Tuesday, November 30, 2010

KATA ORANG CINTA HANYA UNTUK SEORANG

Lumrah manusia untuk bercinta. Naluri cinta terlalu subjektif kerana cinta boleh dikatogerikan kepada pelbagai jenis cinta dan kepada siapa dan apa, dimana dan kenapa. Bagaimana dengan cinta sesama manusia? Ada pepatah mengatakan berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Mungkin pepatah ini kalau kita letakkan diwaktu generasi dulu2 diwaktu zaman muda datuknenek kita, mungkin ada benarnya kerana jarang kita lihat percintaan orang dulu2 berakhir dengan penceraian atau perpisahan.. malah ramai jugak yang bercinta selepas berkahwin. Namun berbeza dengan waktu kini yang mana bukan tak ada, cuma susah untuk kita melihat satu-satu percintaan itu dapat bertahan sehingga ke jinjang pelamin. Kebiasaannya ramai yang gagal dalam percintaan pertama. Kajian yang dibuat di menunjukkan bahwa 30% adalah kedua-dua pasangan yang berkahwin, terlebih dahulu bercinta dengan orang lain. 40% adalah salah seorang daripada pasangan yang berkahwin terlebih dahulu bercinta dengan orang lain.
Mungkin dugaan sekarang lebih complicated daripada dulu. Kehidupan sosial yang tinggi juga kadang-kala mempengaruhi keadaan, ditambahkan pula dengan saluran komunikasi daripada handphone dan internet.. semua ini kadangkala memberi kesan kepada sikap individu, seperti kata pepatah, sekali ombak memukul pantai, sekali itu pantai berubah. Kalau kita takutkan ombak, jangan berumah ditepi pantai….Mungkin ada makna yang lebih mendalam dalam istilah bercinta biarlah satu… Yang pastinya, cinta sejati kita sudah tentu hanya kepadaNya, cinta yang lain hanyalah sementara,

4 comments:

  1. berkawan biar beribu bercinta biar satu

    ReplyDelete
  2. setuju sangat. cinta hakiki hanya untukNya :D

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni selalu terjadi camtu..bercinta lebih dari sekali...moga-moga percintaan yg membawa ke jinjang pelamin tu kekal ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  4. daud - macam pepatah kuch kuch hota hai
    zirconia - ayat tu tak dapat nak disangkal
    Cempakamelati - Amin. Harapan semua memang macam tulah dan bagi yang sudah bertemu harap berkekalan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails