Sunday, September 5, 2010

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK ALA SANTAI

Ingat tak lagi entry pasal nasi lemak dulu? Saya ada mention yang sambalnya saya akan bagi resepi kemudian sebab saya nak bagi resepi sambal ala santai. Jadi sudah bersedia tuan2 dan puan2, mari kita teruskan dengan bahan-bahannya iaitu:

500gm Ikan bilis, ditumbuk halus
500gm udang kering jugak ditumbuk halus
200gn daging yang direbus separuh masak, kemudian ditumbuk halus.
600gm bawang merah
300gm gula halus
300gm cili kering, dikisar halus
1 cawan asam jawa
1 biji bawang besar dihiris besar
Garam secukup rasa
Setengah biji lemon
4 cawan Minyak masak

Cara membuatnya adalah bawang merah digoreng sehingga garing, kemudian diasingkan.
Goreng cili kering yang dikisar sehingga naik bau dan kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam sehingga sebati dan menjadi  garing. Kemudian masukkan ikan bilis, udang kering, daging dan bawang besar dan kacau sehingga sebati dengan api perlahan. Tambah air jika perlu. Dalam 30 minit kemudian, masukkan bawang goreng yang diasingkan tadi dan kacau sampai rata. Akhir sekali, lalukan perahan lemon dan kawau sedikit dan boleh dihidangkan.......

2 comments:

  1. nice one.. thanx..
    boleh tulis dalam buku resepi peribadi neh.. heheee...

    ReplyDelete
  2. p/s: thanks..should try one day...and salam santai.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails