Wednesday, September 29, 2010

I-CITY DAN KELIP-KELIP

Sebatang pokok berharga RM1,400. Ikut pada saiz.
Sana sini memperkatakan tentang i-city yang penuh dengan cahaya berwarna-warni, penuh dengan keindahan dan gemerlapan lampu. Maka ramai jugaklah pengusaha nursery pokok2 menghasilkan pokok2 yang boleh menghasilkan cahaya-cahaya yang pelbagai warna, tapi jangan salah sangka pulak, bukan pokok tu yang mengeluarkan cahaya tetapi ianya di reka seperti pokok yang menghasilkan bunga dan daun yang bercahaya seperti yang terdapat di i-city. So lain kali, tak payah nak ke i-city, kat rumah sendiri dah ada pokok yang bercahaya. Tapi anda jangan pulak terperanjat bila melihat harganya sebab sebatang pokok yang sederhana besar berharga dalam RM1,400.00! Yang tak ada pokok, Cuma bunga atau daun bercahaya dalam 4 @ 5 tangkai berharga dalam RM500.00. Emmm gamatnya kena pergi i-city jugaklah rasanya  tetapi bagi mereka yang ada modal dan inginkan kelainan dalam rumah mereka, anda boleh membelinya di nursery2 pokok atau kedai lampu ( Saya jumpa di nursery Carrefour Bukit Rimau )
Kg Kuantan terkenal dengan kelip2. Ehsan Google

Bila kita cakap pasal lampu-lampu bercahaya waktu malam, masa zaman dulu2 dikampung, ada juga tempat-tempat yang mempunyai cahaya2 diwaktu malam tanpa cahaya2 lampu. Sumber semulajadi alam yang menerangi malam daripada serangga yang kita panggil kunang-kunang atau kelip-kelip atau dalam bahasa Inggerisnya fireflies. Sekarang ni, sungguh payah untuk kita jumpa serangga ini dan saya pernah melihat kunang2 ini di Kampung Kuantan, dekat Kuala Selangor dimana untuk melihat kunang2 ni kena menaiki sampan dan berkayuh sepanjang 100m untuk melihatnya di celah2 pokok pada waktu malam…. Dan kena bayaran sebanyak RM10 seorang kalau tak salah saya..waktu tu. Its very special species yang cukup menakjubkan dan anda seperti melihat bintang2 berkerlipan pada waktu malam….

2 comments:

  1. tak pernah lagi pergi i-city tu. dah tau jalan maka boleh pergi lepas nie. tapi paling kesian, saya tak pernah tengok kelip-kelip. heee~

    ReplyDelete
  2. dah tahu jalan ke i-city tu kira dah bolehlah set time pergi sana lepas ni...
    memang susah nak jumpa kelip-kelip sekarang ni. Dulu saya pernah tangkap kelip2 masa jalan2 kat UiTM Shah Alam. tak tahu dari mana sesat sekoe je.. Saya masuk dalam botol dan bila malam dia berkelip2.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails