Showing posts with label Kata Orang. Show all posts
Showing posts with label Kata Orang. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

KATA ORANG PERKARA KECIL BOLEH JADI BESAR

Bila kita cakap pasal sikap dan sifat manusia yang pelbagai, pasti kita tidak akan lari daripada salah faham, buruk sangka dan jugak marah tanpa usul periksa.. Kadang2 dah habis kita marah, jerit, maki barulah kita tau perkara yang sebenar.. nak tenangkan balik keadaan mungkin boleh tapi pastinya keadaan tidaklah lagi sama seperti dulu dek macam2 kata kemarahan dah kita hamburkan... huhu.
Kisahnya? 
Macam ni. Cerita ni kawan sy yang bagi tau apa yang berlaku kat office dia. Adalah seorang staff ni baru masuk kerja, jadi biasalah semua kerja pasti ada yang kena minta tunjuk ajar dari senior2 atau supervisor dia. Kemudian, satu hari, adalah report yang dia kena siapkan untuk diberikan kepada syarikat pelanggan dan biasalah, itu ini situ sini..semua stress nak cepat..gedebak gedebuk. Siaplah report tu dan dihantar ke syarikat pelanggan dalam keadaan tergesa2. Entah macam mana diorang dapat complaint daripada pelanggan dan bila saja perkara ni sampai ke telinga supervisor staff yang baru masuk ni, terus dia maki pekerja tu depan orang ramai.... macam2lah yang dia cakap.
Dipendekkan cerita...periksa punya periksa, yang pelanggan tu complaint bukanlah pasal report tu tapi detail yang tak tepat tentang syarikat mereka yang mana bahagian tersebut telah di taip dan di print oleh supervisor itu sendiri...huhu. Emmm... sudahnya staff yang baru masuk tu resign 24 jam dan supervisor tu pulak yang kena brainwash dengan boss dia....

Wednesday, February 18, 2015

KATA ORANG TENUNGLAH MATA INI..

Kadang-kadang dalam pergaulan kita seharian..nak-nak pada zaman sekarang ni, susah untuk menduga dan menjangka hatibudi serta keikhlasan seseorang samada bersikap jujur mahupun tidak. Sehinggakan kadang-kadang, dengan kelembutan dan kelunakan suara dan kata2 saja sudah mencairkan seseorang tanpa diketahui akan niat sebenar tersirat daripada kata2 tersebut, apalagi dalam dunia cyber alam maya...macam2 boleh terjadi.
Ada jugak orang berkata, kalau kita nak tahu kejujuran seseorang, kita cuma perlu tenung dan renung mata dia. Kata orang lagi, mulut cuma manis untuk berkata2, namun keikhlasan hati terpancar dari mata yang bersinar..huhu. Dalam sungguh maknanya...orang katalah. Jadi jika kita lihat seseorang itu kerap memandang ke arah lain atau matanya berkedip cepat sewaktu di ajukan soalan, maka adalah yang tak betul tu.... ahakss ( kecuali kalau mata dia memang betul2 sakit )
Apa2 pun, akal dan hati kenalah seiring dalam membuat keputusan. Akal dalam menentukan baik buruk dan hati dalam menentukan kejujuran dan keikhlasan seseorang. Dalam perhubungan, tidak kira kawan mahupun yang lebih serius, kita bukan merancang untuk seketika, kalau boleh biarlah ianya berpanjangan sehingga ke akhir hayat... tak gitu?

Friday, January 16, 2015

KATA ORANG MAKAN TAK LALU...

Kalau dah kena penyakit 'angau', pastilah melekat kata2 makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, jalan tak jejak, pandang tak nampak...ahakkss. Macam2 bidalan nak menunjukkan betapa kesannya cinta itu terhadap seseorang, tapi masa tengah bercintalah..lepas tu makan entah kemana, tidur memang tak lena sebab teringat orang lain, mandi tak basah sebab memang dah malas nak mandi. Barulah keluar semua sifat2 negatif yang selama ini kita tak nampak atau tidak ditunjukkan. Ada yang berkata, masa bercinta semua yang baik aje kita nampak, yang indah2 aje yang keluar...emmmm tepuk dada tanya selera.
Apa-apa pun dalam keadaan macam tu, kita sudah pun membuat pilihan dan baik buruk tu terpaksalah kita menerimanya dan berusaha untuk menjadikan perhubungan yang kita pilih itu menjadi lebih baik...sebaik mungkin. Kata orang, kita tidak akan tahu apa yang ada disebalik sebuah gunung jika kita tidak mendakinya, begitu jugaklah dengan setiap perhubungan yang telah kita bina. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..

Tuesday, October 28, 2014

KATA ORANG JANGAN BERCINTA JIKA...

Ehsan Google
Dah lama juga sy tak buat entry Kata Orang ni... Pernah beberapa kali sy dengar orang berkata, kalau tidak mahu hati disakiti, tidak mahu naluri berduka, tidak mahu perasaan dilukai..janganlah bercinta.. huhu. Camna tu? Tapi ada jugak orang berkata kita akan tahu betapa indahnya hidup ini bila kita tahu apakah nilai cinta sebenar...huhu.. camna pulak tu?
Jatuh cinta bukan hasil pilihan, tapi kerana kesempatan...
Tetap mencintai bukan kerana kesempatan, tapi kerana usaha...
Dan..berpisah bukanlah kerana kesempatan, tapi kerana pilihan...
Kalau kita tahu betapa siksanya jika cinta kita dilukai dan disakiti, sudah pasti dari awal lagi kita tidak akan bercinta..tapi bukan kita yang mengetahui apa yang bakal terjadi walau setinggi mana pun cinta dan kasihsayang kita...
Cinta janganlah seperti Nobita yang sentiasa mudah menyerah,
Cinta janganlah seperti Giant yang sentiasa suka memaksa,
tapi biarlah cinta itu seperti Doraemon yang sentiasa penuh dengan keajaiban........
Biar apa pun... cinta itu tetap ada di hati kita. Kegagalan, kekecewaan dan kesakitan bukanlah apa yang kita pinta dari cinta yang kita cari... manusia selalunya gagal untuk merancang tapi tidak pernah merancang untuk gagal..apa lagi dalam bercinta.... Kata oranglah.

Thursday, June 12, 2014

KATA ORANG PILIHANKU BUKAN PILIHANMU

Mungkinkah kita pernah berselisih..
Kadangkala ada orang berkata pilihan hati kita tak semestinya pilihan hati orang lain.. Maksudnya mungkin kita menjumpai seseorang yang memang memiliki ciri2 seperti yang kita impi dan idamkan namun mungkin kita bukan lah seperti apa yang orang itu impikan... Tapi yang pastinya ialah kita berjaya terlebih dahulu membuka hatinya untuk menerima kita seadanya sebelum dia menjumpai seseorang yang dia impikan... Itu faktor kebaikannya...namun apakah pulak akan terjadi bila satu ketika si dia menjumpai atau berjumpa dengan seseorang yang memiliki ciri2 apa yang dia impikan?? Well disitulah letaknya akan kejujuran dan keikhlasan menerima seseorang itu baik buruknya... Jika rapuh, pasti akan terlerailah satu perhubungan dan ikatan yang dibina... 
Sy pernah terdengar kata-kata dari sebuah filem... dari berjuta2 orang yang hidup di muka bumi ini, dari beribu2 orang yang sentiasa kita jumpa atau berselisihan..kita di takdir bertemu dengan seseorang.. Pasti ada sebab dan alasannya tersendiri yang kita tidak tahu..

Saturday, April 26, 2014

KATA ORANG CINTA TIDAK SELALU INDAH..

Pasti banyak kata2 yang selalu kita dengar tentang cinta... Bila saja kita dilanda cinta, semua pasti nampak ceria dan bersinar.. apa saja indah..apa saja bahagia, tanpa kita sedar itu semua merupakan permulaan untuk kita menempuh satu lagi alam baru yang pasti akan menjanjikan pelbagai dugaan dan saat2 pahit manis...
Kata orang cinta tidak selalu indah..tidak seperti uang kita bayangkan dan harapkan.. Betul ke? 
Pernah satu ketika dulu, sy punya seorang kawan yang sangat pendiam..kami sama2 belajar di UITM Shah Alam. Sifat pendiam nya terbawa2 sehingga ke alam pekerjaan... namun semuanya berubah apabila dia mula bertemu cinta hatinya. Sifatnya daripada pendiam mula berubah menjadi  mudah mesra dan peramah..kadangkala lebih banyak cakap daripada kawan2 nya termasuk sy ..ahakksss. 
Namun percintaan mereka hanya bertahan selama 3 tahun apabila kekasihnya meninggalkan dia.. tanpa alasan. Dan ini semua memberi impak yang mendalam kepada kawan sy sehingga dia menjadi lebih pendiam daripada dulu... Puas jugak kami kawan2nya cuba untuk menghiburkan hatinya tetapi hampa... Akhirnya kerana terlalu kecewa, kawan sy ini telah membawa diri ke US... dan kami terputus hubungan. Cinta tidak selalu indah....kan?

Tuesday, September 11, 2012

KATA ORANG, JANGAN PERCAYA SESIAPA

Kata orang jangan percayakan seseorang walaupun sahabat baik kita sendiri. Betul ke? Kalau kita tak percayakan seseorang, pada sapa lagi kita nak percaya? Diri sendiri? Ibubapa? Adik beradik? Kawan karib? Yang pastinya, ada perkara yang pasti kita tidak mampu untuk menanggung sendiri dan perlu jugak untuk mengongsinya dengan sesiapa dan tetapi persoalannya siapa? Kadang2 kita ada jugak mendengar peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi'...atau yang lain 'harapkan tin, tin makan biskut'..ahakss. Sudah pasti ibubapa adalah orang yang paling utama dan penting untuk kita salurkan segala masalah tapi ada jugak yang mengatakan tak semua masalah kita dapat kita ajukan kepada mereka, takut daripada nak meluahkan masalah, jadi lebih teruk pulak kalau mereka marah. Nak luahkan kepada diri sendiri, sampai bila nak makan hati...? Kata orang jugak, biasanya yang perempuan lebih senang luahkan masalahnya kepada lelaki dan begitu sebaliknya...betul ke? Ada jugak bila luahkan kepada kawan karib sendiri, terjadi pulak kawan makan kawan... Tapi walau apa keadaan dan masalah sekalipun, yang pastinya hendaklah selalu kita memohon pertolongan dan berdoa kepadaNya kerana Dia Maha pendengar... 

Tuesday, April 3, 2012

KATA ORANG NO DUIT NO CINTA

No duit no cinta. No duit no kasih. No duit no sayang...Ahaksss. Teringat sy pada lagu nyanyian Amour bertajuk No Duit No Cinta, tapi ianya bukan setakat lagu kerana memang ramai jugak yang meng'ya'kannya kerana tidak kira macamana keadaan sekali pun, wang itu perlu dalam segala hal hinggakan nak ke toilet pun kena duit. Teringat sy dulu2, rasanya tak pernah ada satu toilet pun yang dikenakan caj...Jadi selalunya kalau sy ke tempat2 shopping kompleks, sy akan pergi ke mana2 restoran makanan segera atau kedai mamak ke untuk pergi ke toilet..ahaksss.
Berapa pentingnya duit dalam satu2 perhubungan? Kalau dulu ada pepatah mengatakan wang tidak boleh membeli cinta, adakah ianya masih relevan pada masa sekarang? Selalukah kita dapat melihat pasangan yang mana seorang doktor dan seorang lagi tukang sapu sampah atau tukang gunting? Biasanya kita akan lihat, jika yang bekerjaya akan jugak mempunyai pasangan yang bekerjaya. Walaupun masih ada yang tidak memandang semua itu tapi hakikatnya itu lah yang berlaku. Kata oranglah......

Friday, April 8, 2011

KATA ORANG BUKAN MUDAH UNTUK BERKATA-KATA

Salam santai. Lama benar sy tak buat entry kata orang… ahakss sebab orang sekarang dah tak berkata-kata, semua pakai sms je. Kita selalu pernah dengar perkataan kata-kata tidak semudah seperti yang di ucapkan. Setakat cakap itu ini, begitu begini tapi hakikatnya tidak satu pun yang betul, tidak satu pun yang dibuat seperti apa yang dicakap. Mulut kata cinta, hati kata sebaliknya. Mulut kata sayang mata memandang ke lain… Tapi ramai ke orang yang masih berpegang kepada apa yang mereka katakan? Setiap kata-kata mereka tu mereka kotakan?
Ingat pada entry sy beberapa hari yang lalu pasal seorang ayah yang memarahi anaknya kerana anaknya memukul cikgu dan kawan-kawannya? Well, hari ni sy lihat si ayah sedang sibuk berniaga macam biasa tanpa anaknya yang sy rasa kemungkinan besar dia sudah pun menghantar anaknya ke Sabah bersama Opahnya. Nampaknya dia memang buat seperti apa yang dia katakan tempohari…emmm mungkin dia berfikir itulah jalan terbaik untuk anaknya.
Mengapa berjanji jika kita tidak pandai menepatinya? Mengapa meng’ya’kannya jika hati berkata tidak? Sebenarnya semua ini datangnya daripada kejujuran hati kita. Berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata yang mungkin akan menggoreskan atau menyinggung orang lain satu hari kelak….kata orang.

Wednesday, December 29, 2010

KATA ORANG CINTA TIDAK SEMUDAH PERKATAAN

Berdegup kencangkah hati anda bila anda merasakan cinta? Berdebar-debarkah jantung anda bila anda ingin melafazkan kata cinta? Samakah situasi ini seperti mana yang kita lihat dalam semua cerita romantik di kaca tv mahupun filem? Lidah kelu untuk berkata-kata, tergagap-gagap untuk mengucap kata sayang, terlentuk mata malu untuk memandang…? Cuba lihat sekeliling anda ketika ini, adakah anda boleh nampak atau bayangkan situasi sebegitu? Mungkin susah bukan..Suatu ketika dulu, bagi pasangan yang berkasih, perkataan cinta amat sukar untuk dilafazkan kerana sedetik saja perkataan itu terkeluar maka suatu komitmen baru jugak akan muncul bersama2 dengan perkataan itu iaitu komitmen untuk hidup bersama. Sebab itulah amat susah dan berat untuk seseorang melafazkan kata cinta seberat debaran dan degupan serta komitmen yang akan dipikulnya nanti. Adakah semasa anda melafazkan kata cinta atau ketika anda menerima kata cinta, anda terasa debarannya??? Sy ada terbaca sebuah majalah yang menjalankan kajian dan analisa dan hasil kajian menunjukkan bahwa 55% pasangan yang mengatakan sayang kepada pasangannya belum mempunyai perancangan tertentu pada masa akan datang terhadap perhubungan mereka. (Kajian ni dibuat di Asia Tenggara termasuk Malaysia) Persoalannya kenapa perlu ada perasaan sayang jika kita tidak mempunyai perancangan masa depan? Bunyi macam pelikkan tetapi itulah kenyataannya…Adakah perkataan cinta semurah itu? 

Friday, December 17, 2010

KATA ORANG PENANTIAN SATU PENYIKSAAN

Menanti buah yang tak gugur. Menanti matahari diwaktu malam... semua itu hanya menyebakkan lagi perasaan yang terbuku di hati. Tapi persoalannya, kenapa perlu kita menanti kalau sudah tahu penyudahnya? Kenapa perlu kita menanti kalau sudah tahu dia kepunyaan orang lain? Adakah kerana cinta itu buta? Orang memperkatakan kerana cinta manusia sanggup buat apa saja. Sanggup berkorban apa saja...jadi apalah sangat dengan hanya sebuah penantian..... Biar sy kongsi satu cerita.
Aida dan Daniel sudah lama berkahwin. Sayangnya mereka masih belum dikurniakan anak. Daniel bekerja sebagai seorang askar dan di kampung mereka, hanya keretapi saja jalan utama untuk keluar masuk dan untuk dia pergi bertugas. Tiap-tiap hari jika sampai masanya Daniel balik daripada bertugas, maka Aida akan menunggu di stesen keretapi di kampung mereka. Satu hari Daniel mendapat tugasan untuk berkawal di kawasan perhutanan Perak dan seperti biasa sebelum pergi, mereka bersalaman dan berpesanan antara satu sama lain. 3 bulan lamanya Daniel pergi bertugas, hanya sepucuk surat saja yang Aida terima, mengatakan tentang keadaan Daniel di hutan Perak dan tarikh bila dia akan pulang daripada bertugas. Dalam 3 bulan itu, ada seorang jejaka di kampung itu yang tertarik dengan kecantikan Aida dan setiap hari cuba menggoda Aida dengan pelbagai cara. Pada mulanya, Aida dapat menolak, namun akhirnya... Aida dan jejaka itu lari dari kampung untuk memulakan kehidupan mereka yang penuh dengan dosa itu. 
Hari kepulangan Daniel tiba. Perkara pertama tersentak di hatinya apabila Aida tiada menunggunya seperti biasa distesen keretapi. Mungkin sakit agaknya. Dengan tenang, beliau berjalan 1km untuk sampai kerumahnya. Tersentak buat kali ke dua bila isterinya tidak menyambutnya dipintu rumah dan Daniel terpaksa melalui dari pintu belakang untuk masuk kerumah. Setiap pelusuk dicarinya, kemudian setiap kawasan depan dan belakang rumah diterokainya namun hampa. Isterinya tiada.........
Sekarang Daniel masih ada lagi dirumahnya, tapi sudah mula membongkok. Umurnya sudah menjangkau 87 tahun dan tidak pernah berganjak daripada rumahnya kerana setia menunggu kepulangan isterinya. Katanya, jika isterinya boleh menunggu setiap kali dia balik daripada bertugas, kenapa tidak dia...?   

Wednesday, December 8, 2010

KATA ORANG BERCINTA KENA ADA AYAT PERGHHH...

Sy tak tahu peratus bloggers yang berkahwin dan yang belum berkahwin atau peratus bloggers yang telah bercinta dan yang belum bercinta. So bagi mereka yang telah bercinta dan sedang bercinta serta masih lagi bercinta, mungkin anda boleh berkongsi idea, bagi yang belum, pun boleh bagi idea jugak..
Kita selalu dengar semasa orang bercinta, kena ada ayat2 power barulah boleh me’nackle’ pasangan atau sesiapa yang kita rasa sesuai untuk menjadi kawan rapat ( buat masa itu ) Kalau tak belajar bahasa2 power dengan ayat berbunga2, mungkin kita ni katogeri yang mempunyai bakat lain kot untuk me'nackle'. Ayat power tu tidaklah semestinya ayat berbentuk puisi atau mempunyai makna yang mendalam sehingga pasangan kita terpinga2 nak memahamkan maksud ayat kita tapi ayat yang simple dan mempunyai makna yang kuat. Paling senang atau selalu kita dengar adalah “ you nampak lain sikit hari ni” …nampak macam ayat biasa tapi boleh meninggalkan kesan kepada pasangan kita. Nak lagi? Contoh yang lain “ You ni bercakap dengan si A macam rapat je..” opsss ini ayat power tapi berbau cemburu. Persoalannya, adakah perlu untuk kita mempunyai skil atau mempelajari ayat2 power agar pasangan kita tahu yang kita suka kepada diorang. Bukan maksud sy ayat power untuk menggoda diorang tetapi untuk memberi ‘clue’ kepada diorang yang kita ni suka kat pasangan kita… Nak cakap straight forward, nanti jadi macam lagu Ezlyn Hi Hi Bye Bye. Sy tinggalkan entry sy ni dengan persoalan untuk anda memberikan komen… Kata oranglah.

Tuesday, November 30, 2010

KATA ORANG CINTA HANYA UNTUK SEORANG

Lumrah manusia untuk bercinta. Naluri cinta terlalu subjektif kerana cinta boleh dikatogerikan kepada pelbagai jenis cinta dan kepada siapa dan apa, dimana dan kenapa. Bagaimana dengan cinta sesama manusia? Ada pepatah mengatakan berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Mungkin pepatah ini kalau kita letakkan diwaktu generasi dulu2 diwaktu zaman muda datuknenek kita, mungkin ada benarnya kerana jarang kita lihat percintaan orang dulu2 berakhir dengan penceraian atau perpisahan.. malah ramai jugak yang bercinta selepas berkahwin. Namun berbeza dengan waktu kini yang mana bukan tak ada, cuma susah untuk kita melihat satu-satu percintaan itu dapat bertahan sehingga ke jinjang pelamin. Kebiasaannya ramai yang gagal dalam percintaan pertama. Kajian yang dibuat di menunjukkan bahwa 30% adalah kedua-dua pasangan yang berkahwin, terlebih dahulu bercinta dengan orang lain. 40% adalah salah seorang daripada pasangan yang berkahwin terlebih dahulu bercinta dengan orang lain.
Mungkin dugaan sekarang lebih complicated daripada dulu. Kehidupan sosial yang tinggi juga kadang-kala mempengaruhi keadaan, ditambahkan pula dengan saluran komunikasi daripada handphone dan internet.. semua ini kadangkala memberi kesan kepada sikap individu, seperti kata pepatah, sekali ombak memukul pantai, sekali itu pantai berubah. Kalau kita takutkan ombak, jangan berumah ditepi pantai….Mungkin ada makna yang lebih mendalam dalam istilah bercinta biarlah satu… Yang pastinya, cinta sejati kita sudah tentu hanya kepadaNya, cinta yang lain hanyalah sementara,

Monday, November 22, 2010

KATA ORANG IMPIAN TIDAK SEINDAH KENYATAAN

Ada pepatah mengatakan kusangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengahari. Kadangkala apa yang diimpikan dalam sesuatu perhubungan tidak seperti apa berlaku. Sebelum kita menemui seseorang dalam hidup kita, pasti kita sudah memasang impian dan harapan tentang ciri2 dan perwatakan yang perlu ada untuk menjadi pasangan hidup kita. Handsome, kacak, macho, bergaya, beriman, berilmu, sopan, anggun, cantik, lemah lembut, manis, ayu dan pelbagai lagi sifat2 yang kita inginkan jika kita menemui seseorang. Apa yang akan berlaku jika orang yang kita temui itu berlainan daripada apa yang kita idam dan impikan? Yang handsome jadi ‘tak handsome’.. yang ayu jadi ‘tak ayu’.. dan sebagainya. Maka jadilah ungkapan yang sering kita dengar daripada mulut orang atau mungkin kita sendiri pernah mengatakannya..” Ehhh tak sesuai langsung, dia handsome, partner dia hancur” atau “ Macamana dia boleh sangkut dengan pakwe yang banyak jerawat macam tu…?” Impian akan menerbitkan harapan dan harapan akan memberikan kenyataan tetapi kadangkala kenyataan bukan seperti yang kita impikan. Ada yang menerimanya dengan rela, ada yang mengeluh dikemudian hari, ada yang menyesal kerana menurut tanpa berfikir, tak kurang jugak gembira ada kebaikan disebalik kenyataan itu. Anda bagaimana? Tercapaikan impian anda suatu ketika dahulu? Kata orang, impian tidak seindah kenyataan…kenyataan tidak seburuk yang disangkakan.

Thursday, November 18, 2010

KATA ORANG NABIL RAJA LAWAK LUPA DIRI


Ihsan Google

Sana sini orang memperkatakan tentang isu gambar cium mulut Nabil Raja Lawak dengan Qasha. Cukup panas cerita ni sampai banyak blog menceritakan perkara yang sama. Persoalan samada gambar itu adalah super impose atau memang benar gambar Nabil dan Qasha masih menjadi tanda tanya. Tak kurang hebatnya kisah Uncle 'Seekers' kita yang secara terangan mengatakan beliau mempunyai hubungan dengan bekas Permaisuri Agung kita... Kalau anda nak tahu cerita mereka, just google ajelah...keluarlah macam2 tajuk. Dari kisah Nabil dinobatkan menjadi juara Raja Lawak, kemudian memenangi beberapa anugerah dan hadiah lumayan, sehingga kepada isu berpelukan dengan Irma Hasmie semasa malam penganugerahan, isu tidak menghormati atris veteran dan pelbagai lagi kisah yang menarik tentang Nabil....rasanya seperti sudah ada perubahan yang berlaku dalam diri Nabil berbanding semasa beliau mula2 menceburkan diri dalam bidang seni...Raja Lawak khasnya. Kata orang, Nabil sudah mula lupa diri dek segala anugerah dan kemewahan yang dia miliki.. Benar ke?   

Sunday, November 14, 2010

KATA ORANG CINTA MONYET CINTA MAINAN

Bila cakap pasal cinta monyet, teringat sy pada satu lagu yang cukup popular satu ketika dahulu. Pada masa tu lagu ini dinyanyikan oleh Kak Pah kita ( Dato’ Syarifah Aini ) iaitu lagu bertajuk “Siapa Pernah Jatuh Cinta” antara lirik lagu tersebut adalah…
Siapa pernah jatuh cinta
Pada pandangan yang pertama
Adakah memang sama dengan kupunya cinta
Yang kini kualami sendiri
Bila dengar lagu tu je, teringat sy pada zaman sekolah-sekolah dulu. Kata orang zaman cinta monyet. Adakah cinta monyet ni dikatogerikan kepada cinta pandang pertama? Emmm mungkin ya dan mungkin tidak. Kadangkala cinta monyet ni datangnya daripada perasaan tahap suka yang melampau hingga menyebabkan kadangkala kita keliru dengan perasaan suka dengan perasaan cinta. Kadangkala apa yang kita nampak pada pandangan pertama adalah kecantikan, ketampanan, kebaikan, keayuan, kesopanan dan macam2 lagi sifat yang timbul daripada 1st impression yang menyebabkan kita suka kepada seseorang tanpa mengambil kira hati budi, sifat sebenar, kelakuan dan lain2 aspek. Menurut kajian, 60% cinta monyet berlaku semasa kita bersekolah rendah.
Jangan tak tahu daripada sekolah rendah lagi dah ada benda2 macam ni. Kalau setakat si A suka si B, si C suka si D tu, memang dah biasa sangat berlaku di zaman sekolah lagi…Lebih2 lagi dengan dunia cyber yang main meluas sekarang ni dengan website seperti myspace, facebook, twitter dan lain2 lagi. Adakah cinta monyet ini kekal hingga ke akhirnya? Well, sad to say, ianya boleh dikatogerikan kepada jarang-jarang kita dengar, lagipun rasanya masa dan usia sebegini memang tidak sesuai untuk kita fikirkan soal2 cinta.…..Walau apa pun, kadangkala, kenangan2 sebegini banyak mempengaruhi kehidupan kita pada peringkat seterusnya kerana cinta monyet itu pasti akan bertukar menjadi cinta sejati…. mungkin pada orang yang sama, mungkin pada orang yang lain...who knows....kata oranglah.

Wednesday, November 10, 2010

KATA ORANG SEPI ITU INDAH

Pada sesetengah orang, sepi banyak memberikan inspirasi dan kedamaian hati, ruang untuk mengubat keresahan hati dan merawat segala duka tidak kira atas alasan apa. Sepi walaupun satu situasi yang tanpa kata-kata, tanpa pergerakan, tanpa suara hiruk pikuk, tanpa tegur sapa rakan2, tanpa gangguan deringan talipon mahupun alat telekomunikasi, namun ianya memberikan lebih daripada itu semua walaupun sepi hanya satu metos keadaan. Kenapa sepi sentiasa menjadi peneman kita dikala kita dalam kerinduan, dikala kita dalam kekecewaan, dikala kita kerintihan dan dikala kita mengenangkan sesuatu atau seseorang? Ada orang berkata sepi mengajar kita erti kehidupan. Benarkah? Sepi yang bagaimana? Adakah sepi dengan duduk bersendiri di dalam hutan jauh daripada suasana kebisingan kota? Adakah sepi dengan menutup mata dan memekakkan telinga tanpa bersuara? Adakah sepi dengan menjauhi kan diri daripada seseorang? Ada orang kata sepi adalah apabila minda dan jiwa kita kosong. Tiada apa yang bermain di fikiran kita, tiada apa yang mengganggu sanubari hati kita…yang ada hanyalah keindahan sebuah sepi…..kata orang

Monday, November 1, 2010

KATA ORANG SEBAB EGO CINTA TERPUTUS

Ketepikan tentang persoalan siapa yang lebih ego, yang penting adalah benar atau tidak sifat ego seseorang itu mempengaruhi percintaan mereka. Benar ke? Ego kadangkala melibatkan tentang darjat, kekeluargaan, kelayakan, pelajaran, sosial kehidupan, perbezaan jantina dan posisi atau pangkat seseorang. Ego boleh terjadi dalam sebarang situasi terutama dalam perhubungan percintaan mahupun perkahwinan. Mungkinkah ramai pasangan kekasih berpisah kerana sikap ego seseorang yang tinggi atau tidak mahu mengalah kerana kebiasaannya sifat mengalah menyebabkan ego mereka tercabar? Setinggi mana ego seseorang sehingga sanggup menegakkan sesuatu walaupun yang nyata kebenaran dipihak yang lain? Adakah dengan mengecilkan hati, mengeluarkan sedikit kelembutan akan mengurangkan ego kita yang tinggi? Tepuk dada tanya selera. Yang pasti 70% daripada pasangan yang putus cinta adalah kerana tidak lagi mempunyai keserasian dan ketidakserasian tersebut kebanyakannya adalah berpunca daripada sifat cemburu dan ego yang tinggi. Anda bagaimana?

Sunday, October 31, 2010

KATA ORANG DIAM TANDA SETUJU

Bagilah aku ketenangan untuk buat keputusan
Kita selalu pernah mendengar ungkapan2 seperti “..aaaa kalau diam tu maknanya setujulah tu” dalam kehidupan seharian kita terutama dalam situasi merisik atau meminang seseorang. Tapi sejak akhir2 ini banyak pulak kena dengar kes putus tunang atau melarikan diri kerana tidak mahu meneruskan majlis perkahwinan,  batal perkahwinan disaat-saat akhir dan macam2 lagi. Dimanakah letaknya persetujuan yang telah dicapai sebelumnya? Mungkin ada sebab musabab mengapa ianya terjadi… tetapi kenapa perlu sampai putus tunang atau membatalkan majlis disaat2 akhir? Kenapa tidak daripada awal lagi jika sudah nampak ketidakserasian di antara mereka? Kenapa semasa merisik atau meminang hanya mendiamkan diri  jika hati tidak berkenan. Kadangkala bila sudah setuju, banyak pihak yang terlibat dan masing-masing bertanggungjawab untuk meneruskan hubungan atau ikatan yang telah dimenterai sehingga terbinanya sebuah masjid atau perkahwinan yang dirancang. Diam daripada awal bererti semuanya sepatutnya berjalan dengan lancar…. Jika diam memberi seribu makna, maka pasti seribu keadaan jugak yang akan terhasil dikemudian hari….kata oranglah.

Tuesday, October 26, 2010

KATA ORANG BUNCIT TANDA ROMANTIK

Opss Google bagi gambar sebelum dia buncit :-)

Ramai orang yang memperkatakan tentang sifat2 seseorang daripada fizikal semulajadi seseorang dan salah satu daripadanya adalah perut. Macam-macam sifat atau karektor yang dikatakan bergantung kepada keadaan perut seseorang.  Ada yang kata kurus orangnya penjimat. Buncit of coz lah kuat makan dan ada juga yang mengatakan orang buncit atau bahasa lembutnya boroy ni romantik. Betul ke? Emmm tang mana yang dikatakan romantik ni ye, adakah disebabkan kebuncitan itu sendiri yang menampakkan mereka ini kelihatan comel dan sekaligus menyerlahkan keromantikan mereka? Rata-rata mereka yang  berbadan besar mempunyai suara yang lunak dan boleh menyanyi. Mungkin ini jugak merupakan salah satu sebab mereka romantik. Secara puratanya mereka yang berbadan besar dan boroy ni tidak mempunyai stamina yang tinggi ( kecuali ahli sukan dan dan dalam hal2 tertentu ) dan keadaan ini jugak menyebabkan mereka mudah penat dan situasi ini mempengaruhi mood mereka iaitu dapat mengurangkan mood rasa marah disebabkan kekurangan stamina.  Mereka yang berperut buncit jugak kadangkala sedar yang mereka berperut buncit menyebabkan mereka mempunyai pelbagai ilham dan idea meromantikkan keadaan sehinggakan pasangannya tidak ‘sedar’ kebuncitan perut mereka.. kata oranglah.  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails