![]() |
Jomsantaisekejap - The Shop |
Showing posts with label SALES SALES SALES. Show all posts
Showing posts with label SALES SALES SALES. Show all posts
Monday, May 16, 2016
JOMSANTAISEKEJAP - THE SHOP
Tuesday, December 23, 2014
SALES DI RUANG LEGAR SACC MALL
![]() |
Suasana di SACC MALL |
Minggu lepas sempat sy berkunjung ke SACC Mall Shah Alam sambil berehat dan bersantai disana...( tapi sebenarnya masa tu hujan lebat sangat2, jadi terpaksalah sy berkhemah sekejap kat sana )
Di ruang legar SACC Mall ada jualan besar2an barangan berjenama dari kasut, handbag hinggalah pakaian.. Memang kow2 harganya turun. Apa taknya ada yang discount sehingga 70%... Ada orang cakap, masa ni lah nak beli barang2 sementara GST belum dikenakan.. Entah ye entah tidak.... :-)
Apa2 pun bagi sy, yang penting hemah berbelanja. Masa sekarang dalam ekonomi yang tak menentu apalagi dengan harga barangan yang mahal, sana sini harga naik... Harga teh tarik dulu segelas 1.20 sekarang ada yang dah cecah 1.90 walaupun restoran biasa aje. Kuih karipap pun ada yang jual 1 seringgit. Mail dalam cerita Upin Ipin pun jual 2 seringgit..ahaksss...
Sy rasa adalah lebih baik dan dah sampai masanya juadah2 ringan ni kita buat sendiri.. karipap, segala jenis pengat, donut dan macam2 lagi kuih yang simple. Buat sendiri..makan sendiri, kos pun murah dan puas hati...kan kan kan.
Apa2 pun bagi sy, yang penting hemah berbelanja. Masa sekarang dalam ekonomi yang tak menentu apalagi dengan harga barangan yang mahal, sana sini harga naik... Harga teh tarik dulu segelas 1.20 sekarang ada yang dah cecah 1.90 walaupun restoran biasa aje. Kuih karipap pun ada yang jual 1 seringgit. Mail dalam cerita Upin Ipin pun jual 2 seringgit..ahaksss...
Sy rasa adalah lebih baik dan dah sampai masanya juadah2 ringan ni kita buat sendiri.. karipap, segala jenis pengat, donut dan macam2 lagi kuih yang simple. Buat sendiri..makan sendiri, kos pun murah dan puas hati...kan kan kan.
Monday, October 1, 2012
IT FAIR DI ALAM SENTRAL
![]() |
Promosi IT di Komples PKNS |
Hari
minggu yang lepas apa aktiviti anda? Pasti ada perkara2 yang menarik tertarik teh
tarik yang anda lakukan kan kan kan? Sy macam biasalah berjalan sambil
bersantai kesana sini dan kawasan yang menjadi persinggahan sy tak lain dan tak
bukan ialah di Kompleks PKNS Shah Alam dan Alam Sentral. Emmm ada promosi IT di
kedua-dua tempat... Banyak gadget2 computer, laptop dan handphone dijual dengan
harga yang sangat murah. Sy sempat beli beberapa barang termasuk thumbdrive 8G
yang berharga cuma RM10 je. Murahkan? Tapi
mintak maaflah, sy lupa pulak nak tengok promosi diorang tu sampai bila, tapi
rasanya kalau promosi2 macam tu, hari minggu kira hari last kot…ahaksss.
Di ruang
legar Alam Sentral ada persembahan daripada beberapa artis yang sy tak kenal,
tapi memang gamatlah…tapi sound system diorang terlalu kuat sangat sampai kat
booth2 kedai jualan tak dengar apa yang jurujual nak cakap…kena cakap macam nak
menjerit baru dengar..ahaksss.
Wednesday, January 4, 2012
JUALAN DI PADINI
![]() |
Berpusu2 ke jualan padini |
Hari minggu yang lepas, sewaktu sy ke IKEA, seperti yang sy katakan, terlalu ramai orang yang datang kesana, selain diorang ni pergi ke IKEA ataupun The Curve, ramai jugak yang bertandang ke gedung2 pakaian seperti brand outlet dan padini. Jualan pakaian berjenama sehingga ada potongan 70%. Buy 1 free 1 memang berlambaklah, orang yang membeli pun dah macam kat pasar lambak... kadang2 tu ada jugak tempat sy lihat, memanjang aje ada jualan...bulan ni ada jualan, bulan depan bila datang pun ada jugak jualan..jadi bila masa pulak dia jual harga biasa..ahaksss. Kata orang, kenalah jadi pengguna bijak dengan melihat tanda harga atau menbandingkan harga...Mahal tak semestinya tahan dan murah tak semestinya tidak berkualiti. Sy sendiri ada beberapa baju kemeja yang sy masih pakai sehingga kini untuk ke kerja walaupun usia kemeja tu dah hampir 15 tahun!! Bukan nak berjimat tapi memang baju kemeja tu masih tak pudar warnanya dan tak ada cacat celanya walaupun ianya tak ada jenama....so anda ada jugak ke barangan antik?
Tuesday, December 20, 2011
SALES DI SUMMIT USJ DAN GM KLANG
![]() |
Sales di GM Klang |
![]() |
sales di summit usj |
Jangan marah ye kalau sy dok asyik nak buat entry pasal sales, manalah tahukan jika anda semua berada di lokasi yang syg nyatakan, maka bolehlah singgah sambil menjamu mata dan mengosongkan poket atau handbag anda dengan jualan2 murah di sana sini. Kali ni sy nak beritahu anda 2 tempat yang mengadakan sales giler2. Pertama adalah di shopping kompleks Summit USJ dimana ada beberapa lokasi jualan murah di tingkat bawah dan satu....termasuk jualan baju2, kasut2 dan lain2.Sy sendiri rasa macam nak beli...macam nak belilah tapi tak beli, bukannya apa, sebab orang ramai sangat...pilih baju dan seluar macam pilih ikan dan sayur kat pasar...angkat, belek2 dan beli...haaa mudahkan. Jualan jangan cakaplah..ada sehingga 70% dan lelong pun ada...
Lokasi kedua yang ada jualan ialah di pasaraya GM Klang. Kat sini dah jadi lokasi kegilaan bagi mereka yang ingin membeli secara pukal sebab barang2 mmg ternyata murah jika dibeli dengan banyak..Dari pada assecories handphone, minyak wangi, baju, tv dan radio...cakap aje semua ada. Bagi mereka yang belum pernah pergi, sy rekomenkan anda pergilah ke sini.
Saturday, December 17, 2011
JUALAN DI JUSCO
![]() |
Year End Sales di Jusco |
Jusco sales lagi! Sebenarnya dah lama dah pun diorang mengadakan sales iatu daripada 19 Nov 2011 hingga 1 Jan 2012 tapi sy baru berkesempatan untuk pergi kesana, tu pun secara kebetulan kerana tujuan asalnya nak pergi dinner kat salah sebuah restoran di Jusco Bukit Tinggi, Klang. Potongan sehingga 70% terutama di bahagian perfume, kasut dan handbag. Bahagian alat2 dan barangan persekolahan jugak tidak kurang hebatnya diskaun2 serta potongan2...Jadi jangan ketinggalan ye. Dapat gaji bulan ni, kita serbu Jusco.. ahakss.
Sy tak pastilah apa pendapat anda tapi bg sy, kalau di Jusco ni, kalau masa sales, barangan 'branded' dia memang murah...maksud sy barangan seperti perfume, kasut2 berjenama dan lain2 tapi kalau barangan2 harian seperti barangan basah dan kering, agak mahal sikit di bandingkan dengan yang terjual di Giant, Tesco dan Carrefour. Yang penting barang apa yang ingin anda beli dan buat kajian serta bandingkan harga2 mereka bila mendapat risalah2 jualan yang selalu diedarkan di rumah2 kita...wah macam iklan kat tv pulak. anyway, selamat berhujung minggu dan semuga anda semua ceria serta santai selalu.
Sunday, March 20, 2011
JUALAN PARKSON GRAND SEHINGGA 80%
![]() |
Jualan di Parkson Grand |
Semalam waktu berjalan2 di Subang Parade, di ruang legar nya kelihatan ramai orang mengerumuni bahagian situ, sy ingatkan ada artis ke atau celebrity mana yang datang buat show tapi rupa2nya Parkson sedang mengadakan jualan sehingga 80%. Patutlah ramai yang datang...Kita sedia maklum, kalau cakap pasal Parkson ni, harga barangannya mesti mahal sebab barangan yang dijual di Parkson mostly semuanya yang berjenama, jadi bila ada sales sebegini, memang ramai yang berpusu2 untuk membeli belah...lebih2 lagi di penghujung cuti sekolah. Ada jugak pertunjukan badut..emmm tak tahulah sy badut Subag Parade atau badut Mc Donald sebab rupa sama je..:-) Tapi bukan saja Parkson Grand saja yang mengadakan jualan,sy rasa kedai2 accessories dan pakaian serta tudung jugak mengadakan jualan. Ada jugak kedai eletrik mengadakan jualan gudang... bagu mereka yang nak beli tv lebih besar ke, peti sejuk ke...nilah masanya.(wah..macam promoter Subang Parade pulak..) apa-apa pun, selamat membeli belah.
Monday, March 7, 2011
JUALAN DI SACC MALL SHAH ALAM
![]() |
Jualan di ruang legar SACC Mall |
Bila cakap pasal Shah Alam ni, tak kiralah di Kompleks PKNS ke, Alam Sentral ke, Plaza Shah Alam ke, Anggerik Mall ke dan jugak SACC Mall ke..mesti selalu ada jualan terutama baju kurung pelbagai jenis dan juga tudung & shawl. Memang asyik ada jualan je. Macam berjangkit2...Yang terbaru kat SACC Mall yang ada jualan baju kurung, blouse, pants, daripada 30% hingga 50% dan memang cantik-cantik...opssss siapalah sy nak cakap cantik pasal baju perempuan. Emm sedap mata memandanglah :-)
Kalau cakap pasal SACC Mall ni, sy paling suka dengan bau rendang tok yang dijual di bahagian ground floor berhadapan dengan Giant. Memang menyelerakan, cuma harga dia kadang2 tu mahallah jugak. Pernah sy beli RM10, isinya alahai...Kat Kompleks PKNS jugak sekali sekala ada jugak yang menjual rendang tok ni, kadang2 tu sebulan sekali...so apalagi, terjahlah minggu ni. Ada berani?
Monday, December 6, 2010
PROMOSI ALAT MUZIK DI PLAZA SHAH ALAM
![]() |
Jualan peralatan muzik 15% |
Di bahagian pintu masuk Plaza Shah Alam di adakan promosi dan mengadakan diskaun sehingga 15% bagi peralatan muzik seperti drum, gitar dan piano. Di bahagian lower ground pulak, macam biasalah promosi jualan baju dan kain serta ada jugak kelihatan sana sini replica beberapa pokok Krismas dan salji sempena menyambut perayaan Krismas yang akan datang. Plaza Shah Alam sekarang dah tak ada ruang legar lagi seperti dulu. Tak pastilah kalau mereka akan membuat kembali ruang legar. Suasana Plaza Shah Alam pun tak banyak yang menarik walaupun sy rasa ada beberapa kedai baru yang dalam renovation sempena menaik taraf Plaza Shah Alam. Walaubagaimanapun, sy rasa tarikan pengunjung terhadap satu2 shopping kompleks adalah dengan mengadakan pelbagai aktiviti diruang legar mereka kerana itu akan menarik minat pelanggan ke shopping kompleks tersebut secara tidak langsung….
Monday, November 1, 2010
JUALAN MURAH DI SUMMIT USJ
![]() |
Pakaian berjenama hanya berharga RM5 je!! Selain daripada tu ada jugak jualan untuk kasut2, buku2, handbag2 dan pelbagai barangan dengan harga jualan sehingga 70%....Emmm ada satu masalah aje. Jualan tu sy tak pasti sampai bila...lupa nak lihat poster diorang. Harapnya sampai Deepavali sebab sy tgk barangan diorang memang banyak stock lagi...Kalau tak ada lagi. Maafkan kami...maafkan kami. Anyway, hari Ahad lepas ada pelbagai acara yang dijalankan di sana seperti pertandingan tarian, nyanyian dan acara bebas pakai sari pun anda. Seronok tgk gelagat mereka terutama kanak2 yang buat persembahan...Sy rasa kat pentas tu sempena Hari Diwali yang akan datang tak lama lagi. Di samping hari Diwali, ada jugak yang tumpang2 menyambut Hari Halloween ( negara kita tak menyambutnya) dengan mengadakan promosi2 berhantu...tengok poster pun dah tahu...!!! Yang pasti, sekarang ni kat mana2 lagu2 India dan bollywood pulak yang berkumandang... apa lagi kalau bangra....opsss sila jangan goyang kaki anda ye.
Monday, September 27, 2010
JUSCO BABY FAIR

Saturday, September 18, 2010
JUSCO SALES HINGGA 19SEPT
![]() |
Jusco Bukit Tinggi |
Entry dulu pernah saya inform yang Jusco Tebrau Citydi Johor Bahru mengadalan sales hingga 19Sept. Begitu juga dengan Jusco Bukit Tinggi. Saya tak tahulah samada barangan yang ada jualan tu sama bagi setiap cawangan Jusco tetapi kemungkinan besar sama. Walaupun kedengaran lagu-lagu raya masih lagi berkumandang, tapi saya lihat diruang legar Jusco Bukit Tinggi sudah di adakan promosi pesta tanglung dimana pelbagai jenis tanglung dijual disitu. Ramai pengunjung yang datang ke Bukit Tinggi ini maklumlah hari cuti, so semua orang mengambil kesempatan untuk membeli belah sementara ada jualan dan diskaun yang ditawarkan. Antara bahagian-bahagian yang saya lihat menawarkan diskaun sehingga 70% adalah di bahagian kasut dan pakaian. Bahagian-bahagian lain ada juga menawarkan diskaun antara 30 -50%. Selain daripada Jusco, kedai-kedai yang berada di dalam Jusco Bukit Tinggi juga mengadakan jualan seperti FOS, Padini, Bata dan lain-lain kedai. Cuma satu kedai je yang memang tak ada buat sales iaitu kedai Hinode Shop sebab ianya kedai barangan harga RM5 setiap barang :-) anyway, bagi saya memang berbaloi membeli barangan di Hinode Shop sebab murah dan tahan lama...kalau anda kreatif, pasti macam-macam benda anda boleh buat dengan barangan di Hinode Shop terutama barangan yang diperbuat daripada kaca.
![]() |
Ruang Legar Jusco Bkt Tinggi - Pesta Tanglung |
Tuesday, September 14, 2010
JUALAN DI JUSCO TEBRAU CITY
![]() |
Ruang Legar Jusco Tebrau City |
Lama jugak saya tak berjalan ke JUSCO Tebrau City. Hampir 2 tahun rasanya. Tak banyak perubahan yang saya nampak kecuali pertambahan kedai-kedai. Saya bawak mak dan adik2 saya serta family berjalan-jalan sambil belikan diorang ‘hadiah’ Hariraya. Kami makan di Rasa Mas. Lepas tu berjalan ke sana ke sini dan disebabkan kat Jusco Tebrau City ni panjang…memang tak semua tempat dapat kami round dan survey. Kira suku bahagian je yang sempat tengok dan ronda. Di Jusco sendiri ada sales di semua bahagian dan sales tersebut rasanya sampai 19Sept. So, bagi sesiapa yang tinggal di JB, apalagi, terjahlah Jusco sebab memang banyak jualan diskaun disana. Sempat jugak saya lihat ruang legar disana, nampak macam sama je dengan di Subang Parade. Ada beberapa persembahan tarian dan nyanyian diruang legar tapi saya tak pasti samada ada artis terkenal yang terlibat atau tidak sebab ramai yang melihat persembahan mereka.
![]() |
Jualan di Jucso Tebrau City |
Saya sempat bershopping ke Padini dan beberapa kedai pakaian sekitar Jusco termasuk Jusco sendiri yang menawarkan jualan sehingga 70% terutama dibahagian pakaian. Walaupun pada masa itu adalah Hariraya ke 3, tapi kelihatan Jusco Tebrau City penuh sesak dengan orang terutama di restoran2 dan Jusco tidak kira apa kaum, semua ada memenuhkan shopping kompleks tersebut.
Sunday, September 5, 2010
HANDPHONE CSL M525 SL CUMA RM199
![]() |
CSL M525 SL (Slider) |
Entah macam mana, handphone Nokia 6288 saya terkena sampuk virus mana, terus blank screen dia. Puas dok tekan on/off/on/off tapi masih blank jugak. Pergi kedai accesories h/phone diorang cakap nak repair lebih kurang RM150, sedangkan harga trade in phone tu pun dalam RM150 jugak...so lebih baik beli phone baru. Masalahnya dengan keadaan yang dekat nak raya ni, mana ada budget nak beli phone yang canggih2...So misi mencari h/phone pun bermula....Entah macam mana, hati saya tergerak nak ke Carrefour Bukit Rimau dan lepas bertanya di phone booth Nokia, saya singgah pulak ke phone booth CSL. Tanpa bertanya harga terlebih dahulu, Saya bertanyakan handphone touch screen yang murah, yang mana. Salesman tu tunjuk lah CSL M525 SL. Katanya tengah offer sempena Hariraya..so saya kata apalagi yang ada kat M525 tu...dia cakap..
- Touch screen boleh, keypad pun boleh
- MP3 dan MP4
- TV dan FM
- Camera
- Dual Sim Card
- Bluetooth
- Memory Card 2GB
So, lepas tu saya tanyalah berapa harga phone tu. Dia kata cuma RM199. Wowww! Dengan semua spec tu cuma RM199. Saya tak tanya banyak, terus beli....lagipun ada setahun warranty. Akhirnya dapatlah jugak handphone walaupun murah...tapi semua ciri yang saya nak, ada di CSL M525 SL.
( Ada jugak handphone Blueberry WIFI CSL - harganya cuma RM299 - harga asal RM599)
Thursday, August 19, 2010
SALES 50-70% DI SOGO
![]() |
Tingkat 4 SOGO - Jualan pakaian |
Hari ni saya ada urusan di CIMB jalan raja laut, KL. Kebiasaannya saya suka jugak nak kesana kerana sambil pergi sana saya akan singgah ke SOGO untuk bersantai, tapi kali ni sebab puasakan, so saya duduk kat food court sambil memerhatikan orang dan menulis entry ini. Rata-rata kat mana-mana level di SOGO ni mengadakan jualan daripada 30% hingga 70%. Wowwww!! Raya lagi 3 minggu dah sales dah. Macam diorang tahu je yang ada orang dapat bonus.... bukan saya, orang lain. Paling banyak slash ialah kat bahagian pakaian. Seperti pakaian Crocodile sales 50%, Caserini 70%, Durban 70%, Ambrosetti 70%, Camel active 50%, Feraud 70%, Alain Delon 50%, Schwarzenbach 70% dan macam-macam lagi. Bahagian pinggan mangkuk potongan diskaun dari 30% hingga 50%, bahagian handbag dan kasut potongan dari 30% hingga 50%...dan.... macam promoter pulak saya. Anyway, kalau anda semua berjalan ke KL atau ada berdekatan dengan Shopping Kompleks SOGO, singgah-singgahlah kesini. Disini sayup-sayup berkumandang lagu2 raya tapi tak tahu darimana datang, tak seperti semasa saya pergi ke EMPIRE SHOPPING GALLERY di Subang, baru masuk hari ke 4 puasa dah keluar dah lagu raya kat ruang legar diorang...satu shopping kompleks boleh dengar, rasa macam nak dekat je raya......
![]() |
Tingkat 3 SOGO - Jualan Pinggan Mangkuk |
Sunday, July 25, 2010
POTONGAN 50% DI CITY CHAIN
Semalam sewaktu saya berjalan-jalan di Subang Parade, Subang Jaya, saya tengok ramai orang berkerumun di sebuah kedai sampai saya tak nampak apa benda kedai tu jual sebab semua cermin kedai tu tertutup kerana ramai orang melihat daripada luar barangan yang mereka jual. Tapi bila dah dekat, baru saya nampak signboard dia...oooo CITY CHAIN. Jualan 50-60% jam-jam branded diorang rupanya, patutlah ramai orang yang datang berpusu-pusu, bayangkan jam titus berharga RM400 dah jadi RM180...hebat. So memamg ramailah yang datang dan membeli masa tengah buat potongan harga. Kalau tak ada potong macam tu, makna nak beli dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Dalam waktu yang sama, bukan saja CITY CHAIN saja yang buat jualan disitu, tetapi MPH juga ada buat jualan diskaun diruang legar serta banyak lagi kedai. Macam pakat-pakat pulak diorang semua ni :-) Anyway, bagi anda yang berkunjung ke Subang Parade, jangan lepaskan peluang untuk bershooping sementara sales.
Subscribe to:
Posts (Atom)