Custom Search

JomSantaiSekejap Followers

TRANSLATE OF OTHER COUNTRIES

 

Friday, September 3, 2010

RESEPI KUIH BUNGA ROS

Bagi saya, inilah resepi yang paling senang untuk dibuat. Kuih bunga ros dan ada juga yang memanggilnya kembang goyang, sebab bila nak goreng kena goyang sikit acuannya bukan tukang masak yang goyang ye dan ada juga yang memanggilnya kuih sarang sebab nampak macam sarang lebah. Sebenarnya saya mempunyai resepi baru kuih bunga ros perasa kari, tetapi untuk entry kali ini, biarlah saya bagi resepi original atau perasa asal kuih bunga ros. Lain masa, saya akan memberitahu anda resepi bunga ros ala santai ( perasa kari )

Bahan-bahan untuk membuat kuih ros:
300gm tepung beras
50 gm tepung gandum
180gm gula
160ml air
400ml santan
1 biji telur
Garam secukup rasa.
Minyak masak 

Cara membuatnya pun senang. Ambil semua bahan dan kacau sehingga sebati. Pastikan acuan tidak terlalu cair atau pekat. Panaskan minyak dan letakkan acuan dalam minyak dengan menggunakan alat yang berbentuk  bunga ros. Goyang sikit hingga acuan lerai, dan bila agak kekuningan, boleh diangkat dan di tos daripada minyak. Selamat mencuba.

1 comment:

  1. klu kitorang panggil kuih nie kuih loyang...nak buat kuih ni byk kena pkai telor....huhuhu pastu api kena PANAS....

    ReplyDelete

Terimakasih di atas komen-komen anda.
Semuga ceria dan salam santai.....

Related Posts with Thumbnails