Wednesday, September 22, 2010

ROLLER COASTER DALAM SHOPPING COMPLEX

Actually apa benda saya nak panggil pun kurang arif, so saya panggil roller coaster jelah sebab ianya menyerupai. Sekali tengok macam tempat laluan barang, tapi tiba-tiba ada orang menggelongsor di dalamnya. Kalau tak salah saya ianya bermula daripada tingkat 3 bahagian IT departmental store dan slide hingga ke gound floor dan sesiapa saja boleh masuk. Lupa pulak, kat mana ye... Ianya berada di dalam Empire Shopping Gallery,Subang Jaya. Semasa saya pergi, sudah ramai yang mencubanya dan seronok juga melihat gelagat mereka yang memasukinya. Ada yang menjerit, ada yang diam je, ada yang boleh tersekat kat tengah-tengah terowong tu dan macam-macan lagi kerenah yang lucu dapat anda lihat secara langsung. Macam-macam cara untuk menarik pelanggan untuk berkunjung ke sana. Teringat saya pada permainan dulu-dulu sewaktu belum ada lagi permainan gelongsor. Biasanya kita akan menggunakan pelepah kelapa dan kemudian pergi kat mana-mana bukit dan dusshhhh mengelongsor turun bukit. Pelepah kelapa tu jugaklah boleh buat main tarik-tarik kesana ke sini....emmm sekarang adalagi ke yang main macam tu?

10 comments:

  1. hahaha...1st time pergi empire benda ni tgh dlm progress lagi. so xdpt agak la utk apa. rupa2nya roller coaster..hebat2...

    ReplyDelete
  2. tulah pasal..tapi masa saya pergi, masih lagi foc. tak tahulah akan datang kalau diorang charge pulak, tapi rasanya tak kot sebab dekat sangat..so nnt bolehlah kita cuba.

    ReplyDelete
  3. wah mcm best je. boleh pegi tengok nanti nie. hehe. zaman sy dah ada gelongsor, jadi main gelongsor saja la. mana nak dapat pelepah kelapa kat rumah saya tu. huhu.

    ReplyDelete
  4. ooo..tak main pelepah kelapa ye :-)
    sekarang ni nak buat ketupat pun dah ada yang segera, tak mustahil satu hari nanti susah nak cari orang yang boleh menganyam ketupat...

    ReplyDelete
  5. wah! menariknya.. harus dicuba ini.. hehe..

    ReplyDelete
  6. saya sendiri belum cuba tapi lihat reaksi orang yang menjerit-jerit semasa slide tu...emmm memang seronok

    ReplyDelete
  7. memang tak pernah main pelepah kelapa.gelongsor bukit tu biasa la. tapi pakai kotak je. heheh.

    ReplyDelete
  8. syafawani - bila nampak orang menjerit tu rasa kira bestlah cuma macam sekejap je dah sampai bawah...live pulak tu semua orang lalu lalang boleh tengok kita...siap ada screen tv besar lagi.
    zirconia - ooo pakai kotak..yang gelongsor tu orang ke atau kotak? Takut2 bila gelongsor, kotak tertinggal,orang yang luncur dulu

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails