![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiw_z1p0WNkHJ4CmkYxcMBakxYyCtJDZ4bqQWkxi1UuTzE9kWT9CElgyf-0aLb4YQkKkRazc8J-i21T5IOqnalrErdbKdMFHlwa-PoiZB0icl2j5kgy3k5HwBP51qz-kjfS-f301p5Xvv5c/s1600/aidil+adha.jpg)
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabarannya serta anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya, jadi dalam apa jua yang kita lakukan, sentiasalah dengan niat yang betul dan ikhlas. Untuk semua rakan bloggers, sekali lagi Selamat Hari Raya Aidil Adha.
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài