Tuesday, August 31, 2010

MALAM LAILATUL QADAR

Bila sampai ke penghujung Ramadhan, mesti ingat Lailatul Qadar. Malam yang penuh dengan ganjaran dan pahala berlipat kali ganda. Malam yang tiada siapa pun tahu bila ianya akan berlaku walaupun ada beberapa petanda dan petunjuk untuk menentukan bila berlakunya malam Lailatul Qadar. Hanya Allah saja Maha Mengetahui.
LAILATUL Qadar adalah satu malam pada bulan Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)
 Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.
Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan kepada 2 perkara iaitu pertamanya, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran dan keduanya, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.
Pendapat dari ulama yang kuat menyatakan bahawa malam Lailatul Qadar adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Ehsan Google
Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:
"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."
Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.
Masa saya kecik2 dulu, ada juga saya mendengar bahwa antara bagaimana nak agak malam Lailatul Qadar adalah apabila waktu pagi bunyi kicauan burung yang teramat sangat dan apabila waktu maghrib, hari masih kelihatan cerah...Orang cakaplah, tetapi bagi saya, adalah lebih baik bagi kita menjalankan apa saja ibadah dibulan puasa ini pada kesemua malam tanpa mengira samada malam itu Lailatul Qadar atau tidak.



No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails