Majalah 3 malam ni mengisahkan tentang suka duka kehidupan seorang nelayan yang mencari hasil di sungai linggir melaka. Apa yang menariknya bukanlah mengenai kisah hidupnya tetapi siapa sangka nelayan ini mempunyai blognya sendiri yang di namakan lokan melaka. Pihak majalah 3 mendapat informasi bukan dari sapa-sapa tetapi daripada blog en zainal, nelayan dan empunya blog tersebut. Menarik bukan? So mana tahu akan datang blog anda dapat jugak menarik perhatian pihak malajah 3 atau mana-mana pihak penerbitan. Kiranya berblogging ni bukan saja satu cara untuk mengisahkan tentang kehidupan sendiri, bukan satu cara untuk mendapat pendapatan sampingan, tetapi juga satu cara untuk tampil dalam bidang dokumentari dan komunikasi. Sy rasa pasti dah banyak blog yang sudah mendapat tempat dan memberikan idea-idea dalam membantu task2 kepada pihak media khasnya. So moral of the story, keep blogging kerana mana tahu satu masa blogging ini dapat memberikan anda sesuatu yang tidak jangkakan.
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài