Pernahkah pada satu ketika tiba-tiba bekas kekasih anda muncul dalam hidup anda sedangkan pada masa itu anda sudah pun mempunyai kekasih. Bagaimana perasaan anda? Apa perasaan anda bila kekasih lama anda mengatakan yang perasaannya terhadap anda masih belum berubah dan tidak akan berubah..adakah anda akan berubah kasih? Mungkin ye mungkin tidak. Mungkin ya jika anda masih menyayanginya seperti dulu…mungkin tidak kerana anda menyayangi kekasih anda sekarang lebih daripada kekasih lama anda…..
Kenapa masih ada perasaan begitu jika anda dan kekasih lama anda sudah berpisah walaupun hati dan perasaan anda belum dapat melupakannya. Mungkin nampak mudah bila orang menyuruh kita melupakan saja cinta lama tetapi semudah mana? Semua kenangan yang pertama anda adalah bersama kekasih lama anda… Macam bila anda membeli kereta pertama. Pasti kereta itu akan sentiasa menjadi kenangan terindah buat anda banyak jasanya kepada anda pada suatu ketika dulu.
Tepuk dada tanya selera. Bak kata orang putih, past is past. Kita tidak boleh mengulangi masa dulu dengan meng’ya’kan apa yang tidak dan menidakkan apa yang benar. Mungkin benar kasihnya masih seperti dulu tetapi bagaimana dengan pada masa akan datang? Sejauh mana rintangan dan dugaan masa akan datang mampu di atasi berlandaskan kepada kasih sayang masa lalu? … Masa sy menaip entry ni, sy sedang menonton cerita 7 Perhentian lakunan Farid Kamil dan Erra Fazira. Ada sedikit persamaan dengan tajuk entry sy ni. So, apakah tindakan anda jika ianya berlaku kepada anda?
berlaku juga pada diri dila..tp dila pilih teruskan kehadapan..xjengah kebelakng.mmg pyh nk lupakan..tp smpai bila kita asyik toleh ke blkg je kn..lgpon dila berpegang satu prinsip..jika ada jodoh xkemana..=)
ReplyDeletesame goes to me.. baru sgt berlaku nye ! and sedang mencari kekuatan utk meneruskan kehidupan and tidak lagi mengingati kisah lalu..mmg susah sbb bnyk hati yg perlu di jage.. kdg2 konfius dgn diri sendiri..bak kate dial andai ada jodoh x ke mne kan...huhu
ReplyDeletekena tambah sikit...macamana kalau kekasih lama anda muncul tapi anda dah kawin dan beranak pinak...heheheeh
ReplyDeleteGadisKecil - tulah kadangkala semua benda ni banyak mempengaruhi hati kita menyebabkan kita berbelah bagi sedangkan jawapannya memang sudah ada di depan.
ReplyDeletede kerinchi - Kalau situasi itu berlaku.. maka jika salah membuat keputusan, maka banyaklah yang akan terluka dan kecewa.
dan saya tengah melalui perkara di atas. dimana kisah itu berlaku 3 tahun ynag lepas. dan sekarang, dia hadir kembali, meskipun dia tidak meluahkan tetapi seolah menganggu batin ku. kerna saya sendiri binggung dengan hubungan saya dan kekasih sekarang.. kami terpisah antara negeri, dan saya berbelah bagi, bukan kerana hadirnya kekasih lama, tetapi hubungan saya dan kekasih saya itu..
ReplyDelete