Cuba anda bayangkan….bayangkan…bayangkan. Sebenarnya lagi elok jika anda dapat memejam mata seketika tapi kalau dah pejam mata, macam mana anda nak baca pulak.. So sekali lagi, ambik mood dan bayangkan. Tenangkan fikiran anda dan cuba bayangkan……
Seorang ibu yang sedang sarat mengandung menaiki bas. Ditangannya ada seplastik beras. Dalam dia menahan kandungannya yang membesar, dia tahu anak yang bakal dilahirkan ini akan kelak memberikan kebahagiaan kepadanya…kecomelan anak yang dikandungnya akan memberikan seribu senyuman kepada hidupnya. Tiba-tiba bas tersebut berhenti mendadak menyebabkan plastik beras yang dipegangnya jatuh dan beras bertaburan disana sini. Dengan perlahan dia membongkokkan diri mengutip biji2 beras tersebut kerana semuanya amat diperlukan oleh anak dalam kandungannya itu. Sekali sekala kedengaran keluhan dan kesakitan. Orang yang memandang hanya mengeleng tanda kasihan tapi tidak tahu untuk apa dia berbuat begitu. Bagi si ibu, semuanya dilakukan demi anak yang bakal dilahirkannya. Demi anak yang akan menjaganya kelak jika dia sudah tua.
Sesampai di destinasi, si ibu turun daripada bas dan berjalan di terik kepanasan matahari. Bagi si ibu, hujan dan panas sudah menjadi kebiasaan, asalkan anaknya tidak melalui semua itu. Bagi si ibu cukup berbaloi untuk dia menempuhi. Bayangkan kesemua yang dilakukan itu hanya untuk membeli se plastik beras yang terpaksa dibelinya daripada kedai yang terletak 2km daripada rumah.
Penantian penuh kesabaran akhirnya berakhir apabila lahirlah seorang bayi yang cukup comel membuatkan segala penderitaan si ibu hilang, segala kesakitan dan kesukaran lenyap apabila lahirnya bayi dalam kehidupannya. Bermulalah satu tanggungjawab baru mendidik dan membesarkan bayi itu agar menjadi orang yang berguna. Manusia disekeliling tidak pernah tahu apa yang dilaluinya. Walau gigitan semut sekalipun siibu sanggup membawa anaknya kekelinik, kerana baginya biar semua yang terbaik untuk anaknya, biar semua yang teratur untuk anaknya…biar si ibu menanggung setiap bebanan demi melihat anaknya bahagia dan gembira dan alangkah gembira apabila si anak yang sudah petah bercakap berjanji akan menjaganya bila besar nanti.
Bayangkan apabila si anak yang baru keluar daripada Universiti dan mendapat kerja. Semakin hari semakin jarang si anak menjenguk ibunya yang semakin uzur. Anaknya terlalu mengejar kepada kemewahan dunia dan sentiasa saja ada alasan untuk tidak balik kampong. Tangisan ibu sudah tidak dapat dibendung lagi. Di tikar sejadah si ibu menadah tangan memohon agar diberi kerahmatan kepada anaknya biarpun anaknya tidak menjenguk dan menziarahinya..hingga ke hujung nyawa, si ibu masih terus berkorban demi melihat anaknya bahagia dengan kehidupannya. Bayangkan setiap butir beras yang dikutipnya dengan perit, hanya untuk memberikan yang terbaik kepada anak yang dikandungnya.
Bayangkan kalau sibu itu adalah ibu anda dan si anak itu adalah anda…………
Hargailah orang tua sekali mereka masih ada.. Anda tahukan apa yang perlu anda buat di Hariraya nanti.
sedih ceritanya..menyentuh hati..huw...
ReplyDeletep/s: tu baru suruh bayangkan je...
ReplyDelete