Emmm...kenapa ye macam tu? Kata orang, kalau kawan karib menjadi kekasih, maka secara automatik, dia akan kehilangan seorang kawan karib tetapi mendapat seorang kekasih. Segala-galanya akan berubah samada dari segi layanan, percakapan, topik perbualan, gurauan samada sesama sendiri atau pun dengan orang lain.. yelah, masa jadi kawan karib, tak ada rasa cemburu..kalau ada pun cemburu sebagai kawan, tapi bila dah jadi kekasih, ada pulak perasaan cemburu. Kenapa kena berubah? Kenapa tak boleh kekal segalanya sebagaimana semasa kita berkawan rapat? Sebab tu kalau kita tengok cerita-cerita dalam slot cerekarama ke, ada kisah2 dimana seseorang tu sanggup kehilangan kekasih daripada kehilangan seorang sahabat. Bayangkanlah, selama ini kita sentiasa berkongsi suka duka, segala kepahitan hidup, kegembiraan, cerita kehidupan ...semua dicurahkan dan diluahkan kepada kawan karib kita...tiba-tiba satu hari kita mencurahkan pulak luahan rasahati bahwa kita sayang pada kawan kita tu...Ada pepatah mengatakan bahwa kawan gembira kat mana-mana boleh cari, kawan menangis amat sukar untuk dijumpa. Ada jugak keadaan dimana kerana kita terlalu sayang dan takut kehilangan seorang kawan karib, maka segala yang perasaan dalam hati terpendam begitu saja tanpa diluahkan dengan kata-kata kerana takut disalah erti atau berlaku salah faham...kawan menjadi kekasih, kata orang.
tak sanggup tengok kawan karib cuba hancurkan hubungan kawan baiknya sendiri yg telah berjumpa kekasih baru...sedih sgt...
ReplyDeletetu yang susah kalau kalau kawan makan kawan. Macam mana nak jumpa kawan sejati kalau dah macam ni?
ReplyDeletekawan karib susah kalau suddenly fall in love.. aku da penah rasa.
ReplyDelete