Pintu masuk ke Muar selepas jambatan |
Saya bermalam di Muar sebelum menyambung perjalanan ke KL esoknya. Salah satu destinasi tempat makan yang paling saya suka di Muar ialah Bentayan. Lokasinya bersebelahan dengan bus stand Muar. Dulu pernah saya ceritakan serba sedikit tentang keistimewaan dan pelbagai makanan yang dijual disini dan makanan kegemaran saya di Bentayan ialah Mee Bandung Muar dan juga tahu bentayan. Saya jugak ada memberikan anda resepi tahu bentayan pada entry yang lepas. Dulu pernah ada orang jual nasi beringin yang jugak merupakan makanan kegemaran saya tapi gerainya dah lama ditutup, tapi ada satu gerai makan di tanjung agas yang menjual nasi beringin dengan lauk seperti ayam, daging,limpa dan kambing. Malam ni saya order Mee Bandung Muar dan jugak teh tarik. Makanan kat sini masih lagi murah. Harga minuman asas masih lagi pada harga RM1 dan harga Mee Bandung ialah RM3. Harga tahu bentayan pulak pada harga RM2…. Cukup murah bukan. Di Muar ni, satu keunikannya adalah apabila menjelang pukul 9 je, hampir semua kedai-kedai kecuali supermarket dan hypermarket, akan menutup operasi, maka kita akan lihat sepanjang jalan dalam bandar agak lengang...bukan dengan kereta, tapi dengan kedai-kedainya sebab kereta masih lagi penuh di jalan-jalan dalam bandar.
Bentayan Muar sentiasa penuh |
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài