Showing posts with label House Decoration. Show all posts
Showing posts with label House Decoration. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

HIASI RUMAH ALA INGGERIS


Pastinya ada jugak di antara kita yang sudah merancang untuk menghiasi rumah sempena Hariraya nanti.. Paling tidak pun semua barang2 perabut di kemas atur balik menjadi kemas, langsir dibasuh supaya nampak baru...Yelah, kenalah berjimatkan..yang penting suasana Hariraya tu yang nampak ceria. Baru atau lama tu soal kedua, yang penting raya tu meriah walaupun disambut secara sederhana.

Salah satu deko yang dapat menampilkan keindahan dan menarik perhatian adalah deko berkonsepkan Inggeris. Sekarang ni memang terdapat banyak kedai yang menjual barangan2 perabut ala Inggeris mahupun barangan accesories seperti jam gantung, wall paper, barang2 hiasan dan pelbagai lagi untuk mencantikan dan meng'inggeris'kan lagi rumah anda..ahaksss.
Salah satu tempat yang biasa sy pergi untuk membeli barangan ala Inggeris adalah Giftmine Shop yang terletak di PKNS Shah Alam dan jugak Romantika yang terletak di Alam Sentral Shah Alam. Memang banyak pilihan dan harga yang amat berpatutan dari yang sekecil2nya sehinggalah barangan perabut. Ada jugak pelekat2 bunga2 Inggeris untuk bagi mereka yang kreatif dapat menampalnya di cawan2 ke, pinggan2 perabut putih agar nampak ala-Inggeris barangan tersebut.

Friday, June 6, 2014

DEKO RUMAH ALA ENGLISH

Bila cakap pasal deko rumah ni, memang sy pasti akan cakap pasal deko ala inggeris... memang itu minat sy daripada dulu. Semua barangan decoration pastinya sy akan beli daripada KK deco mart di SACC Mall ataupun Romantika di Alam Sentral Shah Alam sebab kedua2 mempunyai pelbagai barangan ala2 inggeris baik daripada pinggan mangkuk, barang perhiasan yang kecil dan besar, pelekat, meja, rak2 kayu sehinggalah ke wall paper. Pendek kata memang banyak..
Tapi janganlah sebab dah kemaruk dengan deko ala inggeris anda hias satu rumah dengan corak yang sama, barangan yang sama... sebab kadangkala akan jadi nampak rimas. Kena ada jugak ruang2 yang anda kosongkan bagi nampak ruang untuk bernafas..ahakss. Pernah dulu disebabkan kemaruk dengan deco ala inggeris ni, sink bilik air pun sy tampal dengan corak bunga vantage.. Pelekat plastik corak bunga2 tu pun kita boleh beli kat tempat sy katakan di atas. Beli aje cawan warna putih, kerusi putih ke..pendek kata warna putihlah..tampal je pelekat tadi... Memang mudah.

Friday, January 7, 2011

' VANTAGE' KAN RUMAH ANDA

sticker vantage
english cabinet

Kalau cakap pasal English decoration, mesti salah satu perkara yang terlintas di kepala kita adalah vantage ataupun corak vantage tidak kira dari set pinggan mangkuk, cadar, selimut, cermin kayu, tiles-tiles di ruang makan dan dapur, cabinet-cabinet di mana-mana saja, malah kini pelbagai saiz sticker berbentuk bunga vantage banyak dijual di kedai-kedai. Apa yang perlu anda buat ialah dengan merendamkan sticker tersebut didalam air dan kemudian tampal saja dimana-mana yang anda rasa anda ingin meng’vantage’kan. Salah satu daripada tempat yang sy selalu pergi untuk membeli barangan yang mempunyai banyak bentuk bunga-bunga vantage adalah di PKNS Shah Alam dan Alam Sentral. Home Deco KK jugak banyak menjual barangan yang mempunyai bunga-bunga English. Sy ada post beberapa entry mengenai hiasan yang sy buat di rumah sy berunsurkan konsep English. Kebiasaannya seelok-eloknya, sticker2 tersebut hendaklah di tampal pada barangan yang berwarna putih atau cerah supaya kelihatan sesuai dengan konsep dan bunga itu sendiri. Kalau anda berminat untuk meng’vantage’kan rumah anda sempena tahun baru ni atau menukar konsep decoration rumah anda, cubalah konsep English / vantage…

Wednesday, September 1, 2010

DECORATE BUNGA UNTUK RAYA

Bunga hiasan yang dihadiahkan
Bila cakap pasal bunga ni, bukan setakat bunga hidup aje yang boleh menyerikan suasana rumah kita, malah jika kita kreatif, inovatif, aktif ..dan macam-macam lagi tif, bunga yang ada terjual di Romantika dan Home Deco serta mana-mana kedai accesories bunga, anda boleh menjadikan ianya kelihatan cantik dan menarik. Baru-baru ni, isteri saya mendapat sepasu bunga hiasan yang cukup cantik dari rakan sepejabatnya, dimana bunga hiasan itu adalah pemberian daripada maknya....terimakasih mak...opss tak boleh beritahu nama, dia ni pun katogeri artis. Yang saya dengar, mak dia ni memang ada bakat semulajadi mengubah-ngubah bunga, banyak tempahan yang dia terima. Nak raya ni, bukan saja orang tempah baju, bunga pun ramai yang tempah...apa saja yang boleh menyerikan suasana rumah dan diri kita, itu yang orang banyak tempah.... anway, jika kita mempunyai bakat semulajadi tidak kira apa bakat yang kita ada, gunakanlah dengan sebaik mungkin dan jangan membazir bakat yang kita ada....

Sunday, August 15, 2010

HIAS RUMAH GABUNGAN IKEA & ROMANTIKA

Aneka kabinet perhiasan
Deco ala english ni kadangkala memerlukan kreativiti dan imiginasi supaya menampakkan ke'english'an rumah tersebut walaupun tanpa membeli barangan berciri english. Beberapa minggu yang lepas, saya ada pergi ke IKEA dan di IKEA memang kita boleh nampak banyak perabut dan peralatan yang berwarna putih dan ini amat sesuai bagi mendecokan rumah berkonsep ala santai english. Ditambahkan dengan barangan kabinet-kabinet daripada Romantika di Alam Sentral Shah Alam, pasti rumah anda nampak berseri dengan barangan berwarna putih digabungkan dengan barangan bercirikan bunga-bungan english atau vantage. Mungkin ini akan memberikan anda sedikit idea bagi sesiapa yang ingin mencorakkan rumah mereka.
Frame gambar2 hiasan dinding

Rak dinding IKEA bersesuaian dengan konsep

Meja solek ala santai english

Sunday, August 8, 2010

ALA VANTAGE DI KK HOME DECO

Sambil saya melihat ekspo hartanah PKNS di SACC Mall, satu lagi tempat yang saya tak boleh miss untuk 'menziarahi' adalah KK Home Deco. Oleh kerana minat saya bagi deco rumah adalah ala English, maka KK Home Deco banyak menjual barang-barang ala vantage dan ada kalanya banyak pilihan yang boleh anda buat jika anda memerlukan pilihan alternatif selain daripada barang-barang di Romantika dan Vantage sendiri. Daripada perhiasan, pingggan mangkuk, kerusi meja, kain-kain alas, langsir dan macam-macam lagi variasi produk yang kalau anda pergi, pasti akan rambang mata. Nak-nak, sekarang ni diorang tengah buat promosi untuk member KK Home Deco sebanyak 30%... Macam-macam ada. Saya ada mengambil beberapa produk yang saya kira menarik dan mungkin boleh masuk dalam senarai untuk di beli bagi persiapan Hari Raya nanti....
Bersantai sambil rehatkan minda

Barang-barang perhiasan di rak dinding

Set-set dinner. Pilih je mana-mana corak.

Please do not sit. Tulisan kat kad merah tu...

Ni nak bersolek berjam-jam pun boleh.

Wednesday, July 28, 2010

DECO RUMAH CITARASA ENGLISH

Sebenarnya sebelum beli rumah baru dulu, saya dan isteri dah sepakat nak buat rumah berkonsepkan English, maksudnya yang banyak bunga-bunga dan warna utama adalah putih. So banyak tempatlah kita pergi survey dan surveydan survey untuk membeli barangan deco bagi menampakkan ke'english'an rumah tu dan salah satu tempat yang banyak barangan berkonsep english selain daripada Vantage, KK Decomart ialah Romantika yang terletak di 5th floor Plaza Alam Sentral. Memang banyak pilihan bagi mereka yang meminati konsep English cuma kalau masa dulu-dulu pergi, harganya masa murah tapi sekarang sebab demand dah tinggi, saya rasa harganya dah mula naik malah KK Decomart pulak yang nampaknya murah sedikit daripada harga barang Romantika, but still ada pilihan barang masih banyak di Romantika.

Cabinet Sesuai Letak Di Bilik Or Ruang Tamu
Selamat Datang
<><><><>
<>
<><><><>
Krringgg Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan

Ding Dong
Cabinet Dan Pasu Bunga
.
Pinggan Untuk Gantung - Bukan Untuk Makan :-)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails