Musim hujan kembali lagi. Sana sini hujan dimana-mana, jika tidak di tengahari, mungkin petang, Jika tak petang mungkin malam, Pokoknya, hujan sentiasa turun tiap2 hari. Kalau cakap pasal hujan, macam2 lagu yang ada menyebut pasal hujan terutama lagu Hujan nyanyian Allahyarham Sudirman. Kumpulan pun ada nama Hujan. Popular betul nama hujan ni....Ada jugak sketsa yang menarik pasal hujan ni. Ceritanya bermula begini.......
"Kerana kau aku habis basah kuyup satu badan. Tak pasal2 aku basah. Tak pasal2 aku kena tukar baju.." Cemuh ani seperti tidak puas hati terhadap seseorang.
"Buat apa kau menangis disini. Pergilah kau dari sini. Kalau kau aku tak suka, dengan keturunan kau pun aku tak suka" marah benar Ani. Hari semakin gelap, petir dan guruh saling berdentum seiring dengan kegelapan hari.
"Tahu tak betapa sayangnya aku pada kau...betapa cintanya aku pada kau sehingga tiap2 hari aku akan sentiasa bertemu dan membelai kau dengan penuh kasihsayang...tapi kenapa ini balasan kau pada aku? Apa salah aku sampai macam ni sekali kau buat pada aku?"
"Kenapa diam? Bayangkan kalau aku tak berbuat sesuatu pada kau, apa akan jadi? Tak ada orang yang akan pandang kau. Dahlah busuk, berbau...kotor. Haaaaa tahu pun...tapi kenapa sanggup kau buat macam ni pada aku"....
"Ani!! ooo Ani!! Kau cakap dengan siapa tu kat dalam bilik air?" Tiba-tiba terdengar satu suara garang daripada luar.
"Errrr tak ada apa2 mak cik...Sy cakap dengan baju ni haaa" Ani seperti kelam kabut sedikit dibuatnya.
"Belum habis basuh lagi? Sudah...Ani, pergi angkat jemuran, hujan dah turun...."
menghiburkan...kelakar..teringat balik kisah2 itu..
ReplyDeleteteruskan berkarya.
(^_^)v
:.noRuL - tq noRuL. Emm teringat balik kisah yang macam mana tu?
ReplyDeletehihi...citer p.ramlee nie ler..hehehe
ReplyDelete