Tuesday, September 21, 2010

TRIBUTE TO ALLAHYARHAM M RAJOLI

Bab-bab menceritakan perihal seseorang bukan kepakaran saya tapi pemergian Allahyarham M Rajoli cukup menyentuh hati saya hinggakan saya 'terpanggil' untuk membuat entry yang saya khaskan kepada pelakun yang amat saya minati iaitu Allahyarham M Rajoli yang telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat di Hospital Ampang jam 10.45 malam akibat sesak nafas setelah beliau menderita penyakit barah otak sejak 3 tahun yang lalu sehingga lumpuh satu badan dan terpaksa menggunakan system bantuan pernafasan. Allahyarham meninggalkan dua orang isteri iaitu Hashimah Md Din dan Wan Chik Daud serta 4 orang anak iaitu Siti Dzaleha, Nur Muhammad, Siti Nazirah dan anak bongsu beliau yang bergelar Hafiz dan telah mengimamkan sembahyang jenazah bapanya.
Bagi saya, bakat Allahyarham bukanlah daripada segi rupa parasnya, bukan dari segi glamournya, tetapi bakar seni lakunannya yang semulajadi dengan setiap watak yang di lakukannya membawa kesan yang mendalam tidak kira watak komedi atau sedih. Saya pasti akan sentiasa mengenang beliau yang mampu mencuit hati dengan dengan lakunan selamba, berpakaian ranggi serta kegemaran beliau membawa motor berkuasa besar. Allahyarham pernah menggondol anugerah Pelakun Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 15 pada tahun 2001. Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 7 April 1945, telah mula berlakun sejak tahun 1964 menerusi filem Ibu Ayam.
Mengikut apa yang saya dengar, Allahyarham tidak pernah meninggalkan sembahyang walaupun ada shooting dan begitu juga semasa beliau sakit. Bagi saya, Allahyarham adalah seorang idola yang harus di contohi oleh pelakun2 muda sekarang ini. Untuk pengetahuan anda semua, Allahyarham pernah belajar tahfiz Al Quran di Lahore, Pakistan pada penghujung 1960an, tapi terkandas kerana berlaku peperangan di sana dan perjuangan beliau disambung oleh anak bongsu beliau yang sudah bergelar hafiz.
Dikesempatan ini, sama-samalah kita berdoa agar rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman dan salam takziah juga kepada keluarga dan anak-anak beliau semuga tabah menghadapi realiti kehidupan. Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails