Salah satu tempat makan di Muar adalah Bentayan yang terletak di sebelah bus stand Muar. Kebiasaannya tempat makan kat situ beroperasi dari jam 7 atau 8 malam. Setiap kali kalau saya balik Muar, Bentayan memang tak pernah saya miss...mesti kena makan kat situ sebab ada beberapa makanan yang saya rasa sedap disitu terutamanya adalah mee bandung dan tahu bentayan...memang sedap. Ada juga masakan asam pedas ikan mayongm, pari dan kembong. Kat situ memang selalu penuh dan sentiasa di kunjungi orang ramai samada daripada penduduk setenpat atau orang muar yang balik kampung dan nak melepaskan rindu makanan muar atau yang melancung sambil menikmati makanan tradisi muar. Satu lagi keistimewaan Muar ni adalah pada breakfastnya iaitu salah satu daripada nya adalah satay.... opsss kalau bukan bulan puasalah. Banyak tempat yang sedap-sedap untuk restoran satay ni tapi saya paling suka makan satay perut dan paru. Memang kow-kow...kuah dia pun berasa. Saya selalu makan satay berdekatan dengan Teksi Stand Muar atau Muar Traders Hotel...atau Toko Buku Manaf..( kalau tak salah saya, ingat2 lupa) Selain daripada satay, ada juga mee jawa dan mee rebus serta lontong. Heavy kan? tapi yang penting....sedap. Jom Makan-makan
sesekali u cuba lah pi makan MEe bandung jalan joned..buka pada jam 7 malam... setiap hari.. kedai yang sama dengan ASam pedas jj, jalan joned
ReplyDelete