Tuesday, September 7, 2010

RAYA DULU RAYA SEKARANG

Saya tak tahu anda semua generasi dulu atau sekarang, tapi yang pastinya terdapat perbezaan Raya dulu dan Raya sekarang. Saya ni kira generasi yang tengah-tengah, dulu tidak sekarang pun tidak... :-) play safe. Antara perbezaan yang saya nampak adalah:
1) Raya dulu, bila budak-budak nak raya, diorang akan beri salam ramai-ramai dan bila dijemput masuk, mereka akan makan dan minum dengan seronoknya, lepas tu bersalamam. duit raya tu kira macam bonus. kalau ada ok, kalau tak ada pun ok. Raya sekarang, diorang akan beri salam dan awal-awal dah cakap ada berapa orang yang datang, sebab senang tuanrumah nak bagi duit raya. Kalau dijemput masuk, belum pun air dihidang, muka dah masam bertangkuk sebab nak cepat balik. Kadang2, tuanrumah ada jugak yang cakap nak raya atau nak duit.. ini dipanggil win-win situation. Budak2 tak payah tunggu lama dapat duit raya, tuanrumah tak payah susah2 nak basuh gelas.. :-)
2) Kalau raya dulu, jiran sesama jiran akan bertukar-tukar kuih2 yang mereka buat sebelum Hari raya tiba sebab itu orang dulu dulu walaupun kuih buat cuma 3 atau 4 jenis, tapi bila raya nampak banyak sebab diorang bertukar2 kuih dengan jiran. Raya sekarang, sebelum hariraya, jiran sesama jiran bukan bertukar kuih, tapi bagi sample kuih, kalau terasa nak kuih yang diorang kenan, nanti ambik order.
3) Raya dulu walau susah macam mana pun, kuih mesti buat sendiri. Yang hairannya, dengan keadaan tidah secanggih sekarang, masak guna sabut kelapa atau kayu api, namun kuih raya tetap banyak. Raya sekarang, kuih masih dalam kuantiti yang banyak, tapi semua dalam balang. Kata orang kuih tunjuk.
4) Raya dulu budak2   bila malam mesti main mercun dan bunga api. Kadangkala diorang main mercun buatan sendiri, Raya sekarang, masih sama jugak cuma. ada jugakyang buat mercun buatan sendiri, cuma bilangan yang masuk hospital yang berbeza...dulu tak ada pulak kes masuk hospital bila main mercun buatan sendiri, sekarang... balut mata, balut tangan, balut kaki.....
5) Raya dulu, semua anak beranak akan berkumpul bersama keluarga dan menyambut raya dengan gembiranya tidak kira dimana mereka bekerja. Raya sekarang mereka masih berkumpul tapi berlainan waktu. Ada yang dapat bercuti sebelum raya, ada yang dapat datang selepas raya...mereka masih menyambut dengan gembira, iaitu gembira sebab dapat balik cepat..
6) Raya dulu, kalau kita bagi duit raya, bagi budak2 yang tak kenal, kita akan bagi duit raya tanpa sampul, so boleh nampaklah samada 10 sen ke, 20 sen ke 50 sen ke... Raya sekarang, kena bagi sampul sebab kalau tak bagi, depan-depan tuanrumah diorang sama diorang bercakap " 50sen je dapat"
7) Raya dulu, kalau ada budak2 yang datang beraya, kita akan sambut dengan gembiranya dan kebiasaanya kita mengenali diorang yang datang, mungkin daripada kampung yang sama atau berdekatan. Raya sekarang, budak2 ni datang bawak spy (biasannya naik basikal, dia jadi tukang survey...cari rumah nak beraya) Jadi kebiasaanya, memang kebanyakkan yang beraya memang tuanrumah tak kenal darimana diorang datang...
Sebenarnya banyak lagi perbezaan raya dulu dan sekarang, tapi mata saya pun dah tak dapat nak menahan kengantukan, maka saya stop kat sini dulu. Maybe anda semua story perbezaan raya dulu dan sekarang, jom kita share.....

1 comment:

  1. betulla..
    dulu kalau beraya, biskut kalau boleh semua nak cuba..
    sekarang ni apa yg saya perhati, biskut kurang, tp lebih pada kerepek2..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails