Friday, September 3, 2010

KATA ORANG CINTA PANDANG PERTAMA SUKAR DILUPAKAN

Gambar Hiasan
Kalau cakap pasal cinta pandang pertama ni selalu bunyi ceritanya indah2. Almaklumlah, kali pertama. Kebiasaanya kali pertama nilah yang kita akan ingat. Kali pertama masuk university. Kali pertama berjumpa seseorang. Kali pertama memandu kereta. Kali pertama bekerja. Kali pertama berkahwin..ops, Kali pertama mendapat anak….so, secara umumnya cukup puitis untuk digambarkan. Begitu juga dengan cinta pandang pertama. Tapi kena ingat, cinta pandang pertama tak semestinya cinta sejati. Dan cinta pandang pertama tidak semestinya cinta monyet. Cinta monyet ni kira macam cinta syok sendiri lah. CInta yang terlalu cepat dan tak kena tempat….wahhh. CInta pandang pertama ni tak semestinya pasangannya tahu, ada juga yang bercinta dari jauh. Nampak saja seseorang, dia terus jatuh cinta. Ada jugak yang tak dapat kawal perasaan, straight terus menyatakan perasaan dia pada orang yang dia “jatuh cinta” pertama kali memandang. Tapi betul ke cinta pandang pertama sukar untuk kita lupakan? Apa yang membuatkan sampai kita susah untuk melupakan cinta pandang pertama? Secara logiknya, walaupun cinta pandang pertama tidak semanis mana, tetapi kerana ianya adalah kali pertama, maka lumrah dan logiK kehidupan, setiap yang pertama akan terus berpaku diingatan kita. Jika tidak ada yang pertama, tidak mungkin ada yang seterusnya….emmm lain macam pulak bunyi ayat ni. Contohnya beli kereta. Kalau tidak ada kereta Datsun 100A yang pertama kali saya beli dulu, tak adalah kereta Waja sekarang yang saya pakai….macam tulah cinta pandang pertama. Tidak kira macam mana pengakhiran cinta pandang pertama kita, ianya akan tersemat di dalam sanubari kita sebagai permulaan melangkah kealam cinta yang lebih matang dan penuh pancaroba….Kata oranglah.

5 comments:

  1. betul..cinta pertama. w/pun x seindah yang diharapkan tp itulh yg slalu kite ingat.

    ReplyDelete
  2. wahh yusz78, macam pernah melalui aje? harap kalau ianya berlaku,ada kenangan terindah yang dapat anda bawa ingat sampai bila2.

    ReplyDelete
  3. cinta pandang pertama or cinta pertama a.k.a first love..?berbeza tu..:)

    ReplyDelete
  4. pandainya cikgu bahasa ni..sampai tajuk pun dia kaji

    ReplyDelete
  5. Mcm lagu samson kenangan terindah..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails