Lama benar tak buat sajak. Kali ini saya buat sajak pasal ...emmm hujan sebab hujan asyik turun je lately ni..
Pendam, rendam, kelam, selam.
Bilakah fenomena ini akan terhenti
Kupukul, kuhentak, kuhempap, ku singkap
Namun tak pernah ada segenggam harapan
Deraian titik hujan membasahi bumi
Seiring selari bersama pilu airmata
Menari, menyanyi senada sepi hati rindu
Tanpa tahu niat hati yang lupus
Tanpa melihat kusut akal berombak dusta
Hujan masih menitis, hujan masih menangis
Percikan alunan gitar memecah sunyi
Membawa lagu jauh terpinggir
Tatkala mereka pergi bersama bisikan cinta
Dan aku ditinggalkan sebeginii
Bilakah hujan mahu berhenti
Bilakah derita bertemu nokhtah
yay saya suka sajak. puitis, tapi mudah difahami =)
ReplyDeletesajak kat dalam blog ni semua saya buat spontan.. jadi kalau keluar ilham yang tersembunyi, maka tu yang kena baca 2,3 kali baru faham.. nnt next time saya buat sajak yang mudah faham ye...
ReplyDeletetakpe, saya boleh faham lagi. saya pun kalau buat sajak, spontan je. tulis je apa yg ada dlm kepala :)
ReplyDelete