JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, September 5, 2010

KATA ORANG HATI KITA BUKAN DISINI


Lain macam bunyi tajuk tu..saja bagi suspen macam tajuk-tajuk kat suratkhabar. Sebenarnya ianya adalah menggambarkan hati kita minggu ni yang hanya menunggu hari untuk bercuti menyambut Hariraya. Semestinya hati kita bukan lagi di tempat kerja malah sudah jauh melayang ke kampung atau ke mana-mana dia nak pergi beraya. Bulan puasa belum lagi habis tapi juadah hariraya dah mula terbayang-bayang di minda dan fikiran kita. Apa nak masak pagi raya, apa nak kemas, apa nak decorate, apa nak ganti, tema warna apa tahun ni, rumah sapa nak terjah...opsss nak ziarah dan beraya, berapa lama nak cuti, berapa nak bagi duit raya atau kalau yang tak malu berapa duit raya nak collect, berapa duit tol dan minyak balik kampung nanti, nak singgah rumah si dia on the way balik kampung...perghhhh macam-macam benda ligat di kepala kita. Pendek kata tak ada satu pun bab kerja yang ada buat masa ini....kecuali mereka yang workholic. Soalan-soalan macam bila balikkampung jangan tanya sebab nanti silap-silap diorang bawak bantal tidur kat office....
Yang handsome duduk depan pc tu, itu bukan saya.
Walau dimana pun fikiran kita, walau dimana pun hati kita....yang penting lakunan kita kena perfect. Biar orang nampak kita buat kerja sedangkan fikiran kita memang dah tak kat tempat kerja. Biar orang nampak kita menekan calculator sedangkan kita sedang mengira budget nak balik kampung. Biar orang nampak kita sentiasa menekan keyboard macam nak buat report sedangkan kita sedang hantar ecard Hariraya pada sahabat handai... Jadi, ingat...lakunan itu sandiwara dunia. Kita ni sebagai pelakunnya :-) Kata orang.

5 comments:

  1. kite adelah pelakon dlm hidup kite sendiri... hek3

    ReplyDelete
  2. selamat menyamput aidilfitri yg bakal tiba..
    i followed u.

    ReplyDelete
  3. p/s: ina - betul tu. kalau kena wataknya, memang menjadi lakunan kita
    Ietams - selamat Hariraya untuk anda jugak, thanks for follow.

    ReplyDelete
  4. p/s: reena - Selamat Hariraya jugak kepada anda. semuga sentiasa ceria hendaknya.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails