Saturday, August 7, 2010

SINGGANG DI PLAZA MASALAM


Masakan kampung memang sedap, tapi jarang kita dapat rasa masakan kampung ala-santai. Kalau ada pun masakan semua yang sudah di komersial atau ada sukatan itu ini menyebabkan masakan bukan lagi mengikut rasa tapi mengikut harga...lagi mahal, lagi sedap. Hari jumaat lepas, saya singgah di Plaza Masalam untuk merasa salah satu masakan kampung iaitu singgang di Laksa Paradise. Saya dapat info ni daripada 'rakan' yang saya tak kenal Lyn Yusoff melalui blognya ( ada dalam senarai blog list saya - dia ni kira mentor saya dalam blogging walaupun tak di lantik sebab blog dia yang mula-mula saya baca bila cakap pasal blogging ) 
B'yyu Petteserie daripada bawah
Ada banyak menu masakan di Laksa Paradise selain laksa, ada pelbagai mee dan singgang udang, sotong dan ikan. Memang betul kata Lyn, singgangnya memang sedap tapi kena datang sebelum petang sebab kalau datang petang. singgangnya cepat habis. Kalau nak gambaran masakan singgang, layari saja di blog Lyn Yusoff.  Di sebelah Laksa Paradise pulak, ada satu cafe ala english, nama cafe tu kalau tak salah B'yyu Pessterie..( lebih kuranglah ).. bagi yang nak santai-santai, eloklah makan kat situ... Depan cafe tu pulak, ada kedai cum cafe jual donut namanya Krispy Doughnat... ala Big Apple gitu. Ramai juga yang datang makan sampai tak ada tempat duduk...lagipun tenpat duduk dia terhad. Tak banyak. So kalau anda bersantai ke Plazza Masalam, cuba try test singgang ikan, udang atau sotong di Laksa Paradise.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails