. Ingat nak jumpa abg, tapi ada nampak kain sutera, boleh beli ke bang?
S : Berapa harganya?
P : Tak mahal bang...cuma RM1,500 je.
S : Berapa sutera tu? RM1,500...ambillah 2 helai kalau sayang dah suka.
(Orang yang duduk disebelah Shahrul mula pasang telinga )
P : Tq bang. Tadi masa on the way ke shopping complex, sayang singgah kejap kat Cycle & Carriage. Kenan sangat dengan model baru Merz tu bang.
S : Berapa harga Merz tu?
P : Tak mahal bang, cuma RM300,000 je.
S : Ok, belilah, tapi make sure harga tu on the road punya price.
P : I love u bang...ahhhh ada satu lagi bang. Abang ingat tak rumah yang kita tengok hari tu tapi tak jadi beli, alaaaaa Banglow tepi bukit tu.
S : Emmmm
P : Sekarang ni harga dia dah turun bang, tadi ejen hartanah call ayang dan cakap harganya dalam RM750,000 je bang. Ayang dah tengok dalam akaun semasa kita, memang cukup untuk beli banglow tu bang..
S : Ok. Cuba dapat harga kurang sikit.
P : No problem bang. Kalau dapat kurang nanti ayang terus buat urusan ye bang.
S : Ok.
P : Thank you bang....I love you. Jumpa malam nanti ye bang. Sayang nak pergi Cycle & Carriage. Nak confirmkan Merz tu ye.
S : I love you too.... sambil mematikan phone tersebut. 
Tiba-tiba kedengaran satu lagi bunyi handphone daripada seluar Shahrul. Shahrul pun menjawab.
I : Abang kat mana ni? Saya dah lama tunggu kat parking.
S : Kejap lagi saya datang.... ( sambil mematikan phone )
Tiba-tiba orang disebelah Sharul bersuara.
O : Wahhh pandai boss. Kahwin 2 ke?
S : Tak. Satu je.
O : Ooooo yang tadi tu kira girlfriendlah ye.
S : Tak... ( sambil seorang waiter muncul apabila Shahrul mengangkat tangan )
W : Ada apa encik?
S : Sy rasa ada orang tertinggal handphone dia kat meja ni...( sambil memberi handphone tersebut kepada waiter dan berlalu pergi meninggalkan orang disebelahnya terpinga-pinga )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails