Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

SEGMEN 2 MINI POWER BANK UNTUK RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE

Segmen 2 Mini Power Bank
Cakap saja handphone pasti tidak dapat dipisahkan dengan charger. Cakap saja charger pasti tidak dapat dipisahkan dengan power bank. Nak2 apabila menggunakan android handphone..memang cepat habis hayat battery nya. Sekarang ni macam2 jenis power bank yang dijual..yang kecik, yang besar, yang panjang, yang empat segi, yang penting berapa banyak power dia boleh charge kat handphone kita..kalau power bank tak power..bukan nama power bank dah.
Kenapa tetiba aje sy buat entry pasal power bank kali ini? Ahakss lari daripada tajuk2 entry sy yang lepas tapi sebenarnya entry kali ini adalah mengenai segmen 2 mini power bank untuk rakan blogger Zamani Abe yang mana hadiahnya adalah 2 set power bank. Menarik bukan. Syarat2nya pun mudah sesangat macam tak de syarat pulak. Gorenglah apa saja. Masaklah ikut sedap resepi anda..yang penting bannernya jangan lupa..ahakss. Jadi kepada anda yang teringin untuk memenangi hadiah power bank yang power.. joinlah segmen tersebut... Tapi janganlah bolot sampai dua2 hadiah ye. Satu tu bagilah kat cikkkkk no.

Saturday, July 5, 2014

MINI GIVEAWAY BLOG HT

Minggu ini sy agak blur sikit nak buat entry apa sebab keletihan dengan kerja2...ahakss. Tetiba terlihat pada salah satu entry di blog rakan blogger sy si Yun Sing yang memaparkan tentang mini giveaway ni.. Intai2 nampak syaratnya pun simple, tak banyak sangat yang kena buat jadi sy pun 'on' ajelah memandangkan dah blurr tadikan...
Mini Giveaway ini di anjurkan oleh herba-tihara.blogspot.
Kalau u all tengok dalam gambar tu macam buahkan... siap dibalut plastik lagi. Sebenarnya semua tu sabun... Yup.
"Sabun dimana kau sabun..Sabun dibilik mandi" teringat cerita P Ramlee dalam laksamana Do Re Mi.
Antara banyak2 sabun2 tu sy suka sabun manggis sebab bentuknya yang cute dan comel dan putih..ahakss. Sebenarnya sabun manggis ini banyak khasiatnya. Antaranya:
1) Menghilangkan daki dan sel kulit mati
2) Menghilangkan kesan2 parut ringan
3) Menghilangkan bahagian hitam celah peha, ketiak dan seluruh badan.
4) Menjadikan kulit halus dan licin
5) Menegangkan kulit dan kedutan
6) Kulit sentiasa gebu dan segar
7) Menghilangkan jerawat
8) Memutihkan kulit tidak kira di wajah mahupun badan.
Ini kerana walaupun buah manggis tu nampak je 'cemetot' tapi ianya mempunyai 40 jenis bahan spt xanthones, chatechin, polyphenols, polisakanida, vitamin C, zat besi, Niasin, Kalsium, Protein, Vitamin B1 dan B2.

Tuesday, April 12, 2011

MAMACHIA 1ST GIVEAWAY

Ceritanya
Apa kata sy mulakan entry ini dengan serangkap pantun dulu2…
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati…..
Jadi apakah kaitannya pantun diatas dengan entry sy. Memang tiada kaitan. Pantun tu sebagai warm up untuk sy memulakan entry kali ni. Ahakksss…adalah sebenarnya. Kalau kita perhatikan orang dulu2, perkara penting yang menjadi ukuran persahabatan dan perhubungan adalah budi atau sikap dan sifat hati seseorang. Bagi mereka setiap budi yang yang dihulurkan amat susah untuk di bayar balik walaupun dengan segunung emas sekali pun kerana nilai budi itu terlalu tinggi. Orang akan sentiasa ingat hingga ke akhir hayat mereka hanya dengan satu pertolongan atau bantuan yang kita berikan. Percaya tak dengan hanya anda membantu memberi  beras segenggam kepada jiran anda yang memerlukan, mereka akan membalas lebih daripada seguni beras..Walaupun tidak ada perkataan semua budi itu harus dibalas tetapi memang itulah adat orang dulu2 yang harus kita sanjungi dan kagumi..
Pandang sekeliling kita sekarang?
Mungkin pantun dulu2 sudah berubah menjadi….
Pisang emas diangkat-angkat
Pisang dole pulak diatas peti
Hutang emas sendiri mau ingat
Hutang budi tergadai body…

Disebalik ceritanya 
Sebenarnya entry yang tak ada hujung pangkal di atas tu sy buat sempena dengan Giveaway contest oleh Mamachia di mana jika anda ingin join contest tu hanya klik saja banner di atas. Hadiah lumayan you!! Bukak2 saja blog dia nahhhhh!!! terpampang besar empunya blog..nampak mata So bagi anda yang nak join jangan lepaskan peluang anda ye. Mamachia...sorry ye sy tak tag sesiapa sebab sy tahu ramai yang akan join bila lihat entry ni ..ahakssss. Dan tidak lupa jugak sy nak ucapkan ribuan terimakasih kepada cik yana daripada pontian, walaupun bercuti sakan tetapi sanggup bersusah payah mencari-cari sy merata-rata ceruk rantau untuk sy join contest ini... 


Tuesday, March 29, 2011

ODAHONE GA | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA

Ceritanya
OdahOne GA
Kadangkala, tatkala kita baru terasa kebahagiaan, masa tulah harapan kita berkecai. Kadangkala, tatkala kita baru mula menjumpai sesuatu atau seseorang yang kita impikan, masa itulah ianya pergi buat selama-lamanya.
Sewaktu sy di tingkatan 3 ,sy punya seorang sahabat. Bermula dengan persahabatan biasa sehinggalah menjadi akrab dan rapat. Setiap masalah dikongsi bersama, setiap suka duka tidak pernah sy rasa keseorangan kerana adanya dia membantu dan memberi motivasi. Cakap apa saja, sikit atau banyak, kami akan sentiasa berkorban antara satu sama lain untuk menggembirakan pihak yang lain. Satu ketika, sewaktu sy baru pulang daripada kuliah. Room mate sy tercungap-cungap memberitahu sy yang sahabat sy telah di bawa pulang ke kampungnya di Kelantan kerana sakit. Sy terpinga. Betul ke dia sakit? Sakit apa? Nak melawat sy tak tahu tuju, jadi sy pasrah sehinggalah pada pada perhimpunan sekolah berikutnya, cikgu mengumumkan berita yang membuatkan airmata sy berderai ketika itu. Tidak sy sangka, sahabat sy telah pergi buat selama2 nya. Semuga rohmu sentiasa di cucuri rahmat.
Walaupun masa bersama terlalu singkat, tetapi bersamamu hidup ini indah semuanya..... 
Disebalik ceritanya
GiveAway Contest ni dibuat oleh Odahone kita. Hadiah dia pun boleh tahan hebat dan sy pasti ramai yang ingin menyertainya. Klik saja banner GA di atas. Sy rasa tak perlulah sy tag sesiapa kerana sy pasti ramai yang berminat untuk menyertainya..kan..kan..kan. So thanks Odahone...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails