Dua tiga hari kebelakangan ni memang sy tak berkesempatan untuk memegang laptop mahupun membukanya, apalagi nak post entry terbaru dan blogwalking melawat rakan-rakan bloggers. Bila nak bukak, ada saja yang datang...kenduri kahwinlah, saudara datang melawatlah, boss suruh pergi sanalah-sinilah, kereta tayar pancitlah.. pendek kata, memang tak sempat langsung nak online. Bila waktu malam, oleh kerana dah sibuk siangnya, maka tahap kesihatan kita memanglah ditahap mengantuk yang amat sangat. Kopi 4,5 cawan bukan boleh menahan mata daripada layu dan kuyu macam ikan puyu sebaliknya semakin membuatkan kita nak menarik selimut dan menyorong bantal menyinggah ke katil yang penuh empuk menunggu tuan untuk beradu....ahakkks.. rasa macam nak tidur balik pulak.
Bila benda-benda ini berlaku, kita akan terasa betapa cepatnya masa meninggalkan kita. Tup-tup dah 3 hari berlalu. Tup-tup dah 3 bulan berlalu. Tup-tup dah 3 tahun berlalu. So we still what we are. Any progress? Some yes, some no and some worst. Moral of the story, walaupun masa itu kita tak nampak, walaupun masa tu dengan hanya menghitung angka mengikut jam yang kita nampak, tapi masa adalah emas. Hanya wanita saja yang menghargai emas sebab tu wanita ni selalu kerja mengikut masa dan menepati masa...opsss bukan bodek wanita, cuma kebanyakkannya macam tulah...contoh terbaik, wanita boleh jaga anak, masak, membasuh, mengemas rumah...dalam satu masa!
Hmmm cuti sekolah danhujubg tahun ni memang ramai yg knduri kahwin...dan ramai yang ambik kesempatan kunjung-mengunjung..apa-apa pun diharap tuan rumah menjaga kesihatan dan sihat selalu.
ReplyDeleteyup. terasa cepat jek masa berlalu padahal kita baru jek rasa semlm benda tuh berlaku. huhu.
ReplyDeletemasa berlalu sepantas kilat..terlalu pantas
ReplyDelete