JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Saturday, December 18, 2010

RESEPI KUPANG REBUS ALA SANTAI

Resepi kali ni, emm tak pasti sy nak panggil resepi atau tidak sebab caranya cukup mudah. Sy ni memang suka makan kupang, jadi tidak kira masak style apa, kupang memang favourite sy. So hari ini, sy akan berikan cara masak kupang rebus. Antara bahan-bahannya adalah:
Kupang segar yang dijual dengan kulit sekali ye.
2 biji bawang besar dipotong kasar
5 biji bawang putih diracik
Sedikit halia diracik
1 batang serai
Sedikit daun kunyit
3 batang cili merah dipotong halus
2 helai daun pandan diikat.
Garam secukup rasa.

Cara membuatnya mudah aje. Panaskan air dalam suku periuk atau setengah daripada paras kupang. Masukkan semua bahan dan tunggu sehingga naik bau. Masukkan kupang dan rebus dalam 5 minit saja sebab kalau lama sangat kupang akan mengecut dan rasanya pun tidak berapa fresh. Lepas tu dah boleh angkat dan nak sedap, cicah dengan sambal kicap…pergghhh.

1 comment:

  1. ohh kupang... sedappnyeeerr. nih ada 1 link boleh buat delivery kupang: https://www.facebook.com/kupangwarisan

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails