Tuesday, December 21, 2010

RESEPI LALA GORENG BERCILI

Selain daripada kupang, lala dan lokan jugak merupakan makanan kegemaran sy, cuma kalau lala ni isi dia sedikitlah berbanding dengan kupang dan dia mudah kecut. Kali ni, sy nak kongsi dengan anda semua bagaimana membuat lala goreng bercili. Bahan-bahannya adalah:
1 kg lala
250 gm cili boh
8 tangkai lada merah dipotong panjang
10 - 15 biji bawang merah dikisar
5 biji bawang besar dikisar
Sedikit lengkuas dikisar
2 - 3 batang serai dikisar
Sedikit belacan dibakar
Sedikit daun pandan

Cara membuatnya ialah dengan panaskan minyak,kemudian tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan cili boh dan kacau hingga garing dan naik bau. Masukkan belacan dan daun pandan. Kacau hingga sebayi dan kemudian masukkan lala. Kacau hingga pekat dan masukkan lada merah. Kacau hingga separuh kering atau mengikut kesukaan anda.

1 comment:

  1. salam.. minta resepi yer :)
    http://littleputeri.blogspot.com/

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails