JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, December 5, 2010

APA YANG PENTING....KERJASAMA

Kadang-kadang bila berlaku satu perpecahan dan perselisihan faham dalam apa jugak bentuk kumpulan samada dirumah mahupun pejabat, kawan mahupun saudara kita akan kaitkannya kepada persefahaman dan kerjasama. Selalunya bila cakap pasal kerjasama ni, kita akan memberikan sifat semut sebagai contoh yang terbaik dimana mereka sentiasa berkomunikasi dan berkerjasama dengan baik walaupun pelbagai halangan menimpa. Begitu jugak kita sebagai manusia biasa. Opsss hari ni oleh sebab weekend maka entry pun kira bebas. Ikut sedap tangan nak menaip… Sebenarnya kenapa sy buat entry ni adalah kerana sekarang sy berada di kedai mamak dan di depan sy ni ada sekumpulan 4 pemuda yang baru balik daripada bermain futsal dan diorang dok komen sana komen sini pasal kesalahan rakan2 mereka dan tidak ada satu pun yang diorang komen pasal diorang punya kelemahan..Mungkin dipihak rakan mereka tu pulak, diorang dok komen pasal 4 pemuda di depan sy pulak! Bila perpecahan dan saling menuduh berlaku, maka tiada lagi persefahaman antara kita dan mungkin ianya akan member kesan pada masa akan datang samada dari segi kerja, sukan mahupun perhubungan. Jadi apa yang penting…..kerjasama.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails