Saturday, September 18, 2010

JUSCO SALES HINGGA 19SEPT

Jusco Bukit Tinggi

Entry dulu pernah saya inform yang Jusco Tebrau Citydi Johor Bahru mengadalan sales hingga 19Sept. Begitu juga dengan Jusco Bukit Tinggi. Saya tak tahulah samada barangan yang ada jualan tu sama bagi setiap cawangan Jusco tetapi kemungkinan besar sama. Walaupun kedengaran lagu-lagu raya masih lagi berkumandang, tapi saya lihat diruang legar Jusco Bukit Tinggi sudah di adakan promosi pesta tanglung dimana pelbagai jenis tanglung dijual disitu. Ramai pengunjung yang datang ke Bukit Tinggi ini maklumlah hari cuti, so semua orang mengambil kesempatan untuk membeli belah sementara ada jualan dan diskaun yang ditawarkan. Antara bahagian-bahagian yang saya lihat menawarkan diskaun sehingga 70% adalah di bahagian kasut dan pakaian. Bahagian-bahagian lain ada juga menawarkan diskaun antara 30 -50%. Selain daripada Jusco, kedai-kedai yang berada di dalam Jusco Bukit Tinggi juga mengadakan jualan seperti FOS, Padini, Bata dan lain-lain kedai. Cuma satu kedai je yang memang tak ada buat sales iaitu kedai Hinode Shop sebab ianya kedai barangan harga RM5 setiap barang :-) anyway, bagi saya memang berbaloi membeli barangan di Hinode Shop sebab murah dan tahan lama...kalau anda kreatif, pasti macam-macam benda anda boleh buat dengan barangan di Hinode Shop terutama barangan yang diperbuat daripada kaca.

Ruang Legar Jusco Bkt Tinggi - Pesta Tanglung

2 comments:

  1. salu gak lalu dpn jusco Bkt Tinggi nie tapi tak penah singgah.
    Salu lepak kat Jusco AU2 je...coz sepelaung je ngan umah...hehehhehe!!!

    ReplyDelete
  2. patutlah..kira rakan baik juscolah ni. anyway rasanya sales dijusco sama bagi semua jusco cuma besar atau kecik je jusco tu...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails