Thursday, December 9, 2010

PELANDUK DUA SERUPA

Anda pernah mengalami keadaan dimana anda tiba-tiba di tegur oleh seseorang yang menyangka anda adalah rakannya? Tapi yang pastinya ada jugak keadaan yang mana ada yang berpura-pura menegur atas tujuan yang lain... macam cerita P Ramlee 'Nasib Do Re Mi' yang mana si Do menegur kat kedai makan sebab dah makan free. Ada keadaannya di mana bila diorang ni sedar yang diorang tersilap tegur, lalu meminta maaf. Ada jugak yang bila kita dah beritahu yang diorang dah salah orang masih tetap tak nak mengaku salah sebaliknya menganggap kita ni berlakun je...perrghh susah kalau dah macam ni keadaannya. Sy dulu pun pernah mengalaminya dimana sewaktu itu sy berada di KLCC dan sewaktu sy nak masuk ke A&W untuk makan tengahari, tiba-tiba sy ditegur oleh seseorang dari belakang. Of coz sy tak pandang belakanglah sebab dia menyebut nama orang lain. Kemudian orang ni cuit bahu sy, dan sy pun berpaling lalu tersenyum dan dia senyum balik lalu tanpa bertanya betul atau tidak nama sy, dia membukak cerita lama-lama tanpa dapat sy memotong cakap dia untuk mengatakan yang dia tersalah orang. Cakap punya cakap, makan tengahari dia belanja dan bila dah sampai tahap tu, tak sampai hati pulak sy nak beritahu yang dia tersalah orang dan terpaksalah sy meng'ya'kan aje ceritanya sambil sy pulak naik seronok cerita pasal sy...Di akhir percakapan dia ( lega rasanya) dia meminta name card sy, tapi sy katakan name card dah habis...so sy pulak minta name card dia. Tergamam sekejap sy bila tgk dia merupakan salah seorang pengurus di syarikat petrolium .

7 comments:

  1. dah habis ke citer ni..takkan setakat tu je...continue ler lagi...macam best je..

    ReplyDelete
  2. hahaha selalu gak tekena camni, tp blom lg sampai tahap bnje makan, hehek

    ReplyDelete
  3. cik cumy hazel - kata orang rezeki jangan ditolak.
    ummiarissa - memang ada sambungannya, maybe next entry...macam tahu2 je ada sambungan dia

    ReplyDelete
  4. uish.. x bek ouh wat cmtu.. haha... cian dye... tapi klu rezeki jgn ditolak... :)

    ReplyDelete
  5. salam...kalau tujuan untuk supaya tidak memalukan ye Allah itu lebih tahu...rezeki itu tetap dari Allah..kalau dah sampai dapat telan, rezekilah tu namanya.

    ReplyDelete
  6. uihhhh...ini dah kira mengambil kesempatan..

    takpe2...amik jew, lagipun u tak dapat peluang utk terus trg kan?

    hehhehe...akan terkantoi dia, jika dia kol kawan dia tu..hahahah..

    ReplyDelete
  7. jeely jelly - tak adalah sengaja buat, kebetulan memang sy pun tengah beratur nak makan kat situ dan dia yang nak bayarkan....
    ctpayong - tak ada niat pun nak suruh dia belanja, tapi dia yang nak bayarkan...:-)
    raudhah - tq...tulah pasal

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails