Tiba-tiba sy teringat dengan salah seorang ustaz yang pernah mengajar sy semasa sy belajar di Sekolah berasrama penuh. Ketika itu sy dalam tingkatan 4 atai 5. Sebenarnya ustaz ni bukanlah mengajar matapelajaran ugama tetapi dia mengajar matematik,oleh kerana setiap kali kalau dia mengajar matematik, dia akan selitkan cerita2 ugama, kalau kat surau dia yang sentiasa mengimamkan kami, kalau masa makan, dia akan pastikan kami makan ikut sunnah…so sebab itu kami panggil dia ustaz. Teringat sy pada satu kisah mengenai penghijarahan yang pernah dia ceritakan. Ceritanya lebihkurang begini:
Ada 2 orang sahabat karib yang duduk serumah namun mempunyai 2 sifat yang berbeza. Umar sangat taat kepada perintah Allah dan sentiasa rajin mengerjakan solat manakala Basir suka minum arak dan berjudi serta sentiasa pergi kerumah pelacuran. Walaubagaimanapun, bila mereka dirumah, Umar dan Basir tidak akan menegur antara satu sama lain mengenai sikap dan sifat masing2 atas dasar persahabatan sehinggalah satu ketika Umar membuka mulut apabila Basir balik dalam keadaan sedikit mabuk.
“Basir, kenapa kau tak mahu berubah? Kan kau dah berjanji yang kau tidak akan minum arak lagi?” Umar berkata kepada sahabatnya.
“Ya Umar. Aku berjanji tidak akan minum di sini, tapi bila aku diluar rumah, aku bebas untuk minum, cuma hari ini aku minum lebih daripada biasa sedikit . Aku minta maaf kalau kau terganggu.” Basir sedar kesliapannya itu.
“Apa yang bagus sangat dengan meminum arak. Kau berkhayal kesana kesini. Berzina dan berjudi tanpa haluan. Hidup kau hanya penuh dengan dosa ya Basir.” Umar cuba menyedarkan Basir walaupun dia tahu semua itu hanyalah sia-sia saja.
“Baiklah…ya sahabatku Umar. Esok aku akan tunjukkan kepada kamu segala tempat yang aku pergi dan kau pulak tunjukkan aku tempat Tuhanmu, kita tengok tempat mana yang dapat menenangkan jiwa” Basir memberikan satu cadangan.
Keesokkannya mereka pun pergi dan Basir menunjukkan dahulu tempat sarang pelacuran, kedai2 minuman arak serta tempat perjudian dan kemudian Umar pulak membawa Basir ke masjid dan melihat suasana mereka sembahyang dan mengaji serta memohon keampunan daripada Tuhan.
Pada malamnya, sewaktu sebelum tidur, Basir teringat kepada masjid yang di singgahnya tadi dan tiba-tiba terdetik dihatinya rasa keinsafan dan kekesalan diatas perbuatannya lalu menangis kerana beliau telah banyak melakukan dosa selama ini. Umar pulak teringat kepada tempat2 yang dibawa oleh Basir dan tiba-tiba terasa hidupnya penuh dengan kerugian kerana tidak dapat menikmati kehidupan dunia dan terdetik di hatinya untuk mencuba apa yang telah dilakukan oleh Basir.
Pada malam itu jugak, rumah mereka telah terbakar secara tiba-tiba dan kedua2 sahabat itu meninggal dunia. Di pendekkan cerita, walaupun hidup Basir dipenuhi dengan dosa, namun hanya kerana sedetik perasaan taubat dan keinsafan dihatinya, beliau dijanjikan syurga oleh Allah manakala Umar yang setiap masa sentiasa menurut perintah Allah dan bersolat tetapi kerana berniat dan perasaan ingin melakukan kejahatan dan maksiat, maka Allah menempatkannya di pintu neraka.
Salam Maal Hijrah dari jom santai sekejap