Tuesday, November 30, 2010

KATA ORANG CINTA HANYA UNTUK SEORANG

Lumrah manusia untuk bercinta. Naluri cinta terlalu subjektif kerana cinta boleh dikatogerikan kepada pelbagai jenis cinta dan kepada siapa dan apa, dimana dan kenapa. Bagaimana dengan cinta sesama manusia? Ada pepatah mengatakan berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Mungkin pepatah ini kalau kita letakkan diwaktu generasi dulu2 diwaktu zaman muda datuknenek kita, mungkin ada benarnya kerana jarang kita lihat percintaan orang dulu2 berakhir dengan penceraian atau perpisahan.. malah ramai jugak yang bercinta selepas berkahwin. Namun berbeza dengan waktu kini yang mana bukan tak ada, cuma susah untuk kita melihat satu-satu percintaan itu dapat bertahan sehingga ke jinjang pelamin. Kebiasaannya ramai yang gagal dalam percintaan pertama. Kajian yang dibuat di menunjukkan bahwa 30% adalah kedua-dua pasangan yang berkahwin, terlebih dahulu bercinta dengan orang lain. 40% adalah salah seorang daripada pasangan yang berkahwin terlebih dahulu bercinta dengan orang lain.
Mungkin dugaan sekarang lebih complicated daripada dulu. Kehidupan sosial yang tinggi juga kadang-kala mempengaruhi keadaan, ditambahkan pula dengan saluran komunikasi daripada handphone dan internet.. semua ini kadangkala memberi kesan kepada sikap individu, seperti kata pepatah, sekali ombak memukul pantai, sekali itu pantai berubah. Kalau kita takutkan ombak, jangan berumah ditepi pantai….Mungkin ada makna yang lebih mendalam dalam istilah bercinta biarlah satu… Yang pastinya, cinta sejati kita sudah tentu hanya kepadaNya, cinta yang lain hanyalah sementara,

Monday, November 29, 2010

RESEPI KERABU SUHUN

Salah satu masakan yang sy suka buat adalah kerabu. Bahan asasnya lebih kurang sama tetapi kita boleh pelbagaikan jenis kerabu seperti kerabu sotong, kerabu udang, kerabu ikan,kerabu betik, kerabu mangga dan macam2 lagi. So kali ni sy nak kongsi dengan anda kerabu suhun ( ke soo hoon, janji bunyi sama) Antara bahan-bahannya adalah:

1 bungkus suhun kecil
2 ekor sotong sederhana besar dipotong kecil2
10-15 ekor udang yang dibuang kepala dan ekor
1 biji tomato dipotong kecil2
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
3 biji cili padi dihiris halus
1 biji bawang besar dimayang
1 biji bawang kecil dimayang
3 keping cendawang hitam dipotong kasar
1 sudu kicap masin
Perahan asam limau secukup rasa. Sy guna 2 sudu
Garam dan gula secukup rasa.
Cara buatnya. Rendam suhun sampai lembut. Lepas tu, gaul jelah dengan semua bahan tu sehingga sebati dan secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

Sunday, November 28, 2010

ANI ANGKAT JEMURAN, HUJAN DAH TURUN

Musim hujan kembali lagi. Sana sini hujan dimana-mana, jika tidak di tengahari, mungkin petang, Jika tak petang mungkin malam, Pokoknya, hujan sentiasa turun tiap2 hari. Kalau cakap pasal hujan, macam2 lagu yang ada menyebut pasal hujan terutama lagu Hujan nyanyian Allahyarham Sudirman. Kumpulan pun ada nama Hujan. Popular betul nama hujan ni....Ada jugak sketsa yang menarik pasal hujan ni. Ceritanya bermula begini.......
"Kerana kau aku habis basah kuyup satu badan. Tak pasal2 aku basah. Tak pasal2 aku kena tukar baju.." Cemuh ani seperti tidak puas hati terhadap seseorang.
"Buat apa kau menangis disini. Pergilah kau dari sini. Kalau kau aku tak suka, dengan keturunan kau pun aku tak suka" marah benar Ani. Hari semakin gelap, petir dan guruh saling berdentum seiring dengan kegelapan hari.
"Tahu tak betapa sayangnya aku pada kau...betapa cintanya aku pada kau sehingga tiap2 hari aku akan sentiasa bertemu dan membelai kau dengan penuh kasihsayang...tapi kenapa ini balasan kau pada aku? Apa salah aku sampai macam ni sekali kau buat pada aku?"
"Kenapa diam? Bayangkan kalau aku tak berbuat sesuatu pada kau, apa akan jadi? Tak ada orang yang akan pandang kau. Dahlah busuk, berbau...kotor. Haaaaa tahu pun...tapi kenapa sanggup kau buat macam ni pada aku"....
"Ani!! ooo Ani!! Kau cakap dengan siapa tu kat dalam bilik air?" Tiba-tiba terdengar satu suara garang daripada luar.
"Errrr tak ada apa2 mak cik...Sy cakap dengan baju ni haaa" Ani seperti kelam kabut sedikit dibuatnya.
"Belum habis basuh lagi? Sudah...Ani, pergi angkat jemuran, hujan dah turun...."

CUTI SEKOLAH MULA, KENDURI KAHWIN PUN MULA

Warna thema pink & purple
Bila tiba musim cuti sekolah, maka tibalah jugak musim orang berkahwin. Majlis perkahwinan kebiasaannya di adakan sempena cuti sekolah supaya senang sanak saudara mengambil cuti dan tak perlulah anak-anak ponteng sekolah kerana dah memang cuti sekolah. So kadangkala dalam satu taman ada 2,3 kenduri perkahwinan sampai ada yang tersilap kerumah pengantin. Hari ni sy jugak ada jemputan perkahwinan yang diadakah di Bangi, tapi sy dah tak ingat nama tempat tu Cuma berdekatan dengan exit Tol Putra Makhota. Sebelum kesana,sy singgah dahulu ke Nilai Spring Golf Resort, tapi bukanlah untuk bermain golf, sy pergi menjemput kakak ipar dan anaknya untuk tumpang sama kerumah orang kahwin. Husband kakak ipar sy ni ada tournament golf, jadi tak dapat datang, tulah sebabnya sy pergi jemput diorang. Sampai kat rumah pengantin, memang dah ramai orang. Lupa pulak sy nak cakap. Pengantin perempuan tu adalah naib johan qariah Malaysia…So pasangan muda ni dahlah jadi haji dan hajjah. Sebab tu khemah pun sampai 10 khemah rasannya kalau dikira daripada bilangan kipas..:-)  
Nilai Spring Golf Resort dari atas

Lauknya boleh tahanlah, macam biasa…ayam masak merah, rendang daging, dalca dan buah2-an. Lepas kenduri, sy balik semula ke Nilai Spring Golf Resort dan berehat sekejap sambil bersantai di sana sehinggalah malam. Kepada rakan bloggers yang mungkin ada diantara anda akan mengadakan majlis perkahwinan pada bulan ini dan December nanti, Selamat Penganti Baru semuga kekal ke anak cucu atau mungkin ada yang dah nak menyambut menantu ke.. mana tahu kan, so selamat juga kesemuanya.....

Friday, November 26, 2010

SALJI DI MALAYSIA

Pagi ini seperti biasa sy akan memandu ketempat kerja sy. Kebiasaannya pada waktu pagi sy akan singgah dahulu dimana2 restoran yang ada WIFI untuk sy buat blogwalking tapi pagi ini sy ingat nak kesatu tempat terlebih dahulu sebelum singgah ke restoran untuk bersarapan. Bila saja sy hampir sampai ke tempat itu tiba2 kereta sy dipenuhi dengan benda2 yang berwarna putih sehingga penuh meliputi seluruh cermin dan seluruh kereta sy. Seperti macam tak percaya salji boleh turun sampai pada satu tahap tu sy tak nampak apapun kat depan kereta sy. Mula-mula tu sy nak jugak guna wiper kereta sy untuk menghilangkan salji tapi ada beberapa orang yang berdekatan seperti memberi signal agar jangan menggunakan wiper kereta ….mungkin salji itu akan merosakkan kereta sy agaknya. Sy pasrah. Nasib baik tiada kereta yang mengekori kereta sy daripada belakang, jika tidak mungkin kereta itu jugak akan ditimpa salji dan jika tidak nampak, akan terlanggar pulak kereta sy. Lama kelamaan salji itu mula hilang dan tiba-tiba air hujan mencurah-mencurah datang membasahi kereta sy. Lega rasanya kerana jika salji tadi turun berterusan, bagaimana sy nak memandu? Akhirnya hujan mula berhenti dan kelihatan beberapa datang memberikan bantuan kepada sy sambil mengelap-lap kan kereta sy yang teruk ditimpa salji dan hujan tadi. Itulah pengalaman sy sewaktu kereta sy dibasuh dengan snow wash!!

RESEPI SUP TULANG RAWAN

Kadang-kadang tu ada ketika kita kebuntuan idea untuk memasak lauk apa pada hidangan malam mahupun tengahari. Apakata jika sekali sekala kita tukar menu kita daripada hidangan nasi dengan lauk kepada hidangan sup tulang rawan dengan roti? Mesti sedikit sebanyak membuka selera anda. So hari ni sy akan memberikan anda resepi sup tulang rawan. ( Roti beli sendiri kat kedai ye ) Antara bahan-bahannya adalah:

½ kg tulang rawan
4 – 6 biji bunga cengkih
10 gram bunga lawang
10 gram buah pelaga
2 biji bawang besar dihiris kasar
Sedikit halia – dalam setengah batang
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit daun sup
Lada hitam secukup rasa
Serbuk perasa
Air dalam 2 liter atau ikut citarasa anda
Cara membuatnya cukup mudah. Masukkan semua bahan tadi bersama tulang rawan yang telah dipotong mengikut saiz yang anda suka dan masak sehingga daging empuk. Beres. Hidangkan panas2 dan cicah dengan roti. Memang slurrrpppp.

Tuesday, November 23, 2010

DIBAWAH SATU SELIMUT

Malam itu semua tidur dengan nyenyaknya. Tidak kira nyamuk apa yang berdengung, tidak kira cengkerik mana yang bersuara, mereka tetap lena dibuai mimpi. Tiga sahabat Aida, Eka dan Norul yang telah lama menyewa rumah itu sejak 3 tahun lepas, leka dengan mimpi2 indah.
“Eeeeiikkkkkk” tiba2 kedengaran seperti pintu rumah terbuka. Aida bingkas bangun sambil memerhatikan kekiri dan kekanannya. Seram sejuk mula terasa ditengkuk lehernya walaupun rumah itu tidak mempunyai penghawa dingin.
“Nor…Nor! Bangunlah…” kejut Aida sambil tangannya menarik selimut yang menutup muka Norul. Malam itu Norul menemankan Aida tidur kerana esoknya Aida harus bangun seawal jam 6 pagi, jadi kalau terlajak, Norul boleh mengejutkannya.
“Kenapa ni Ida? Kacau jelah orang nak tidur” Norul mencemek mulutnya walaupun matanya masih tertutup.
“Aku dengan bunyi pintu terbukaklah…kau tak rasa ke sejuk semacam ni?”
“Alaaaaa…biasalah. Kan tadi baru lepas hujan, mestilah sejuk..Kau ni ada2 ajelah Ida. Tidur jelah…” Norul sudah malas nak melayan sikap Aida yang jelas masih terganggu dengan bunyi tadi. Norul terus menyambung mimpinya sedangkan Aida masih tidak dapat melelapkan matanya.
“Eeeeeiiiikkkkkk”
“Nor...Nor…aku dengar lagilah bunyi tu…Macam dekat sangat je, macam datang dari dalam bilik ni je..” Aida sudah semakin ketakutan. Norul dengan perlahan bangun lantas menuju ke pintu untuk melihat jika ada apa2 berlaku di ruang tamu rumah mereka.
“Tak ada apa2lah Ida…Tengok. Mana ada bunyi? “
“Tadi ada…takut betul bunyi tu…Macam Pontianak harum sundal malam” Aida menarik selimut sambil menyelimut dirinya.
“Ahhh kalau kau takut sangat, kita tidur satu selimut…Tutup semua muka kau. Aku tidur mengadap kau, kau tidur mengadap aku…ok?” Norul memberikan cadangan yang melegakan sikit hati Aida. Mereka pun mula menarik selimut dan Aida dapat jugak sedikit melelapkan matanya…..tiba-tiba,
“Eeeiiiikkkkkkkkk” Aida bingkas bangun ketakutan sambil melihat Norul yang sedang lena seperti tidak mendengar apa-apa. Akhirnya malam itu Aida tidur di bilik Eka dengan nyenyaknya tanpa suara dengkuran Norul yang cukup mengerikan……..

Monday, November 22, 2010

KATA ORANG IMPIAN TIDAK SEINDAH KENYATAAN

Ada pepatah mengatakan kusangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengahari. Kadangkala apa yang diimpikan dalam sesuatu perhubungan tidak seperti apa berlaku. Sebelum kita menemui seseorang dalam hidup kita, pasti kita sudah memasang impian dan harapan tentang ciri2 dan perwatakan yang perlu ada untuk menjadi pasangan hidup kita. Handsome, kacak, macho, bergaya, beriman, berilmu, sopan, anggun, cantik, lemah lembut, manis, ayu dan pelbagai lagi sifat2 yang kita inginkan jika kita menemui seseorang. Apa yang akan berlaku jika orang yang kita temui itu berlainan daripada apa yang kita idam dan impikan? Yang handsome jadi ‘tak handsome’.. yang ayu jadi ‘tak ayu’.. dan sebagainya. Maka jadilah ungkapan yang sering kita dengar daripada mulut orang atau mungkin kita sendiri pernah mengatakannya..” Ehhh tak sesuai langsung, dia handsome, partner dia hancur” atau “ Macamana dia boleh sangkut dengan pakwe yang banyak jerawat macam tu…?” Impian akan menerbitkan harapan dan harapan akan memberikan kenyataan tetapi kadangkala kenyataan bukan seperti yang kita impikan. Ada yang menerimanya dengan rela, ada yang mengeluh dikemudian hari, ada yang menyesal kerana menurut tanpa berfikir, tak kurang jugak gembira ada kebaikan disebalik kenyataan itu. Anda bagaimana? Tercapaikan impian anda suatu ketika dahulu? Kata orang, impian tidak seindah kenyataan…kenyataan tidak seburuk yang disangkakan.

Sunday, November 21, 2010

RESEPI PINDANG TENGGIRI ALA SANTAI

Minggu ni mari kita berkongsi resepi masak pindang. Masak pindang ni rasanya adalah masam manis pedas. Biasanya kalau masak pindang ni sy selalu gunakan ikan terutamanya ikan tenggiri. So kita terus kepada agenda kita ye tuan2 dan puan2...Antara bahan2nya adalah:
Seekor ikan tenggiri dipotong dan dicuci... of cozlah.
Setengah batang kunyit dimayang
Setengah batang halia dimayang
Sedikit lengkuas dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
10 biji cili padi dimayang
2 biji cili merah
4 camca kicap manis
4 keping asam gelugor
2 helai daun salam
1 batang serai
4 biji belimbing buloh
Garam secukup rasa
Serbuk perasa 
Banyak betul bahan2ny kan.... Sebenarnya ada bahan2 yang boleh anda lupakan seperti kicap, daun salam dan sbg tetapi mengurangkan kesedapan masakan pindang itu sendiri.Cara memasaknya pulak ye.
Mula-mula ikan dipotong dan dibersihkan dengan air dan asam jawa atau apa saja petua yang anda untuk hilangkan bau. Didihkan air dalam periuk sederhana besar dan masukkan bahan yang telah dimayang tadi bersama daun salam, serai dan kicap. Lepas naik bau, masukkan pula ikan tenggiri, asam gelugor, belimbing, cili, garam dan serbuk perasa. Masak dengan api kecil sehingga api mendidih. Setelah ikan masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

SANA SINI SALES DI SUNWAY PYRAMID

Ruang legar Sunway Pyramid.
Lagi sebulan perayaan Krismas akan menjelang, namun Sunway Pyramid sudah pun memulakan promosi besar-besaran sempena Krismas. Lagu Krismas sudah berkumandang disana sini dan mereka melancarkan thema Christmas Fantasia dengan pelbagai acara-acara dan pertandingan menarik diadakan sepanjang hujung November sehingga awal January 2011. Yang menariknya, hampir SEMUA kedai-kedai di Sunway Pyramid mengadakan jualan sehingga 50% termasuklah seperti Padini, Polo, Crocodile, MPH, Jusco, Cotton On, Holiday dan banyak lagi kedai yang tak sempat saya nak tinjau tapi yang pasti semua ada jualan.
Theme Christmas Fantasia

Dalam dok saya berjalan2 tu, tertarik jugak saya dengan muzik iringan yang berkumandang di tengah2 Sunway Pyramid. Rupa2nya sekumpulan pemuzik professional sedang memainkan lagu2 berirama jazz dan ramai yang dok bersantai sambil mendengar irama merdu piano dan saxaphone yang cukup lantang dan cooollll!!! Kata orang, order kopi secawan dan sepiring kek, dok kat situ dan macam suasana clubbing rasanya.
Iringan pemuzik santai habisss..
Dalam banyak2 kedai yang saya terjah dan tinjau kat situ, sy tertarik dengan kedai sebuah kedai yang menjual semua barangan RM5. Memang ramai yang membeli di sana kerana barangannya selain murah banyak barangan yang menarik dan kadangkala macam tak percaya bahwa harganya cuma RM5. Tidak kiralah daripada barangan stationery, makanan dan pelbagai lagi barangan keperluan harian...pendekata, semua ada.
Sambil2 tu, saya pergi jugak ke ruang legar Sunway Pyramid. Sy kalau tak keruang legar satu2 shopping complex, memang tak sah sebab nak tengok decoration dan keunikan setiap ruang legar...Satu decoration yang menarik dan terdapat seperti kehidupan dasar laut mermaid...ada puteri yang tinggal dalam sebuah rumah berbentuk bulat tapi sy tak sempat nak ambil gambar. Apa-apapun, memang meriah suasana di Sunway Pyramid di tambah dengan promosi dan jualan sana sini.

Thursday, November 18, 2010

RESEPI RENDANG TOK

Kalau cakap pasal rendang2 yang dimasak masa Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha, Rendang Tok mesti tidak ketinggalan. Resepi ni sy gabungkan daripada beberapa resepi yang sy ambil daripada internet untuk menjadikan Rendang Tok yang special. So, tuan2 dan puan2, jom kita mulakan. Antara bahan-bahannya adalah:
1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
2 cawan santan pekat bersamaan 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
3 sudu besar gula merah
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa

Bahan2 kisar:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
3 biji buah keras
3 kuntum bunga lawang
25 biji cili kering
5 batang serai
5 cm halia
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih
2 sudu kicap manis 
Cara membuatnya gaul daging dengan bahan2 yg dikisar. Masukkan daging yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kulit kayu manis dan gula melaka dlm kuali. Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana kemudian kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa dan perlahankan api dan kacau hingga kering.

KATA ORANG NABIL RAJA LAWAK LUPA DIRI


Ihsan Google

Sana sini orang memperkatakan tentang isu gambar cium mulut Nabil Raja Lawak dengan Qasha. Cukup panas cerita ni sampai banyak blog menceritakan perkara yang sama. Persoalan samada gambar itu adalah super impose atau memang benar gambar Nabil dan Qasha masih menjadi tanda tanya. Tak kurang hebatnya kisah Uncle 'Seekers' kita yang secara terangan mengatakan beliau mempunyai hubungan dengan bekas Permaisuri Agung kita... Kalau anda nak tahu cerita mereka, just google ajelah...keluarlah macam2 tajuk. Dari kisah Nabil dinobatkan menjadi juara Raja Lawak, kemudian memenangi beberapa anugerah dan hadiah lumayan, sehingga kepada isu berpelukan dengan Irma Hasmie semasa malam penganugerahan, isu tidak menghormati atris veteran dan pelbagai lagi kisah yang menarik tentang Nabil....rasanya seperti sudah ada perubahan yang berlaku dalam diri Nabil berbanding semasa beliau mula2 menceburkan diri dalam bidang seni...Raja Lawak khasnya. Kata orang, Nabil sudah mula lupa diri dek segala anugerah dan kemewahan yang dia miliki.. Benar ke?   

PROMOSI ESTEE LAUDER DI KLCC

Macam biasalah, kalau sy singgah di KLCC, mesti tengok kat ruang legar KLCC kerana selalunya kat situ ada promosi pelbagai produk setiap bulan. So kali ini, Estee Lauder pula yang mengadakan promosi bagi package yang dipanggil Holiday Style. Walaubagaimanapun, macam produk lain, diorang adalah spray sana spray sini, dapatlah tempias bau2 wanginya, tapi promoter Estee Lauder ni tak pulak buat macam tu, so tak dapatlah nak bau kewangian Estee Lauder. 
Hari tu lunch sy makan di Burger King, Macam biasalah, kalau burger king, sy akan pesan BK Singles Mushroom. Memang favourite sy tu...ada pelbagai lagi jenis burger dan nugget yang diorang jual, cuma yang bahagian kaunter diorang ni dah banyak indonesian pulak, selalunya bangladeshi... 

Tuesday, November 16, 2010

BERKORBAN APA SAJA

Bila cakap pasal korban ni, sy teringat kepada sebuah lagu cukup syahdu daripada Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjudul Berkorban Apa Saja. Pengorbanan adalah sesuatu yang cukup luas ertinya lebih2 lagi jika ianya memberikan seribu pengertian kepada insan lain lebih2 lagi kepada insan yang kita sayangi. Pengorbanan kasihsayang, harta benda, masa, kerjaya dan pelbagai lagi pengorbanan tidak kira samada dari segi aspek fizikal mahupun mental.
Untuk anda semua rakan bloggers yang telah berkorban masa dengan menyumbangkan idea2, nasihat2, blogwalking, lawak jenaka, madah pujangga, follow memfollow, ... jutaan terimakasih. Tanpa anda siapalah Jom Santai Sekejap.  



Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA

Jom Santai Sekejap mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam khususnya semuga Hari Raya ini memberikan seribu makna kepada kehidupan anda. Tidak kira apa jua pengorbanan yang telah dan pernah kita lakukan, lakukanlah dengan seikhlas2nya dan InsyaAllah, kita akan sentiasa mendapat berkat dan kerahmatan Allah s.w.t. Bagi yang balik kampung, berhati2 dijalan raya dan bagi yang tak balik, masak lebih2 ye...nanti kawan datang nak makan.
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabarannya serta anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya, jadi dalam apa jua yang kita lakukan, sentiasalah dengan niat yang betul dan ikhlas. Untuk semua rakan bloggers, sekali lagi Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Monday, November 15, 2010

RESEPI IKAN KEMBONG MASAK KICAP ALA SANTAI

Cakap pasal ikan kembong ni, nak tergelak sy bila teringatkan ada orang kata ikan low class...atas sikit daripada ikan jeket yang selalu kita makan masa kat sekolah asrama atau mana2 ipta :-) Almaklumlah, ikan kembong ni kira murah jugaklah harganya berbanding dengan ikan yang lain tetapi bagi saya kalau goreng, ikan kembong paling sedap...siap boleh ratah lagi. So kali ni sy akan bagi resepi mudah dan pantas iaitu Ikan Kembong Masak Kicap Ala Santai. Bahan-bahannya adalah:
2 ekor ikan kembong sederhana besar -Bersihkan, lumur garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak.
2 biji bawang merah ditumbuk halus
2 biji bawang putih ditumbuk halus
1 biji bawang besar di hiris kasar
1 biji halia kecil dihiris nipis
1 biji cili hijau dan merah di hiris panjang
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato dipotong dadu
Tumis semua bahan kecuali tomato,sampai naik bau. Kemudian masukkan kicap, garam dan gula ikut selera anda. Kemudian masukkan sedikit air masak dan biarkan kuahnya nampak mengancam ( sedikit pekat ) dan lepas tu masukkan ikan yang digoreng tadi serta tomato. Biarkan selama beberapa minit dan boleh dihidang. Jadilah ikan kembong kelas atasan :-)

KRISIS PENCERAIAN 10 TAHUN PERTAMA


Pagi tadi waktu dok mendengar radio Sinar.fm, pihak Jakim mengatakan bahwa 10 tahun pertama pasangan yang berkahwin akan menghadapi krisis penceraian. Daripada 135,000 pasangan yang mendirikan rumahtangga, lebih kurang 27,000 daripadanya menghadapi krisis ini pada tempoh yang dinyatakan. Banyak tu!! Adakah ini bermakna kebanyakkan pasangan yang berkahwin tidak mampu mengharungi arus peredaran zaman dan jugak dugaan kehidupan masa kini yang memerlukan kesabaran dan ketenangan? 


Mungkin bagi sy kalau usia 1 hingga 5 tahun tu, aspek kematangan, kewangan dan sosial kehidupan banyak memberikan kesan. Bagaiman pulak bagi pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga lebih daripada 5 tahun? Masih belum matangkah? Masih belum mampu menentang cabaran dan dugaankah? Mana pergi sifat saling memahami dan susahpayah bersama selama ini? Mungkinkah jugak semasa belum berkahwin, kita belum benar2 mengenali pasangan kita? Kita hanya mengenali atas dasar perasaan cinta dan kadangkala cinta itu melampaui segalanya hinggakan setiap perkara adalah kebaikan walaupun hakikatnya adalah berlainan....Mungkin bagi pasangan yang masih belum mempunyai anak, ianya merupakan satu kelegaan. Bagaimana jika ada yang mempunyai seorang anak, 2 orang, 3 orang dan selebihnya? Antara perkara yang paling dibenci oleh Allah s.w.t adalah penceraian.....


Sunday, November 14, 2010

ULASAN MOVIE - COPOUT

Cerita ni memang berunsur komedi tetapi bukan dari segi perbuatan. Komedinya adalah daripada skrip atau kata2 dalam filem ini yang banyak datangnya daripada pelakun utamanya iaitu Bruce Willis dan Tracy Morgan. Walaubagaimanapun, mungkin trend atau percakapan biasa orang US, filem ni banyak menggunakan perkataan F***, jadi bagi adik2 , rasanya tak sesuai ye.
Filem ini mengisahkan tentang bagaimana Bruce Willis seorang anggota polis yang ingin menjual sekeping kad bergambar pemain baseball tahun 50an berharga USD80,000 untuk menampung majlis perkahwinan anaknya tetapi kad tersebut telah dicuri oleh perompak biasa dan menjualnya kepada ahli anggota sindiket jenayah mexico yang paling ganas. Daripada situlah berlaku komedinya bagaimana mereka membuat pelbagai cara untuk mendapatkannya kembali. Macam yang saya katakan tadi, cerita ni bukan lawak daripada aksi, tetapi daripada kata2 diorang….
Jom santai sekejap **1/2



KATA ORANG CINTA MONYET CINTA MAINAN

Bila cakap pasal cinta monyet, teringat sy pada satu lagu yang cukup popular satu ketika dahulu. Pada masa tu lagu ini dinyanyikan oleh Kak Pah kita ( Dato’ Syarifah Aini ) iaitu lagu bertajuk “Siapa Pernah Jatuh Cinta” antara lirik lagu tersebut adalah…
Siapa pernah jatuh cinta
Pada pandangan yang pertama
Adakah memang sama dengan kupunya cinta
Yang kini kualami sendiri
Bila dengar lagu tu je, teringat sy pada zaman sekolah-sekolah dulu. Kata orang zaman cinta monyet. Adakah cinta monyet ni dikatogerikan kepada cinta pandang pertama? Emmm mungkin ya dan mungkin tidak. Kadangkala cinta monyet ni datangnya daripada perasaan tahap suka yang melampau hingga menyebabkan kadangkala kita keliru dengan perasaan suka dengan perasaan cinta. Kadangkala apa yang kita nampak pada pandangan pertama adalah kecantikan, ketampanan, kebaikan, keayuan, kesopanan dan macam2 lagi sifat yang timbul daripada 1st impression yang menyebabkan kita suka kepada seseorang tanpa mengambil kira hati budi, sifat sebenar, kelakuan dan lain2 aspek. Menurut kajian, 60% cinta monyet berlaku semasa kita bersekolah rendah.
Jangan tak tahu daripada sekolah rendah lagi dah ada benda2 macam ni. Kalau setakat si A suka si B, si C suka si D tu, memang dah biasa sangat berlaku di zaman sekolah lagi…Lebih2 lagi dengan dunia cyber yang main meluas sekarang ni dengan website seperti myspace, facebook, twitter dan lain2 lagi. Adakah cinta monyet ini kekal hingga ke akhirnya? Well, sad to say, ianya boleh dikatogerikan kepada jarang-jarang kita dengar, lagipun rasanya masa dan usia sebegini memang tidak sesuai untuk kita fikirkan soal2 cinta.…..Walau apa pun, kadangkala, kenangan2 sebegini banyak mempengaruhi kehidupan kita pada peringkat seterusnya kerana cinta monyet itu pasti akan bertukar menjadi cinta sejati…. mungkin pada orang yang sama, mungkin pada orang yang lain...who knows....kata oranglah.

Friday, November 12, 2010

MALAM PERTAMA ULANG TAHUN PERKAHWINAN PERTAMA

Ini merupakan kisah benar seorang isteri dan suami yang sudah berkahwin selama setahun dan pada hari tersebut merupakan malam pertama pada hari ulang tahun pertama mereka. Sketsanya bermula begini...
"Bang...dah setahun kita kahwin, tapi abang tak pernah bagi saya n...."(tuuutttttttt......opsss. Lupa saya nak bagi tahu bahwa sketsa ini merupakan sketsa untuk mereka yang berumur 18 tahun keatas sahaja kerana cerita ni memang cerita yang tak tercapai akalmu dan mengandungi kisah2 yang mungkin boleh mengguris perasaan dan hati seseorang yang pernah mengalaminya. Kalau sebut saja rumahtangga mesti ada pro and con dan bila cakap je pasal kahwin mesti ada yang terus seronok dan tidak kurang jugak yang kecut perut mengenangkan risiko dan tanggungjawab yang akan mereka pikul bila sudah berumahtangga. Jesteru itu, sketsa ini hanya untuk mereka yang benar2 memahami erti sebuah perkahwinan dan diulang sekali lagi, hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun keatas saja atau kalau yang terlepas pandang biar saya boldkan perkataannya. 18SX. Jadi ingat ye, tengok kad pengenalan betul2, kalau esok baru cecah 18 tahun, tunggu esok baca....Ok berbalik kepada sketsa diatas, mari kita sambung ceritanya.....)
"Ok, bye bang. Jaga diri ye kat Singapore tu. Esok drive baik2......" Opssss minta maaf, sementara saya nak menerangkan tadi pasal sketsa ni, diorang dah habis berbual. Lupa saya nak beritahu masa tu, suaminya berada di Singapura kerana outstation.

RESEPI WANTAN GORENG PISTACHIO

Selalu kalau cakap pasal wantan mesti ingat wantan mee. Kalau makan masa panas2 kena dengan sos kicapnya memang slurrrpp. Kali ni, saya nak kongsi dengan anda semua bagaimana untuk membuat wantan goreng, tapi ditambah dengan kacang pistachio untuk menyedapkan rasa wantan goreng tu.
Bahan-bahannya adalah:
150gm keju
250ml kacang pistachio yang telah dihancurkan
1 biji putih telur
150gm cokelat putih
50ml krim putar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk daun pasley sebagai penyedap
Beberapa keping kulit wantan

Mula-mula kita masakkan krim putar tu sehingga suam dan tuangkan atas cokelat putih sehingga cokelat tu cair. Kemudian masukkan pistachio hancur dan keju serta garam dan serbuk daun pasley atas campuran tadi. Lepas digaul sebati. Ambil sedikit adunan tadi dan letak di tengah2 kulit wantan dan 'bungkus' ikut kesukaan anda dan sapukan dengan putih telur sebagai bahan pelekat. Goreng sehingga kuning keemasan dan kemudian diangkat dan bedakkan dengan snow powder atas wantan goreng tadi. Walllaaaaa....siap untuk dimakan.

Thursday, November 11, 2010

DARI MANA DATANGNYA SUARA ITU

Hampir setiap malam bunyi2 yang kurang enak sentiasa kedengaran daripada luar rumah Bella. Sudah berkali jugak Bella ajukan perkara ini kepada suaminya Badrul namun dia hanya buat tak endah dan mengatakan itu semua hanya igauan dan khayalan Bella.
“Betul Bang. Bella tak tipu. Bunyi tu memang betul2 datang dari luar rumah kita.” Bella membuka cerita kepada suaminya pada satu petang di halaman rumah mereka yang terletak di tepi pantai Port Dickson.
“Awak ni Bella…cerita lain tak ada. Asyik dengan cerita pasal bunyi2 yang awak dengar tu. Entah2 bunyi tu datang daripada orang yang tengah bersiap2 nak ke laut ke, ada yang buat unggun api ke kat tepi pantai, mana kita tahu..” Badrul cuba menenangkan Bella yang jelas risau dengan situasi.
“Bunyi nya tak macam tu bang. Macam bunyi suara orang mengilai…tapi nak kata suara perempuan pun tidak, suara lelaki pun tidak…tapi memang menakutkanlah bang bunyi suara tu..Yang peliknya, ada malam yang ada, dan ada malam yang tak ada” Bella menerangkan kepada Badrul.
“Pukul berapa selalu awak dengar bunyi2 macam tu? “
“Tak tentu bang. Kadang2 pukul 11, kadang sampai pukul 12 pun ada….eee suara dia semacam je Bang”
“Awk tahu ke darimana bunyi tu datang?” Badrul mula terasa berminat dengan cerita seram Bella.
“Tulah…saya takut nak bukak tingkap, nanti mana tahu tiba2 benda tu terus terjah saya kat tingkap, pengsan saya nanti…..tapi bunyi tu macam datang dari pokok besar belakang rumah kita tu…”
“Hisssshhh awak ni ada2 aje” Badrul mula terasa seram sedikit dengan cerita Bella
“Malam ni kalau boleh abang tak payahlah pergi berkaraoke dengan kawan abang…temankan Bella. Tiap2 malam abang berkaraoke dengan kawan abang….eeeerrrr selalu abang berkaraoke dekat mana ye?”
“Dekat belakang hotel tulah…kira belakang rumah kita ni jugak…selalu kitaorang nyanyi kat bawah pokok besar tu…”
Sejak daripada hari itu, Bella tidak lagi takut dengan suara mengilai yang datang dari belakang rumah membuatkan Badrul hairan seketika…….

Wednesday, November 10, 2010

ULASAN MOVIE - SEVEN POUNDS

Kematian isterinya serta 7 orang lagi menyebabkan Ben Thomas ( lakunan mantap Will Smith ) tertekan sehingga mengambil keputusan nekad untuk mengorban kan dirinya untuk orang lain. Cerita ni walaupun dah lama ditayangkan di pawagam, tapi sy baru sempat tengok DVD walaupun DVD tu sy dah beli lebih daripada 6 bulan yang lepas!! Almaklum lah, bila nak buat entry dan bw memanjang, mana sempat nak tgk DVD.
Cerita yang menyayat hati ini adalah mengisahkan Ben Thomas nekad untuk membantu sesiapa saja yang dia rasakan perlu dan pengorbanannya bukan dari segi wang ringgit tetapi organ2nya. Walaupun Ben Thomas ni sihat, tetapi kerana dek rasa bersalah kerana telah menyebabkan kematian isteri dan 7 orang lagi dalam satu kemalangan, dia nekad untuk menolong mereka yang memerlukan organ.
Antaranya adalah mata, buahpinggang, jantung, air tulang belakang dan macam2 lagi. Beliau menjumpai 7 orang yang amat2 memerlukannya dan beliau sendiri menyiasat mengenai kesusahan mereka termasuklah kekasihnya sendiri yang mengidap penyakit jantung dan hanya dapat hidup sebulan jika tidak mendapat penderma. Diakhir cerita Ben Thomas membunuh diri dan telah membuat plan dengan para doctor untuk memberikan semua organ kepada orang yang telah beliau namakan….adakah orang sebegini dalam dunia reality?

KATA ORANG SEPI ITU INDAH

Pada sesetengah orang, sepi banyak memberikan inspirasi dan kedamaian hati, ruang untuk mengubat keresahan hati dan merawat segala duka tidak kira atas alasan apa. Sepi walaupun satu situasi yang tanpa kata-kata, tanpa pergerakan, tanpa suara hiruk pikuk, tanpa tegur sapa rakan2, tanpa gangguan deringan talipon mahupun alat telekomunikasi, namun ianya memberikan lebih daripada itu semua walaupun sepi hanya satu metos keadaan. Kenapa sepi sentiasa menjadi peneman kita dikala kita dalam kerinduan, dikala kita dalam kekecewaan, dikala kita kerintihan dan dikala kita mengenangkan sesuatu atau seseorang? Ada orang berkata sepi mengajar kita erti kehidupan. Benarkah? Sepi yang bagaimana? Adakah sepi dengan duduk bersendiri di dalam hutan jauh daripada suasana kebisingan kota? Adakah sepi dengan menutup mata dan memekakkan telinga tanpa bersuara? Adakah sepi dengan menjauhi kan diri daripada seseorang? Ada orang kata sepi adalah apabila minda dan jiwa kita kosong. Tiada apa yang bermain di fikiran kita, tiada apa yang mengganggu sanubari hati kita…yang ada hanyalah keindahan sebuah sepi…..kata orang

Tuesday, November 9, 2010

MAIN TARIK TALI PUNYA PASAL

Acara Futsal Bebas
Ni pasal main tarik tali yang betul2, bukan main tarik tali yang perumpamaan tu... Semasa Family Day minggu lepas tu, sy adalah masuk acara 'tarik-tali' dan kami dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mana kumpulan tersebut dicampur2 antara peserta lelaki dan perempuan...cuma yang peliknya kumpulan sy boleh pulak ramai perempuan sedangkan kumpulan lain ramai lelaki...( nak inform awal2 kenapa kumpulan sy kalah )... So macam biasalah, masa nak start tarik tali tu, 'pasang pasak' siap pacak kaki kat pasir pantai sedalam2nya, muka dah cukup bengis, badan dah berketul2 urat naik ( kalah malek noor )..pendekata semua dah ready, cuma nak tarik je. Lepas wisel berbunyi...sempat ambil 5 nafas, maka tamatlah sudah acara tarik tali :-)
Ni Google bagi lutut sample
Senario daripada acara tarik tali itu, lutut sy pun bengkak....tapi bukan sebab sy main acara tarik tali tu, memang lutut sy tu dah lama injured, jadi bila main tarik tali tu, injured tu datang baliklah. Rasanya mana-mana ahli sukan atau mereka yang aktif dalam sukan pasti tahu bahwa asset yang paling penting semasa bersukan adalah lutut sebab itulah lazimnya mereka yang aktif sukan akan mengalami kecederaan lutut, termasuklah sy yang mengalami kecederaan lutut semasa zaman persekolahan lagi dimana sy banyak aktif dalam sukan mewakili peringkat Sekolah Menengah, Daerah, UiTM dan Negeri.

BERAKHIR FAMILY DAY..KEMBALI ONLINE

Nampak tak angin bertiup.. memang syahdu.

Setelah beberapa hari berada di Selesa Beach Resort, Port Dickson dengan pelbagai aktiviti Hari Keluarga dan acara-acara lain, akhirnya kembali ke Shah Alam dan menjalani tugas dan kehidupan seharian seperti biasa. Yang pentingnya dapat kembali menge’post’ entry dan blogwalking kerana line internet DIGI di Port Dickson memang teruk. So, serba sedikit sy ceritakanlah keadaan sepanjang Hari Keluarga di sana. Cuaca di Port Dickson memang baik dengan angin sentiasa bertiup kencang walaupun hari panas, kalau anda membawa sekeluarga ke pantai Port Dickson masa cuti sekolah ni pun memang berbaloi kerana cuaca tidak hujan dan sentiasa berangin. Dalam acara-acara yang di adakan dalam Family day pada hari pertama ini termasuklah acara telematch untuk anak2, telematch utk ibubapa, futsal,tarik-tali dan juga bolatampar. Suasana sebegini memang jarang kita dapati kecuali Family Day atau Family Gathering, dimana anak2 dan parents bertegur sapa mengeratkan siratullrahim. Bagi yang nak lepas gian mandi manda di pantai dengan alunan ombak serta ‘sunburn’, pasti akan jugak mencuba ‘banana boat’ yang membuatkan anda kecut perut dengan lantunan sana sini dipukul ombak. Lepas dah penat mandi pantai, ada jugak yang sambung mandi kat pool di hotel Selesa  Beach Resort ni, pendekata, mandi..mandi..mandi. Pelbagai kerenah serta aksi2 lucu dapat kita lihat di sana sini.
Semasa pendaftaran Family Day
Acara penutup Family day apa lagi kalau tidak Dinner dan Gala Night yang bertemakan ocean blue.  Pelbagai acara di adakan sempena Gala Night itu termasuk lucky draw, baby lelaki dan perempuan paling bergaya kot…, kanak-kanak lelaki dan perempuan yang paling bergaya mengikut tema malam itu, persembahan karaoke dan jugak persembahan artis undangan iaitu Isma Alif dan rakannya daripada drama Gerak Khas. Makanan tak payah cakaplah, memang banyak pilihan dan boleh tahan sedap.
Sebelum Telematch bermula
Bercakap pasal malan malam, masa malam pertama sy berada disana bersama dengan keluarga dan beberapa orang committe Family Day, tak banyak aktiviti yang dilakukan selain daripada berjalan2 sambil survey dan makan malam. Kami makan di restoran tepi pantai Regency Beach Resort yang terletak bersebelahan dengan Selesa Beach Resort. Ikut cerita pada asalnya kedua2 hotel adalah sama tapi kemudian ada pihak yang ingin membeli sebahagian saja hotel dan jadilah Selesa Beach Resort… Bila cakap makan malam di restoran kat “tepi hotel”, maka harganya pun kena tempias harga hotel jugaklah. Harga sepinggan lamb chop RM39, manakala Fish & Chip dalam RM23. Sy order nasi goreng kampong berharga RM13….siap ada service tax 20% dan government tax 10% lagi… tapi satu je yang best. Makanan dia memang sedap, kira berbaloi dengan harganya :-)
Ismal Alif dan Deen Maidin
Persembahan malam penutup Family Day juga menampilkan banyak bakat2 baru tidak kira pasangan suami isteri mahupun yang bujang. Lawak bersantai Isma Alif jugak banyak mencuit mereka yang berada disitu disamping beliau sendiri menyanyikan beberapa lagu seperti Ghazal Untuk Rabiah, Kopi Dangdut, Ratnaku dan lain-lain....So, harap2 tahun depan ada lagi Family Day.... Anyway, tujuan asal Family Day untuk merapatkan siratulrahim antara keluarga2 dan juga sesama staff syarikat disamping melepaskan kepenatan dan tension seharian bekerja...so kita enjoy.

Friday, November 5, 2010

DIGI LINE AT PORT DICKSON WAS VERY BAD

Emm Not Today.
Kalau entry kali ini sy berjaya post, bermakna ianya merupakan kali ke 15 barulah sy berjaya. DIGI line kat Port Dickson was very bad. Very frustrated because bila line was bad, bermakna sy tak dapat nak buat entry, tak dapat nak balas blogwalking dan bertanya khabar kepada rakan bloggers yang lain...Pada mulanya sy ingatkan cuma line internet, but my handphone line pun sama...unfortunely, line phone pun sy guna DIGI.. almaklumlah, pengguna setia DIGI. Sy dah guna line DIGI ni sejak daripada tahun 1998 lagi sehinggalah kini. Hopefully DIGI will do something about it, mana tahu ramai bloggers yang berada di Port Dickson ni... Anyway, bukan itu yang saya nak cakap entry sy pada kali ni, tapi sebab frust sangat, setiap kali nak post, line problems...retrive balik, dapat line...lepas tu bila nak post, dia hang pulak...kemudian hilang balik. Kat sini yang nampak cuma orang biru je...orang kuning belum nampak lagi... :-)

SANTAI DI SELESA BEACH RESORT, PORT DICKSON

Selesa Beach Resort
Sempena hari Deepavali esok, jom santai sekejap ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut ugama Hindu semuga ceria selalu dan kepada yang mengambil kesempatan cuti 3 hari ni yang balik kampong atau pergi bercuti, berhati-hati di jalan raya. Anda mampu mengubahnya…
So apa program anda cuti kali ini? Ada rancangan menarik yang anda sudah rancang? Setidak-tidaknya inilah masanya anda boleh buat blogwaking dan pulun sehabis tidak!! Buat masa ini, sy sudah pun berada di Selesa Beach Resort, Port Dickson kerana ada ‘Family Day’ selama 3 hari disini… lama tu. Dah lama jugak sy tidak ke Port Dickson dan harap2nya cuaca minggu ini tidaklah hujan….
Emm cuba teka bilik mana sy bersantai?

Bila cakap pasal pantai ni, teringat sy pada kisah di mana suatu ketika dulu, sewaktu sy bekerja di salah sebuah bank dan kami mengadakan minggu suai kenal di salah sebuah pantai di Melaka. So bila ada acara bebas tu, apa lagi, semuanya pergi lah kepantai dan berenang atau kalau yang tak pandai berenang tu, duduk aje dalam air sambil buat2 berenang…tiba-tiba salah seorang daripada rakan sy menjerit2 mnta tolong tapi bukanlah kerana lemas, rupa2nya ada seekor anak ketam telah masuk dalam seluar dia sewaktu dia dok asyik berbaring dalam air sambil bermain ombak pantai…pada awalnya nak jugak kami tolong tapi bila fikir2 kalau nak ambik anak ketam tu dah tentu kena selok kat seluar dia.. emmmmmm….so kami suruh dia pergi kat bilik air berdekatan dan tanggalkan seluar untuk keluarkan anak ketam tersebut…..alahai.

Thursday, November 4, 2010

ULASAN MOVIE - RESIDENT EVIL AFTER LIFE

Resident Evil – After Life merupakan cerita sequent yang ke 3 dan bagi saya kali ini cerita ini banyak unsur-unsur suspens dan sedikit thriller. Kurang sedikit adegan aksi berbanding dengan sequence ke 2 tetapi mempunyai jalan cerita yang menarik…ada juga sedikit unsur2 seperti cerita Matrix lakunan Kennu Reaves. Bagi heroin cerita aksi Milla Jovovich memang sesuai terutama dalam menentang zombie2…aksi bersahaja, confident dan lasak membuatkan wataknya memang sesuai dengan cerita ini. Bagi saya 2 pelakun wanita yang mempunyai karisma untuk berlakun watak sebegini adalah Milla Jovovich dan Angelina Jolie.

Salah satu adegan mantap Milla Jovovich
Cerita mengisahkan tentang Alice ( Milla Jovovish) yang berusaha mencari rakan2 nya dan dalam usaha itu, beliau menempuhi pelbagai rintangan daripada pihak kerajaan yang sengaja mengumpan Alice untuk datang kerana beliau mempunyai DNA yang sangat berguna untuk dibuat kajian oleh ketuanya yang mempunyai agenda tersendiri. Dalam misi ingin menyelamatkan manusia dan membalas dendam, Alice menempuh tentangan daripada zombie2 yang rakus dan ganas. Banyak adegan aksi slow motion yang menarik dan sukar di lakukan.
Jom santai sekejap ****



Wednesday, November 3, 2010

RESEPI IKAN TONGKOL BAKAR BEREMPAH

Bila cakap pasal ikan tongkol ni mesti kita akan ingat nasi dagang. Kira diorang ni kawan kariblah, mana ada nasi dagang, kat situlah ada ikan tongkol. So hari ni kita pisahkah diorang sekejap, kita ambik ikan tongkol je :-)
Cara membuatnya tidak lah susah sangat, cuma nak panggang atau bakar jelah, tapi sekarang ni bakar atau panggang dah macam2 alat boleh guna...so, tuan2 dan puan2, mari kita mulakan operasi kita.
Bahan-bahannya adalah:
1 ekor ikan tongkol ( Kalau anda nak ikan lain pun, Aiman tak kisah )
10 biji bawang merah dikisar
10 biji bawang putih dikisar
1 batang bunga kantan dikisar
3 batang serai
10-15 batang cili kering dikisar
3 sudu besar sos tiram
Sedikit belacan
Air asam jawa secukup-cukupnya
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu kicap manis
Minyak
Cara membuatnya adalah dengan membakar atau memanggang ikan terlebih dahulu dan kemudian ketepikan. Tumis bahan yang dikisar iaitu bawang merah, putih dan bunga kantan. Masukkan sos tiram, cili kisar, air asam jawa, garam, gula, kicap dan belacan. Bila bau naik dan sedikit garing, bolehlah angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah dibakar @ panggang tadi....makan panas2...pergghhh. Santai.

Tuesday, November 2, 2010

BUKAN ITU KEMAHUANKU

“Semalam kemana?” Daniel bertanya pendek.
“Kenapa you nak tahu? Bukan ke you kata dulu I boleh pergi kemana saja yang I suka?” Mimi membentak perlahan sambil memalingkan mukanya ke sudut jendela melantun jauh tanpa arah tujuan.
“Memang I ada cakap macam tu, tapi setidak-tidaknya you kenalah beritahu I sebab I ni kan suami you. Kalau apa-apa yang terjadi kat you, apa I nak jawab kat parents you dan I nanti…” Daniel jelas risau dengan apa yang berlaku.
“You kahwin dengan I bukan atas dasar cinta. I pun kahwin dengan you pun sebab terpaksa. Keluarga kita yang jodohkan kita sejak kecil. You sendiri dah ada kekasih hati, si Nina tu… so, what’s the big deal kalau I beritahu atau tidak.” Mimi masih dengan pendiriannya. Kelihatan sedikit kaca-kaca air mula bergenang di matanya namun masih mampu dia bertahan daripada mengalir ke pipinya.
“I faham dan tahu hakikatnya yang kita memang berkahwin atas dasar pilihan keluarga dan bukan kehendak kita…tapi itu dulu Mi. Sekarang ni I dah mula rasa saaa…..”
“What!! What!! Sayang…you nak cakap yang you dah mula rasa sayang? Eeeee jijik I mendengarnya. Apa you cakap ni? Sejak bila pulak dalam kamus hidup you tu you pernah ada sayang pada perempuan? You kahwin dengan I, you bermalam kat rumah Nina…itu yang you kata sayang? What the h*** are you talking about” Mimi mula rimas dengan situasi mereka. Rimas dengan hidup kepura-puraan, rimas dengan lakunan mereka yang semakin berderai…
“You jangan salah faham. Nina tu memang kekasih I tapi hakikatnya you adalah isteri I yang sah..” Daniel masih cuba memujuk Mimi yang jelas bengang dengan perangai Daniel yang tidak berubah.
“You dah melampau…(sambil memukul-mukul Daniel ) Selama ni you cakap you nak berubah, you dah insaf, tapi you masih dengan perangai lama you. Bukan I tak tahu. Baju you tu penuh dengan bau perfume siapa pun I tak tahu. Tiap2 malam you keluar dengan betina mana you jumpa. You ingat I boleh percaya dengan cakap2 you? Haahhhhh ( sambil menampar-nampar Daniel sekuat hatinya )…….”
“CUT!!!!!!! Apa ni? Kenapa awk pukul dia. Bila masa pulak skrip ada cakap keluar dengan betina lain ni?
“Opssss sorry boss…. Sy semalam gaduh dengan husband…terbawak2 pulak kat sini…( sambil berlalu pergi tersipu-sipu )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails