Wednesday, September 29, 2010

BILA HUJAN TURUN


Pendekar Bujang Lapuk
"Ani, angkat jemuran! Hujan dah turun.” Masihkah anda ingat dialog yang sentiasa terngiang-ngiang setiap kali melihat hari hujan? Of course pasti sure dah tentu anda ingat, daripada cerita Pendekar Bujang Lapok dialog Pendekar Mustar dari Kg Pinang Sebatang. Sejak kebelakangan ini hujan mula turun setiap petang dan kadangkala daripada pagi awan hitam sudah mula berkumpul berdiskusi bila nak turunkan hujan. Bila hujan2 begini, perkara pertama ianya akan mempengaruhi suhu air cond kita menjadikan air cond kita semakin sejuk. Bila air cond sejuk, ianya akan mempengaruhi tahap kecerdasan kita untuk membuat kerja yang akan menjadi semakin layu dan sayu. Bila tahap kecerdasan kita semakin layu dan sayu, ianya akan menjadikan kita semakin mengantuk dan mengantuk dan mengantuk. Bila kita semakin mengantuk, maka ianya akan memberi kesan kepada idea yang hendak kita masukkan dalam entry kali ini menyebabkan entah apa-apa keluar daripada fikiran kita… Tapi dalam entah apa-apa yang keluar tu, tangan ni masih lagi menaip dan idea datang bertimpa-timpa seperti bak kata pepatah, mengikat guni sekuat tidak, bocor dibawah mencurah-curah ( Jangan cari dalam Kamus Dewan Bahasa, memang tak ada…seperti yang saya cakap, idea tengah datang. Pepatah pun boleh keluar )
Awan Yang Pilu

Sebenarnya saya suka kalau huja turun waktu pagi sebab dapat memulakan kerja dengan suasana yang sejuk dan nyaman, fikiran fresh, motivasi tengah tinggi dan idea (idea lagi ) tengah banyak. Kalau hujan turun petang, saya tak boleh nak tumpukan perhatian kerana saya asyik terbayang…Jam ke tidak nak balik nanti? Apa2 pun, hujan tetap hujan, panas tetap panas. Terima dengan seadanya kerana itu semua ada rahmatnya.


2 comments:

  1. tapi kalau panas pun tak boleh buat kerja.
    hangat ....haha

    ReplyDelete
  2. bayangkan kalau cuaca panas, air cond pulak rosak, kebetulan air pulak tak ada kena potong, kerja pulak banyak, dalam masa yang sama boss bising2, pen pulak tak ada dakwat, komputer pulak buat hal, mesin photocopy pulak tak ada toner....perghhhh.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails