Thursday, December 2, 2010

RESEPI TUMIS BETIK UDANG

Resepi sy kali ni kita pakai buah pulak…asyik resepi daging, ayam dan ikan je, kita tukar selera pulak ye. Resepi ni cukup senang dan mudah serta sedap. Nak-nak kalau makan dengan nasi masa tengah panas2.. perghhh memang menjilat jari dibuatnya. Daripada terliur, baik kita mulakan dengan bahan-bahannya iaitu:
1 biji betik yang hampir masak, diricik atau dipotong panjang.
500 gm udang basah yang dibuang kulitnya
(boleh jugak guna udang kering jika anda mahu… dalam 250gm)
10 tangkai cili padi ditumbuk
Sedikit belacan ditumbuk
5 ulas bawang merah ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya pun senang. Panaskan minyak dan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. Selepas tu masukkan udang dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan betik dan air, biarkan sehingga masak dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails