JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, December 29, 2010

JIKA HATIMU BENAR2 SAYANG..LEPASKANLAH

“Kalau kau benar-benar sayangkan dia, kau kena lepaskan dia dari ingatan kau. Dia bukan lagi milik kau dan kau tak lama lagi akan berkahwin dengan Razman” Aida cuba menasihati Diana yang masih sugul dengan apa yang terjadi pada dirinya.
“Aku tahu tu. Tapi kau pun tahu bagaimana aku berpisah dengan dia. Semua tu bukan kehendak aku dan perkahwinan aku dengan Razman pun bukan atas kehendak aku jugak. Itu semua atas perancangan keluarga aku yang mementingkan nama dan pangkat” Diana layu keresahan.
“Aku faham Di. Aku faham. Tapi inilah hakikatnya yang kau kena terima. Tidak semua perkara yang kita rancang dan impikan akan menjadi kenyataan” Aida cuba menenangkan Diana sambil memujuknya menerima ketentuan qada’ dan qadar.
“Aku rasa seperti berdosa. Aku terasa seperti aku yang mengkhinanati cinta aku dengan Daniel. Masa aku bawak dia jumpa keluarga aku dulu, kau tahu betapa teruknya dia kena sindir dengan bapak aku hanya kerana dia bekera sebagai kerani bank? Aku hanya mampu terdiam tanpa dapat membuat apa2 untuk membela dia.” Kesayuan dan kekesalan jelas terbayang dari airmata Diana yang mula menitis.
“Biarkan perkara itu menjadi satu kenangan dalam hidup kau Di. Kau kena fikirkan tentang Razman. Dia benar2 sayangkan kau. Takkan kau sanggup nak mengecewakan Razman yang telah banyak mencurahkan kasihsayang dia sepanjang kau berpisah dengan Daniel?”
“Itu aku tahu. Aku jugak rasa bersalah terhadap dia kerana aku tak mampu untuk menyintai dia. Walaupun dia tahu dia bukan dihatiku”
“Then..tak perlulah kau fikirkan tentang Daniel. Aku yakin Razman jugak mampu membahagiakan kau Di. Biarkan yang berlalu itu berlalu. Satu hari nanti kau pasti dapat melupakannya.”secebis harapan Aida semuga rakannya itu mampu melupakan kenangan pahit masa lalu.
“Kenapa kau begitu yakin yang aku akan bahagia dengan Razman?”
“Kerana dia benar-benar menyintai kau Diana. Bagi dia, tiada orang lain dihatinya selain daripada kau..” Aida terus meyakinkan Diana untuk meneruskan perkahwinannya itu.
“Aku yang akan berkahwin dengan Razman pun tak yakin dan mampu mengharungi hidup, macam mana pulak kau?” Diana seperti tidak percaya yang Aida boleh begitu yakin dengan Razman berbanding Daniel.
“Kerana aku telah melepaskan dia untuk kau Di. Kerana aku benar2 menyintai dia, namun dia hanya menyintai kau Di…hanya kau” luah Aida lalu meninggalkan Diana yang semakin kekusutan.

3 comments:

  1. wow. unexpected ending. :) betullah tu, kalau tak ada jodoh buat macam mana pun terputus juga. huhuhu

    ReplyDelete
  2. baeknye dpt kawan mcm tu.. snggup berkorban demi org lain.. hmm.. penuh makna ..

    ReplyDelete
  3. ada lagi ke sahabat yg mcm tue ea?hurmmm...kalo dah bukan jodoh,dia ttp takkan jdi milik kite...huhu

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails