Tuesday, November 23, 2010

DIBAWAH SATU SELIMUT

Malam itu semua tidur dengan nyenyaknya. Tidak kira nyamuk apa yang berdengung, tidak kira cengkerik mana yang bersuara, mereka tetap lena dibuai mimpi. Tiga sahabat Aida, Eka dan Norul yang telah lama menyewa rumah itu sejak 3 tahun lepas, leka dengan mimpi2 indah.
“Eeeeiikkkkkk” tiba2 kedengaran seperti pintu rumah terbuka. Aida bingkas bangun sambil memerhatikan kekiri dan kekanannya. Seram sejuk mula terasa ditengkuk lehernya walaupun rumah itu tidak mempunyai penghawa dingin.
“Nor…Nor! Bangunlah…” kejut Aida sambil tangannya menarik selimut yang menutup muka Norul. Malam itu Norul menemankan Aida tidur kerana esoknya Aida harus bangun seawal jam 6 pagi, jadi kalau terlajak, Norul boleh mengejutkannya.
“Kenapa ni Ida? Kacau jelah orang nak tidur” Norul mencemek mulutnya walaupun matanya masih tertutup.
“Aku dengan bunyi pintu terbukaklah…kau tak rasa ke sejuk semacam ni?”
“Alaaaaa…biasalah. Kan tadi baru lepas hujan, mestilah sejuk..Kau ni ada2 ajelah Ida. Tidur jelah…” Norul sudah malas nak melayan sikap Aida yang jelas masih terganggu dengan bunyi tadi. Norul terus menyambung mimpinya sedangkan Aida masih tidak dapat melelapkan matanya.
“Eeeeeiiiikkkkkk”
“Nor...Nor…aku dengar lagilah bunyi tu…Macam dekat sangat je, macam datang dari dalam bilik ni je..” Aida sudah semakin ketakutan. Norul dengan perlahan bangun lantas menuju ke pintu untuk melihat jika ada apa2 berlaku di ruang tamu rumah mereka.
“Tak ada apa2lah Ida…Tengok. Mana ada bunyi? “
“Tadi ada…takut betul bunyi tu…Macam Pontianak harum sundal malam” Aida menarik selimut sambil menyelimut dirinya.
“Ahhh kalau kau takut sangat, kita tidur satu selimut…Tutup semua muka kau. Aku tidur mengadap kau, kau tidur mengadap aku…ok?” Norul memberikan cadangan yang melegakan sikit hati Aida. Mereka pun mula menarik selimut dan Aida dapat jugak sedikit melelapkan matanya…..tiba-tiba,
“Eeeiiiikkkkkkkkk” Aida bingkas bangun ketakutan sambil melihat Norul yang sedang lena seperti tidak mendengar apa-apa. Akhirnya malam itu Aida tidur di bilik Eka dengan nyenyaknya tanpa suara dengkuran Norul yang cukup mengerikan……..

7 comments:

  1. ingatkan hantu..,,, haha kan sudah tertipu..

    ReplyDelete
  2. sorry ehh kalau tertipu...tiba2 idea spontan dah buat cerita macam tu..:-) thanks 4 read my N3

    ReplyDelete
  3. huhu..dengkur ni mcm bunyik ade..kalau rekod sure gelihati.

    ReplyDelete
  4. lar!! bunyi dengkur ke ?? haha... mencemaskan jugak mule2 td :p

    ReplyDelete
  5. ctpayong - betul tu. macam cerita panglima bujang lapok..:-)
    jeely jelly - yuppp...biasalah orang yang mendengkur tak akan tahu dia berdengkur.

    ReplyDelete
  6. mmg cuak arr....dgr dengkur!!
    cabo0ooooot

    ReplyDelete
  7. hahaha...
    cuak jek kan mula2..
    ingtkn ada hantu..rupa2nya dengkuran..

    (^_^)v

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails