JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, December 30, 2010

SELAMAT TINGGAL AZAM

Bila tahun baru datang je, mesti kita akan dikaitkan dengan azam. "Apa azam baru?" persoalan yang selalu ditanya. Jika dikumpul2 daripada tahun dulu2 sehingga sekarang, berapa banyak azam yang kita berazam? Berapa banyak pulak yang sudah tercapai dan yang tidak? Perlu ke kita berazam setiap kali tahun baru datang? Setakat mana bertahannya azam tersebut. Ada orang berkobar2 berazam itu ini situ sini tapi hanya berkobar2 pada bulan pertama saja, masuk bulan kedua, ketiga dan seterusnya, bayang azam tu pun hilang....kecuali sesiapa yang berazam nak kahwin :-) Walau apa pun, apa yang perlu kita ingat, bila tahun berganti tahun, azam berganti azam, umur kita jugak akan berganti angka dan rasanya azam kita tu pun kenalah sejajar dengan kenaikan umur kita..sekurang2nya menjadi seseorang yang lebih baik daripada tahun lepas. Bukan setakat baik semasa bulan Ramadhan aje kerana segala perubahan itu bergantung kepada niat dan tujuan kita.
Bercakap pasal azam ni, sy ada seorang kawan yang bernama Azam. Semasa kami bersekolah menengah dulu ( sekolah berasrama penuh ) dia merupakan seorang gangster. Sesiapa yang terserempak mesti akan kecut perut. Gangster tak adalah sampai pukul orang, tetapi buli membuli tu biasalah. Sy sendiri walaupun satu batch dengan dia, kalau bertembung pun gerun jugak dibuatnya. Paling tidak, jangan pandang dia..kalau tak mesti ada je yang tak kena. Pendek cerita, semasa kami form 4, perangai dia sedikit demi sedikit mula berubah. Dengan sesiapa saja dia mula bertegur termasuk sy, malah 'geng' dia semua pun berubah jugak..siap ada yang tak pernah ke surau, boleh pergi surau tu...( opsss sy nak tergelak sekejap sebab tak boleh bayangkan gangster yang tak pernah sy lihat pakai kain pelikat, tiba2 satu hari sy nampak diorang satu group pergi surau pakai kain pelikat )..Mungkin itulah agaknya azam diorang bila naik form 4, nak berubah agaknya.
Malangnya Azam dan beberapa orang rakannya terpaksa dibuang sekolah pada penghujung tahun tersebut kerana bergaduh dengan beberapa orang gangster daripada sekolah asrama berdekatan. Nak jadi cerita.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails