JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, September 24, 2010

RESEPI MAGGI GORENG BASAH

Resepi ni saya khaskan kepada orang bujang yang kehabisan fulus dek menyambut Hariraya. Almaklumlah, bila balik kampung, sure budget lari, bila budget lari, maka makan pun tak macam biasalah...jadi resepi kali ini mempunyai mottonya tersendiri...biar murah tapi sedap.
Bahan-bahannya cukup senang.
Sebiji bawang merah dan bawang putih dikisar/tumbuk
Sos Cili ikut kesukaan anda. nak pedas letaklah banyak2
Serbuk secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu kicap manis
Sebiji telur
1 sudu sos tiram
Sayur apa-apa saja jika perlu.

Cara memasaknya pun senang. Mula-mula tumis bawang merah dan putih hingga naik bau. kemudian masukkan semua bahan juga 2 mangkuk air ( kecuali telur dan maggi ). Bila dah mengelegak, masukkan maggi tanpa perisa dan panaskan sehingga kuah hampir kering dan masukkan telur dan sayur. Kecilkan api dan angkat mengikut kesukaan anda samada anda inginkan kuah pekat atau kuah banyak sedikit.

11 comments:

  1. wah...menarik..
    macam tahu je sya xde duit..

    ReplyDelete
  2. Oooo kira sedang eloklah tu. Cuba resepi simple tu kemudian buat air kopi o.. emm makan panas2. perghhh macam awk makan kat starbucks.

    ReplyDelete
  3. wahh cm best je menu ni..nk try gk laa

    ReplyDelete
  4. wah!memang menarik..tp kalu time rajin bleh la wt goreng2 macm ni..klau tak,just rebus..hehe

    ReplyDelete
  5. izee - cubalah sekali sekala tukar selera
    ckin kembaq - kira rebus tu stage paling mudah dan kesuntukan masa. Masuk, masak, makan.

    ReplyDelete
  6. haa..btul tu..tmbah2 lak kalu lapar yang teramat sangat..tak kisah dah greng2 ni..janji kenyang..ye dak?..n_n

    ReplyDelete
  7. pandai betul ckin kita..masa tu barulah kita boleh cakap.." betul-betul how liaw"

    ReplyDelete
  8. eh..eh..salah tu..
    ayat tu untuk maggi goreng kat atas ni la..haha bleh buat iklan slurrp mcm mila tu..haha

    ReplyDelete
  9. Ckin kembaq - laaa ye ke. confuse seketika.
    Rush D - kalau awk masak rasanya mesti lagi sedap..cubalah

    ReplyDelete
  10. ini adalah mknn feveret student dikala lapoOr...huhu


    www.duniakiesya.blogspot.com

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails