Thursday, September 2, 2010

RESEPI BISKUT KURMA ALA SANTAI

Buat resepi daripada kurma pun sedap jugak. Mana tahu, kot-kot pada minggu ke 3 ni, rasa-rasa macam terlebih buah kurma 2,3 kotak ke...atau berpuluh2 biji ke, apa kata kita buat biskut kurma. Boleh jugak dihidang untuk menjamu saudara2 masa Hari raya. So mari kita start buat biskut ni. Bahan2 buat biskut ni secara umumnya sama aje, tapi untuk menyedapkan, kita tambah itu ini situ sini sikit biar nampak dan rasa lagi sedap....
Bahan-bahannya adalah:
3 @ 4 cawan tepung gandum serbaguna ~ ikut selera anda 
1 sudu teh baking powder
secubit garam
6 sudu besar mentega
1 cawan gula perang ( boleh jugak guna gula halus ) 
1 cawan susu uht/fresh milk
1 sudu teh essen perasa vanilla
1 cawan kurma yang dicincang
250gm chip cokelat
1 biji telur

Masukkan mentega dan gula perang, kemudian pukul hingga sebati. Masukkan telur dan pukul. Masukkan essen vanilla, baking powder dan secubit garam. Kemudian masukkan susu uht mengikut takat mana rasa lemak yang anda mahu.
Masukkan tepung berperingkat2, kurma dan cokelat chip berperingkat-peringkat dan gaul sehingga sebati. Sampai adunan terasa secukup rasa dan mudah untuk diterap, kemudian buat bentuk mengikut kesukaan anda dan bakar selama 10 minit dalam oven pada 180C.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails