Tuesday, December 21, 2010

JUALAN DISKAUN DI SUBANG PARADE

Dah lama jugak sy tidak ke Subang Parade. Dulu masa mula2 Subang Jaya masih lagi tidak mempunyai banyak bangunan2 dan premises2 perniagaan, Subang Paradelah tempat atau lokasi tumpuan bagi penduduk sekitar Subang Jaya dan USJ serta Puchong untuk membeli belah. Seingat sy waktu tu, IOI Mall Puchong pun baru nak buat. Tapi sekarang ni bila dah banyak shopping kompleks yang tumbuh bagai cendawan, Subang Parade agak lengang sedikit kecuali hari weekend dan bila musim perayaan. Jadi bila menjelang Krismas ni, pelbagai jualan dan diskaun yang ditawarkan oleh kedai2 sekitar Subang Parade terutamanya Parkson Grand sendiri. 
Ada jugak acara-acara menarik diluar legar Subang Parade dan sewaktu sy datang, ada pertunjukkan instrumental oleh beberapa orang pemuzik dan jugak koir lagu2 Krismas tapi versi Cinalah…since yang nyanyi semuanya chinese. Ada jugak promosi daripada Estee Lauder bagi package Holiday yang mana sy rasa dulu mereka ada mengadakan promosi tersebut di KLCC ( pada entry sy yang lepas). Apa yang sy suka pasal Subang Parade ni ialah tempat parkingnya luas… tak macam kat Mydin USJ, sampai nak buka pintu pun kena berhati-hati takut terkena pintu kereta sebelah. 

1 comment:

  1. salam

    haus poket kak ct cam ni. mata sampai naik juling jeling2 keliling.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails