Showing posts with label Kesihatan Dan Fitness. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Dan Fitness. Show all posts

Tuesday, January 21, 2020

LIVECELL ANTI AGING

Produk Livecell Anti Aging
LIVECELL BEYOND AGELESS, produk spray Stemcell livecell untuk Awet muda.
Anti Penuaan,
👉 Menghilangkan kedutan penuaan,
👉 Merawat masalah jerawat dan wajah yg sensitif,
👉 Boleh spray pada mata utk masalah silau,
👉 Boleh spray pada luka2 kecederaan dan luka kencing manis.
Harga RM100 untuk sebotol.
Berminat boleh hubungi 010-5105505
Produk dari Swiss. Halal FDA antarabangsa.
#Peluang Menang Bonanza RM1.3 juta

Sambil anda guna untuk kesihatan, anda juga dapat menjana pendapatan. Berminat boleh hubungi atau whatsapp saya di:
http://www.wasap.my/60105105505/LIVECELL

Livecell mampu merawat kulit muka anda
√ Menghilangkan minyak pada muka
√ Melambatkan penuaan
√ Membina cell kulit yang baru
 √ Mengurangkan parut jerawat
Livecell boleh digunakan untuk semua
√ Lelaki dan Perempuan
√ Kulit sensitif boleh guna
√ Tidak kira umur semua boleh pakai

Bahan-bahan digunakan ialah 5 jenis bunga.
👉 Tiada bahan Kimia
👉 100% dari sumber tumbuhan
👉 Tiada kesan sampingan

Thursday, January 29, 2015

SAYURAN DAPAT MENCEGAH KANSER

Aduhsss dekat seminggu jugak sy tak sempat nak update blog kerana terpaksa bergegas ke Johor atas urusan keluarga... Ni baru je berkesempatan untuk menjenguk balik blog dan dengan serta mertanya sy terus update.. ahaksss.
Masa kat JB sempatlah sy makan malam dengan kawan2 lama dan pekena mee rebus kegemaran sy. Dalam ramai2 orang tu ada sorang kawan sy ni vegetarian. Tak makan daging, cuma sayuran. So sy tanyalah dia, tak boring ke makan sayur je. Dia cakap mula2 tu memang ada jugak rasa boring tapi lama2 dah okay. Lagi katanya sayuran ni menyihatkan dan banyak fungsi untuk mencegah kanser. Tertarik dengan kata2 dia tu, sy pun survey kat internet dan antara sayuran yang dapat membantu mencegah kanser adalah:
1.  Ubi keledek kukus
2.  Ubi keledek mentah
3.  Asparagus
4.  Kubis Bunga
5.  Kubis
6.  Brokoli
7.  Daun Saderi
8.  Kulit terung
9.  Lada Benggala
10. Lobak Merah
11. Bunga Lili Kering
12. Kubis Cina
13. Kailan
14. Sawi
15. Sawi Jepun
Dan lain-lainnya lah...

Monday, May 19, 2014

JERAGAT OH JERAGAT...

Cakap pasal jeragat ni, memang ianya dah sinonim dengan kita. Pasti sedikit sebanyak jeragat ni ada dan kadang2 menghantui kita apabila ianya terlalu banyak dan susah untuk di hilangkan. Dalam pasaran terdapat pelbagai produk untuk menghilangkan jeragat namun tak semuanya berkesan malah ada pulak yang mendatangkan kesan yang lain seperti kulit muka kelihatan gelap, jerawat mudah tumbuh, kulit semakin berminyak dan macam2 lagi. Jadi kali ini, apa kata kita cuba cara dan petua dulu2, mungkin agak cerewet sikit caranya tapi yang penting kesan nya ye dak..ahaksss.
Secara kasarnya jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien yang kebiasaanya terjadi apabila usia semakin meningkat atau faktor genetik, pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia. Antara petua2 yang sy ambil daripada beberapa blog ialah:
1) Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
2) Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
3) Kulit pisang berangan di tumbuh bersama sedikit tepung dan air menjadi satu paste dan sapukan di muka. Biarkan selama 5 minit dan basuh dengan air bersih.
4) Ambil tisu sebesar muka kita dan rendam dalam putih telur, kemudian tekap/lekat kan di muka kita sehingga tisu itu kering dan kemudian basuh muka dengan air bersih.
Itulah antara petua2 untuk menghilangkan jeragat..selamat mencuba ye.

Friday, May 2, 2014

TANAMAN DAN KHASIAT CENDAWAN TIRAM

Tanaman dan perusahaan cendawan
Kita selalu makan cendawan tapi tahukah kita apa khasiatnya? Salah satu cendawan kegemaran sy adalah cendawan tiram, samada masak ladna, masak sup atau goreng tepung, selalu sy guna cendawan tiram. Antara yang popular cendawan jenis ini adalah cendawan tiram merah jambu, tiram putih dan kelabu. Cendawan ini berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid serta meningkatkan imuniti badan bagi melawan pertumbuhan tumor dan agen anti oksida.
Kenapa sy buat entry pasal cendawan? Ahakkss ..Sebenarnya entry ni khas untuk rakan sy yang dulu kami pernah sama2 bekerja di bank, tapi sekarang dia telah menjalankan tanaman dan perniagaan cendawannya di Pagoh, Muar dengan nama Cendawan Pagoh Niaga Enterprise dan nampaknya berkat usaha gigih dia bersama keluarga, perusahaan cendawan mereka semakin berkembang. Anda boleh lihat blog mereka di SINI dan mungkin sesiapa yang ingin menjadi pengedar boleh jugak menghubungi kawan sy tu.. Cakap aje Jomsantaisekejap...lepas lah tu..ahaksss.
Apa2 pun, tidak dinafikan cendawan memang mempunyai banyak khasiat dan menafaat... dan untuk kawan sy, selamat maju jaya atas tanaman dan perusahaan anda... Semuga berkat usaha anda mendapat keberkatan...

Monday, May 27, 2013

PELBAGAI KHASIAT JUS BUAH2AN DAN SAYURAN

Memang adat kita di Malaysia ni dapat menikmati minuman2 yang enak seperti teh tarik, abc, lai chi kang, cendol dan macam2 segala jenis minuman..yg pastinya kebanyakkannya manis..ahakss kalau terlebih manis pasti memudaratkan dan boleh membawa kepada penyakit kencing manis dan obesiti. Tahukah anda bahwa terdapat pelbagai jenis jus buah dan sayuran yang boleh mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit2 berbahaya jika kita mengekalkan kuantiti minuman jus tersebut secara berterusan dan buah2  serta sayuran tersebut antaranya boleh didapati di negara kita Malaysia...seperti bayam, soya bean, brocoli, taugeh, betik dan lain2. Anda boleh juga layari di blog Slimming and Sexy Blog yang banyak memberi petua2 tentang kesihatan dan cara2 mengurangkan berat badan secara semulajadi...
Sebagai contoh daun serai jika dibuat jus boleh membersihkan usus dan melancarkan perjalanan darah, dapat mengurangkan panas demam dan selsema serta melancarkan kelawasan. Daun pasly yang bersifat anti cancer jugak kalau dibuat minuman atau dicampur dengan jus buah yg lain dapat menguatkan fungsi limpa,  buah pinggang dan hati...Banyak lagi khasiat buah2an dan sayuran jka dibuat jus. Layari saja di blog Slimming and Sexy Blog.untuk mendapat pelbagai khasiat buah dan sayuran.

Tuesday, March 19, 2013

PETUA KURANGKAN SENGGUGUT

Dah lama jugak tak menjenguk dan memberi petua2..Ada pulak yang email kat sy dan meminta sy mencari petua untuk kurangkan sakit senggugut.. Ada ke patut? Tapi untuk tidak menghampakan, sy surveylah dan sy ambil antara banyak2 petua yang  mudah untuk dilakukan..Antaranya ialah:
1) Tumbuk lumat beberapa ulas bawang putih dan kemudian masukkan semuanya dalam segelas air suam dan kacau perlahan2. Campurkan sesudu madu, kacau dan minum. Elok kalau tak ditapis. Amalkan 2 @ 3 kali sehari... ada jugak petua2 dulu yg hanya menggunakan beberapa ulas bawang merah, ditumbuk dan di campurkan dengan air suam lalu diminum, jugak 2,3 kali sehari.
2) Ambil secawan atau segelas teh dan campurkan dengan sedikit kapur sirih.
3) Ambil perahan daripada beberapa biji limau nipis dan dicampurkan dengan segenggem beras dan di embunkan selama satu malam dan diminum airnya sebelum anda bersarapan.. Amalkan paling tidak 3 hari berturut-turut.
4) Ambil beberapa pucuk betik dan kisar bersama segelas air dan tapis. Minum setengah gelas sehari sewaktu anda sedang senggugut.
So, diharap sesiapa yang mengalami masalah senggugut dapat mempraktikkan petua2 diatas dan dapat menghidari senggugut.. 

Wednesday, January 9, 2013

KEMPEN DERMA DARAH DI AEON BKT TINGGI

Masih teringat cerita dulu2 seperti cerita P Ramlee Antara Dua Darjat. Walaupun sebesar mana darjat seseorang, darahnya tetap warna yang sama. Kadangkala, bila berlaku sesuatu perkara dan kita memerlukan darah, kita tidak tahu dari siapa darah yang kita dapat, mungkin daripada petani, penoreh, kerani, lawyer, akauntan, doktor atau sesiapa saja...Dari zaman sekolah lagi kita sudah pun didedahkan tentang kempen derma darah untuk membantu mereka2 yang memerlukannya tidak kira kerana sakit, kemalangan atau apa saja. Kalau nak dikirakan bekalan darah yang ada di negara mahupun mana2 hospital memang di paras yang tidak mencukupi. Kenapa sy tulis pasal kempen derma darah ni? Sebenarnya, Minggu lepas, sy 'terjumpa' dengan adik angkat sy yang amat perihatin..tak payahlah sebut nama, nanti glamour pulak dia. Dia ada dok mention pada sy   pasal kempen menderma darah anjuran bersama oleh Hospital Klang dan juga Cargill Malaysia yang akan di adakan di AEON Bukti Tinggi Klang pada 26 January 2013 (Sabtu) bermula jam 11pagi hinggalah ke jam 4 ptg... Lokasi2 lain seingat sy antaranya adalah seperti di AEON Bandaraya Melaka, TESCO Butterworth. Jadi elok jugaklah sambil kita bersantai dan bershopping, apa kata kita membuat sedikit kebajikan dalam membantu kempen derma darah. Semuga usaha2 yang dibuat oleh Hospital Klang dan Cargill Malaysia akan berterusan....

Tuesday, September 18, 2012

PETUA2 MUDAH KURANGKAN BERAT BADAN


Entry ini adalah bagi mereka2 yang mengalami kenaikan berat badan selepas musim raya ini termasuk sy, almaklumlah banyak rumah terbuka yang kita kena hadir, tak makan kata tak sudi atau sombong pulak, kalau dah makan, lupa diri pulak sampai tak boleh nak berhenti..ahaksss. So sy pun google dan sy rumuskan dari beberapa blog petua2 atau tips2 mudah untuk kurangkan berat badan dan tahukah anda untuk mengurangkan 1kg, anda harus membakar atau mengurangkan 7,700 kalori tidak kira melalui senaman, pemakanan atau gabungan kedua2nya? So antara petua2nya adalah:  
Jangan tidur siang – nak tidur 15-20 minit, jgn tidur lepas zuhur dan sebelum asar. Jika tidur beri kesan lesu dan lembap pada minda.
Minum air suam kosong – bukan air sejuk kosong. Ada cakap air sejuk kosong buat perut buncit.
Banyak berjalan – perjalanan darah lebih teratur dan pengaliran oksigen lebih sekata.
Jangan baring lepas makan – cara ni memang mudah berat naik, terutama jika kita makan lewat malam dan terus tidur
Minum air kosong 2 gelas selepas makan – cara ini memang terbukti menurut kajian di Amerika sehingga ada yang boleh turun 2-3kg dalam sebulan hanya memperaktikkan kaedah ini.
Makan makanan yang banyak serat – seperti sayuran  dan buahan tetapi jangan makan buahan terlalu banyak pulak..
Download mana2 exercise kat youtube dan ikut buat exercise 30 minit setiap hari minggu jika anda tidak cukup masa untuk membuatnya pada hari2 biasa, tapi peringatan untuk membakar lemak dengan cepat, jangan selepas exercise anda minum milo, 100plus atau minuman isotonic yang lain
Elakkan daripada meminum air bergas. Boleh menggemukkan di samping mudah mendapat penyakit kencing manis kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Jangan skip hidangan – Tidak perlu skip hidangan anda tetapi makan dengan kuantiti yang sederhana serta seimbang. Berdiet hanya akan menambah selera makan anda dan kadar metabolism badan anda akan menurun. Ada pendapat mengatakan lebih baik makan 5 – 6 hidangan kecil setiap dahri daripada memakan 3 hidangan besar.
Bersauna – cara ini memang dapat membakar kalori dan mengeluarkan air dan di galakkan untuk membuatnya sekali seminggu.

Thursday, July 26, 2012

PETUA BOTOX SEMULAJADI...


Petua mudah untuk menjaga kulit muka anda supaya sentiasa segar, kelihatan muda dan bersih. Bagaimana? Semua bahan hanya dari rumah saja tanpa perlu kita berhabis wang untuk ke spa atau pusat2 kecantikan.. Antara bahan2nya adalah:
Pisang – yup. Kenapa perlu membuat botox sedangkan buah pisang boleh dijadikan face mask semulajadi. Caranya ialah dengan mengambil sebiji pisang yang telah masak dan di penyeh2kan menjadi paste yang lembut dan kemudian sapukan ke muka dan leher anda. Biarkan selama 10 – 20 minit dan kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kulit anda akan terasa segar dan berseri. Satu cara lagi facial mask yang popular ialah dengan mencampurkan ¼ yogurt biasa, 2 sudu madu dan sebiji pisang masak.
Cuka – Kegunaan nya seperti toner muka. Lepas anda basuh muka anda, campurkan 1 sudu cuka apple dengan 2 cawan air. Sapukan di muka anda sehingga dia kering. Anda akan terasa kulit muka anda semakin tegang dan segar.
Susu – Hanya menggunakan susu, anda dapat merasakan kulit muka anda segar dan bertenaga. Hanya campurkan ¼ tepung susu dengan sedikit air menjadikan satu paste yang pekat dan sapukan seluruh muka anda seperti menyapu mask muka, biarkan ianya kering dan bilaskan dengan air suam...
So, selamat mencuba ye...biar raya nanti anda tampil dengan kelihatan lebih segar, muda dan bersih :-)

Thursday, May 3, 2012

KENAPA KITA STRESS?

Stress! Stress! Stress! Kata2 ini selalu sangat kita dengar bila saja kita melihat seseorang berada dalam keadaan tidak terurus ataupun mengalami masalah. Stress tidak kira dari segi mental mahupun fisikal, pokoknya stress. Stress berlarutan jika tidak dikawal boleh jugak menyumbang kepada penyakit jantung. Jadi, kali ini kita cuba ketahui antara punca2 stress masa kini diantaranya ialah:
Keadaan mengancam dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk menghadapi ancaman yang dihadapinya menyebabkan tekanan.
Tekanan dalam diri sendiri kerana tidak dapat memenuhi cita2 iaitu kepentingan kerjaya, bercita-cita tinggi, mementingkan hasil kerja dan kesempurnaan dan apabila tidak dapat mencapai apa yang dikehendaki akan menyebabkan diri kita berada dalam keadaan tertekan.
Keadaan keseluruhan tempat kerja jugak memainkan peranan dalam menyumbang stress terutama dari segi suasana ruang tempat kerja samda sempit, bising, kotor, tidak teratur dll. Bebanan kerja, keadaan kuantiti kerja, sikap individu tidak kira dari rakan sekerja, bawahan mahupun atasan, prosedia dan pelbagai lagi situasi tempat kerja jugak boleh menyebabkan stress.
Tekanan kewangan dan keharmonian rumahtangga mahupun keluarga jugak mampu membuatkan diri kita stress disamping faktor2 kesihatan yang tidak terjaga.
Oleh itu, cuba elakkan diri daripada stress. Ada orang cakap, sauna boleh mengurangkan stress. Ada yang  kata bersukan mahupun beribadah pun boleh meringankan stress. Cara anda?

Monday, April 9, 2012

PETUA-PETUA HILANGKAN JERAWAT

Hai abang2 kakak2 adik2....Abang Muscle santai disini. Kabare? Sekarang ni AMS jarang2 dapat enterframe kat blog ni dek sibuk dengan aktiviti2 harian AMS yang sedang mengajar Zumba...ahaksss. Jadi ada masa terluang ni, AMS tak bagi chance, terus masuk dan kali ni AMS nak kongsi petua2 yang dapat AMS kumpulkan daripada beberapa blog bagaimana nak hindari jerawat...ready? Jom kita tengok siapa yang kena....
1) Asam gelugur direndam semalaman dan kemudian ditumbuk dengan pucuk jambu batu, sapu seluruh muka. Amalkan 2 kali seminggu.
2) Rendam daun sirih dengan air panas dan biarkan air tu sejuk. Sapukan air tersebut di muka dan biarkan sehingga ianya kering. Amalkan 3 kali seminggu.
3) Tumbuk beberapa inci kunyit hidup, kemudian campur beberapa titis air asam jawa dan sapukan kepada muka. Amalkan 3 kali seminggu, kulit jugak boleh jadi halus.
4) Ambik beberapa sudu tepung ubi kayu dan beberapa titis air asam jawa, campur jadikan macam bedak sejuk dan sapukan pada muka. Amalkan 2 kali seminggu. Kulit jugak jadi semakin cerah.
5) Ambik bahagian dalam batang bunga tanjung dan gilis halus. Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Sapukan pada muka 2 kali seminggu.
6) Kulit kayu manis ditumbuk halus dan kemudian campur sedikit air dan sapukan pada muka. Amalkan 2 kali seminggu dan boleh jugak hilang parut.

Ya itulah serba sedikit petua2 yang Abang Muscle santai dapat, diharap dapat memberikan abang2 dan kakak2 yang byk jerawat tu tips2 berguna. Tapi bagi Abang Muscle santai pulak ada petua tersendiri yang memang mujarab cara nak hilangkan jerawat tu...Ready? Ambil jari telunjuk kiri dan kanan anda, kemudian letakkan betul2 di tepi kiri kanan jerawat di muka anda, kemudian picit sehingga ...perghhh lega kan? Sehingga berjumpa lagi dari Abang Muscle Santai.....

Thursday, February 9, 2012

PENYAKIT KENCING TIKUS

Banjir jugak boleh membawa kesan penyakit ini
Entah kenapa tiba2 popular pulak nama penyakit kencing tikus ni semenjak arwah Din beramboi meninggal dan paling baru arwah Izwan pilus pulak meninggal disebabkan penyakit tersebut. Bahaya ke penyakit ni sehingga membawa kematian? So sy pun selidik ke wikipedia dan beberapa blog lain yang menerangkan tentang penyakit ini...sy cuba ringkaskan mengikut kepada fahaman sy, kalau tiru bulat2 memang susah nak faham sebab pakai bahasa saintifik...ahaksss.
Siapa yang jumpa penyakit ini dan sejarahnya....kita skip.
Penyakit ini terjadi daripada bakteria leptospira yang menyerang manusia dan haiwan. Punca penyakit ini kebanyakkannya adalah melalui air kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus dan mondok merupakan hos utama, ianya boleh jugak di dapati daripada sejumlah mamalia besar yang lain seperti anjing, rusa, landak, lembu, biri2, rakun dan lain-lain sebagai hos kedua. Sebagai conoh anjing yang menjilat rumput yang mempunyai kencing tikus, jadi anjing itu jugak menjadi pembawa penyakit tersebut.
Penyebaran boleh berlaku melalui air, makanan dan tanah yang mengandungi kencing tikus samada kita tertelan atau tersentuh melalui kulit kita yang terluka. Kawasan2 banjir dan kedai2 makan yang mempunyai kawasan berair yang tidak terjaga jugak boleh menyumbang kepada penyebaran penyakit ini, atau mereka yang suka berendam terlalu lama di kawasan berair seperti peluncur dan pengayuh air berbuih jugak mempunyai risiko tinggi kerana sentiasa terdedah kepada air.
Simtomnya...pertamanya akan mengalami demam, sejuk, migrain, sakit kepala yg kuat. Perlu dirawat dan mendapat rawatan segera pada masa ini. Jika tidak sistom kedua akan berlaku seperti kerosakan hati yg menyebabkan demam kuning dan kegagalan buah pinggang.
Itulah serba sedikit tentang penyakit kencing tikus....salam santai.
(Sumber daripada Wikipedia)

Tuesday, January 31, 2012

BERDENGKURKAH ANDA?


Hari ni sy lencung sikit entry ke arah entry kesihatan , al maklumlah dulu cita2 nak jadi doktor tapi tak kesampaian. Lumrahnya bila kita tidur, kita memang layan habis..pasti kalau berdengkur pun kita tak dengar. Yang dengar orang yang berada di sekeliling kita. Ada orang anggap dengkuran tu perkara biasa tapi kadangkala dengkuran boleh membawa kepada penyakit yang serius. Ada yang berdengkur bila betul2 nyenyak, ada yang baru sesaat lelap dah berdengkur..ahakssss. Penatlah katakan. So tak payah sy ulas kenapa terjadinya dengkuran tu, nnt Abang Muscle santai akan ceritakan di entry akan datang.. Macam mana nak atasi dengkuran? Antaranya adalah:-

1) Sebelum tidur amalkan latihan bernafas panjang2 dan dalam2 untuk memastikan otot2 leher, kerongkong dan rahang dalam posisi yang baik semasa tidur.
2) Urut sendiri bahagian2 leher, hidung dan dada untuk mengurangkan ketegangan.
3) Kadangkala dengkuran boleh jugak terjadi daripada alahan, jadi pastikan bilik, cadar dan bantal2 anda bersih untuk mengelakkan alahan.
4) Elakkan dari kegemukkan. Gemuk menyebabkan banyak ruangan rongga pernafasan kita tersekat dan boleh menyebabkan dengkuran.

Thursday, April 28, 2011

FATTY LIVER..BUT I'M NOT FAT

Pernah dengar ungkapan diatas? Yuppp selalu iklan tu keluar kat tv. Memang lawak lihat cara yang gemuk itu menjawab semua soalan dengan selamba..tapi pointnya memang masalah obesiti sudah menjadi2 di negara kita, so hari ni sy akan beri anda semua beberapa faktor atau sebab obesiti yang sy rumuskan daripada beberapa website antaranya ialah:
1) Pemakanan yang tidak sihat - Manis, berlemak, masin dan pelbagai lagi rasa memang sudah menjadi resam makanan di Malaysia seperti teh tarik, roti canai, nasi lemak dll yang mempunyai kandungan gula dan kabohidrat yang tinggi dan semua makanan tersebut menjadi rutin sarapan kita. Ada antara kita yang sudah peka meminta mengurangkan kuantiti gula dan sebagainya dalam makanan dan minuman tersebut.
2) Cara hidup yang tidak sihat - Tidak ramai rakyat kita yang mengamalkan senaman pada waktu petang dan masa yang sempat sebaliknya lebih banyak masa kepada dunia internet dan lepak di kedai mamak. Tiada proses metabolisme yang sesuai.
3) Pemakanan yang tidak mengikut waktu dan sukatan - Kadangkala ramai jugak makan tidak mengikut waktu terutama waktu lewat malam kerana ianya akan melambatkan proses penghadaman dan makanan yang tidak hadam itu akan terkumpul di bahagian tertentu menyebabkan obesiti.
Katakan TIDAK kepada obesiti.

Wednesday, April 6, 2011

SENAMAN MUKA BERSAMA ABANG MUSCLE SANTAI

Apa khabar tuan2 dan puan sekelian? Ingat lagi Abang muscle santai? Yesss u betul. Dulu AMS ada buat senaman mengempiskan perut dalam masa 1 jam...you all dah kurus ke? tambah gemuk? kalau makin gemuk tu sebab makan nasi ye..jadi kurangkan nasi, lebihkan kopi ye ahaksss...terlebih sudah AMS berceloteh. Jadi hari ni senaman apa yang nak kita buat? Yesss u betul lagi. Senaman muka. Muka itu penting kerana bila kita bercakap, orang pandang muka dulu..kalau yang pandang lain tu, bukan orang ye. So, are you ready? 
1) Untuk menegangkan kulit muka kita yang berkedut2 tu, ambik gam cair tu yang anak2 kita bawak pergi sekolah tu dan tampal kat muka waktu malam ye, atas gam tu tampal pulak bedak sejuk dan taburkan rata-rata bagi sekata, selepas 30 minit, basuhkan dengan air biasa dan anda akan lihat kulit anda bukan saja putih malah tiada lagi tompok2 hitam malah tahi lalat anda pun boleh hilang....masa tu you all akan terkejut betapa berserinya muka tuan2 dan puan2 macam reaksi gambar di atas tu.
2) Untuk menampakkan senyuman yang manis, pagi2 masa mandi tu, tuan2 dan puan2 pergi ke cermin muka kat dalam bilik air dan buat aksi kononnya kain you all terlucut, jadi tuan2 dan puan2 akan menutup apa yang patut dengan senyuman yang manis...buat macam tu tiap2 hari, nnt automatik tuan2 dan puan2 akan sentiasa senyum tanpa segan silu lagi kerana tuan2 dan puan2 sudah pun malu pada paginya...
3) Jika di bahagian dahi tuan2 dan puan2 ada kerutan dan kedutan sebab bukan tua..tapi selalu sangat fikir apa nak buat dengan blog tuan2 dan puan2 yang sentiasa bersawang tak ada entry, mudah saja...ambil kedua2 belah tangan anda dan hujung kesemua jari tu anda tolak ke atas dahi anda dan biarkan disitu, maknanya muka anda sudah tertutupkan...oleh kerana anda kena buat begini selama 30 minit, apa kata sambil2 tu anda tidur je dengan tangan masih menutup muka. Bagus amalkan masa kat office...

Baiklah, Abang Muscle Santai rasa sampai sini dulu senaman muka hari ni, kita jumpa lagi di entry akan datang dengan serangkap pantun ye...Buah mangga isinya kuning, Yang warna merah buah ceri, buat apalah pening2, akan datang AMS datang lagi!! 

Thursday, March 10, 2011

STRESS PUNCA GEMUK?

Patutlah berat tak turun2 walaupun dah jogging 4 kali pusing keliling rumah, rupanya selagi kita dalam keadaan stress, maka sekuat mana kita bersenam dan berjogging, berat bukan makin berkurang tetapi makin bertambah kerana keadaan stress akan membuatkan badan mengeluarkan hormon2 stress dan menggantikan hormon yang hilang disebabkan proses metabolisme bila kita bersenam. Bila kita perhatikan, ada betulnya jugak kerana sewaktu sy menonton program ‘The Biggest Loser’, bila seseorang itu mempunyai masalah, bila ditimbang, beratnya kekal atau semakin bertambah. So, bagi anda yang rasa-rasa dalam perancangan untuk mengurangkan berat badan walau diet sekalipun, pastikan anda tidak terlalu stress dan kalau stress sekalipun, cuba cari jalan penyelesaian atau mengurangkan stress tersebut supaya program yang anda buat tu lebih berkesan dan mendapat hasil memuaskan…kata kau.

Tuesday, February 22, 2011

PETUA HINDARI JERAWAT

Katakan TIDAK kepada jerawat!! Masa dulu2, sy pantang nampak jerawat. Asal nampak aje, nak picit. Asal nampak aje, nak picit. Kalau jerawat tu tumbuh kat dagu ke, kat tepi2 telinga ke, masih boleh maaf lagilah, tapi kalau dia saja-saja nak bersantai kat tengah2 hidung, kat pipi sy yang licin, kat dahi sy yang luas tu...perggh. Bila jumpa orang je..mulalah tengok mata diorang, kat mana diorang pandang...confirm dia akan tengok jerawat kita dulu!! So bagi anda yang ada masalah jerawat tu, sy listkan beberapa petua yang sy ambil daripada beberapa website serta cara sy sendiri untuk menghindari jerawat. Antaranya:
1) Kalau boleh kurangkan merokok. Lagi baik, jangan merokok.
2) Sapukan sebelum tidur bedak sejuk dengan air gamat. Bukan minyak gamat ye, nanti lain pulak jadinya. Setengah2 hanya mengamalkan memakai bedak sejuk pun sudah memadai. Kenapa, sebab dapat menghindari minyak yang merupakan punca utama jerawat.
3) Sapu muka dengan air yang direndam dengan kerak nasi semalaman dan kemudian bilas air bersih.
4) Buah tomato selain elok kulit, juga elok untuk mencegah jerawat. Hanya tumbuk dan ambil patinya dan lumurkan ke bahagian muka dan tunggu selama 5 minit atau separa kering dan kemudian bilas dengan air bersih.
5) Rebus segenggam biji kani ( manjakani ) yang boleh dibeli di kedai. Masak dalam periuk tanah sehingga menggelegak pekat. Kemudian apabila sudah suam, sapukan pada muka anda dan tunggu sehingga kering. Bilas dengan air. Bukan saja bekas jerawat boleh hilang, malah kulit muka anda jugak terasa tegang.
6) Asah kulit kayu manis dan campur dengan madu lebah dan sapukan sebelum tidur. Esoknya bilas dengan air
7) Tumbuk beberapa helai daun sireh muda dan tampalkan kat muka anda yang berjerawat tu. Setelah kering, bilas dengan air dan amalkan 3 kali seminggu.
8) Kisar timun dan tapis airnya. Airnya boleh minum buat awet muda tetapi untuk jerawat, ambil hampasnya dan tampal kat muka anda. Biar selama 10 - 30 minit dan kemudian bilas dengan air.

Itulah di antara petua-petua yang boleh anda amalkan untuk menghindari jerawat. Selamat mencuba.

Thursday, January 6, 2011

RAMAI ARTIS KENA SAKIT JANTUNG?

Bukanlah untuk menyuramkan suasana mahupun mengungkit cerita tetapi sejak dua menjak ini, kerap kita dikejutkan dengan berita2 dimana artis2 kita meninggal disebabkan penyakit jantung. Arwah Izi Yahya, Uztaz Asri, Hani Mohsein, Khairil Khamis, Yusof Chong, Yalal Chin, Sudiro,  Shamrin Fotograf dan yang terbaru adalah Faizal Yusuf. Terlebih dahulu Alfatihah kepada semua yang telah meninggalkan kita semuga roh mereka dicucuri rahmat. Sedihnya kerana ada yang meninggal ketika masih muda. Nyatalah penyakit jantung ini akan meragut sesiapa saja tidak kira berapa usia mereka. Sy pasti bagi kita yang mungkin risau dan takut akan penyakit ini akan mengambil beberapa langkah untuk mencegah penyakit ini. Sy bukanlah pakar dalam kesihatan tapi disini sy bagi beberapa langkah mudah yang sy ambil daripada internet untuk kita menjadi sihat dan kesihatan yang baik dapat menghindari kita daripada penyakit jantung dan diantaranya ialah:
1) Amalkan minum air suam setiap pagi terutama selepas makan kerana ianya dapat memecahkan lemak sedangkan air sejuk akan melikatkan lagi minyak yang kita makan.
2) Bersenam tidak kira apa jenis senaman 3 kali seminggu atau 20 hingga 30 setiapkali senamam untuk meningkatkan metabolism dalam badan
3) Jika anda rasa berat anda berlebihan, maka kurangkan mengikut index BMI yang sesuai. Ada langkah2 mudah dan PERCUMA untuk anda lakukan dengan mudah bagi mengurangkan berat badan anda. Layari saja di http://thepowerweightloss2.blogspot.com
4) Elakkan daripada stress dan jika anda mengalami stress, cuba kurangkannya dengan pergi bercuti dan berjalan-jalan.
5) Pantau paras kolestrol anda dan makan makanan yang tidak berminyak dan banyakkan sayuran dan buahan.
6) Amalkan tidur yang mencukupi supaya badan anda mendapat memerlukan rehat yang secukupnya. 60% daripada mereka yang tidak mendapat rehat secukupnya mendapat risiko tinggi penyakit jantung.
Sebenarnya ada banyak lagi langkah2 dan kita mampu untuk melakukannya kerana semuanya adalah langkah2 mudah tetapi kesannya adalah kehidupan kita.

Friday, July 30, 2010

5 LANGKAH ASAS KURANGKAN BERAT BADAN

Saya akan berkongsi dengan anda 5 langkah mudah bagaimana anda dapat mengurangkan berat badan anda:
1) Kalori adalah penting dalam hidup kita terutama dalam proses metabolisma badan tetapi kita hendaklah mendapatkannya bukan dengan cara meminum air berkabonat kerana ianya akan memudaratkan badan anda. Satu tin soda mengandungi 150 kalori. So anda hendaklah maintain kalori anda dalam 1800 - 2000 kalori sehari.
2) Buat senaman ringan 10 minit sehari. Senaman ringan setiap hari dapat memberikan hampir 50% impak kepada pengurangan berat badan anda jika di gabungkan dengan senaman biasa. Senaman jenis ini termasuklah berjalan, berenang, menggunakan tangga untuk ke pejabat atau apartment.
3) Jangan tinggalkan rutin makanan harian anda seperti sarapan pagi dan makan tenghari. Sebagaimana petua penurunan 1kg dalam seminggu sebelum ini, anda tidak di galakkan skip rutin makanan anda kerana sebenarnya jika anda skip, maka perut anda akan mula berasa lapar lebih daripada biasa menyebabkan anda akan mengambil makanan lebih daripada biasa. Anda boleh menikmati hidangan anda daripada 3 hidangan berat setiap hari kepada 5 hidangan ringan sehari.
4) Lebihkan makan buah-buahan dan antara buah-buahan diet adalah seperti oren, pears, beans, timun, beri, kacang peas, tomato...tetapi bukan kentang ye...di larang sama sekali.
5) Cukup tidur. Saya rasa ini adalah langkah yang paling penting dalam mengurangkan berat badan kita iaitu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari atau 10 hingga 12 jam bagi mereka yang masih muda. Tidur dapat memberikan kesegaran dan ketenangan kepada badan kita.

Saturday, July 24, 2010

PETUA TURUN 1KG DALAM SEMINGGU

Hahhh!! Ini petua yang paling senang bagi sesiapa yang nak menurunakan berat badan 1kg dalam seminggu. Tiada kos, Tidak perlu ke gim dan tidak perlu berdiet atau mengambil apa2 produk pelansingan. Actually benda ni dah selalu orang dengar cuma tidak dipraktikkan je, tapi its work for me and saya rasa anda pun begitu juga. Langkahnya mudah saya. Ikut saja 3 step dibawah selama seminggu, anda pasti akan terkejut dengan resultnya.
1) Puasa - Maksudnya puasa daripada makan nasi waktu malam. Anda boleh makan waktu pagi dan tengahari. JANGAN SKIP breakfast dan lunch. Anda kena makan sebab jika tidak, anda akan makan lebih daripada yang sepatutnya bila anda rasa lapar. Gantikan nasi waktu malam dengan wheat bread atau salad untuk mengalas perut dengan segelas susu.
2) Makan sayuran atau buahan sebelum makan - Breakfast rasanya tak perlulah, cuma makan tengahari dan malam, sebelum anda makan, kenalah makan sayuran atau buahan dulu kerana fyber dalam sayuran dan buahan membantu penghadaman yang baik dan membuatkan anda rasa kenyang dengan segera. JANGAN MINUM AIR sebelum atau semasa makan. Ini boleh menyebabkan anda kenyang sebelum waktunya dan kemudian anda akan cepat lapar balik menyebabkan anda ingin makan lagi.
3) Tidur kena awal.....bagi bloggers yang kerja dia dok menaip waktu malam, dok cari ilham waktu malam...( anda di maafkan...termasuk saya) kerana dah minat, nak buat macam mana.
So, selamat mencuba dan kalau nak turun 2 kg, buat lagi seminggu....ahakkkssss.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails