Sunday, August 8, 2010

SELERA TRADISI DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Petang Ahad, saya dijemput untuk menghadiri majlis tahlil dan doa selamat di Seksyen 7 Shah Alam oleh kawan saya yang telah hampir 20 tahun saya tidak jumpa. Parents kitaorang tinggal berdekatan di Johor Bahru satu masa dulu dan selepas itu keluarga masing berpindah ke rumah baru menyebabkan ramai kawan-kawan saya terpisah. Kini hampir 20 tahun baru dapat berjumpa dan dia ni dah jadi tokey restoran. Masih bujang lagi.... workholic lah tu dengan kerja-kerja restoran yang memerlukan masa dan komitmen. Pendek cerita, saya tak dapat datang kerana kebetulan anak saya ada tuition pada waktu yang sama tapi saya berjanji akan datang menjenguk restoran kawan saya ni pada petangnya...
Tepat pukul 4.30 ptg, saya pun datang ke restoran beliau yang bernama RESTORAN SELERA TRADISI yang terletak di Lot 3, jalan I7/L, Seksyen 7 Shah Alam...berdekatan juga dengan Pak Li Kopitiam. Kebetulan bila datang, kawan saya ni sedang hantar pekerjanya balik, jadi saya terus jumpa maknya ( ayahnya baru meninggal pada bulan Feb tahun ni )...Mulanya tak kenal, tapi bila saya perkenalkan diri, terkejut besar dia macam tak percaya...terus macam2 cerita keluar pasal kisah-kisah lama. 10 minit kemudian, kawan saya yang saya panggil Enja pun datang dan story makin bersambung.... Bila jumpa kawan lama, memang banyak cerita kita nak cakap....Masakannya saya belum cuba, nanti saya cuba baru saya inform but bagi sapa2 yang tinggal berdekatan atau yang sudah merasa masakan di situ, bolehlah memberi komen anda.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails