Hari ni sy nak bagi resepi yang mula-mula sy belajar dulu selain daripada masak air dan maggi. Resepi Telur Masak Sambal memang cukup mudah. Kira kata orang resepi instant jika kita tak mempunyai idea untuk masak yang heavy2.. so mari kita mulakan ye tuan2 dan puan2 chef sekelian.Antara bahan2nya adalah:
3 biji telur yang direbus dan digoreng.
5 ulas bawang merah ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
5 sudu besar cili boh ditumbuk
Sedikit udang kering direndam dan ditumbuk
1 biji bawang besar di potong kasar
1 batang serai
1 sudu serbuk perasa
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Cara membuatnya pun cukup mudah. Panaskan minyak dan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai, daun pandan dan bawang besar dan gaul hingga sebati. Tambahkan air jika anda rasa perlu. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Last sekali masukkan telur rebus yang digoreng tadi dan gaul ...siap untuk dimakan.
eh aku suka gila makan telur hancur masak sambal. nomnomnomnom
ReplyDeletewah sedap...laparnya..
ReplyDelete